BERSIKAP POSITIF TENTANG KEHIDUPAN... Eric sedang menyampaikan persembahannya.
Alamaya, INDERA
MAHKOTA 5, KUANTAN
– “Selalulah lihat pada yang elok-elok
sahaja dalam kehidupan” atau Bahasa Inggerisnya, “Always look on the bright side of life”.
Ini
bukanlah ‘quotation’ hebat daripada
tokoh falsafah terkenal. Ia sekadar tajuk lagu nyanyian kumpulan pelawak Inggeris
60-an (yang dikatakan sama hebatnya dengan kumpulan muzik Beatles), dianggotai
lima anak muda, dikenali sebagai Monty Python.
Lagu
ini dinyanyikan semula oleh seorang daripada bekas anggotanya, Eric Idle, pada penutupan
Sukan Olimpik London 2012 malam Ahad, 12 Ogos, yang dapat kita saksikan
menerusi siaran langsung RTM awal pagi Isnin, 13 Ogos lepas.
Segmen
oleh Eric Idle ini penulis lihat agak istimewa kerana berbanding dengan kemunculan
artis-artis lain dengan persembahan ringkas masing-masing (termasuk oleh Spice Girls), persembahan Eric lebih panjang.
Bermula
daripada beliau berjalan memasuki ‘meriam’
gergasi hinggalah diletupkan lalu jatuh ke bawah bukan ke atas seperti
disangkakan, hinggalah beliau menyampaikan lagu tersebut dengan selingan tarian
‘Bhanggara’ di tengah-tengahnya.
DAN, TAMATLAH SUDAH... Dengan turunnya bendera Olimpik ini, maka berakhirlah sudah Sukan Olimpik London 2012 (27 Julai - 12 Ogos) disertai 10,500 atlet dari 204 negara termasuk Malaysia (tempat ke 63) yang kosnya melibatkan RM44,000 juta (atau, 9,000 juta paun).
LIHATLAH ‘SEGELAS
AIR YANG SEPARUH PENUH’
Yang
menangkap perhatian penulis ialah pada bait-bait lagu tersebut yang jelas mengajak
kita supaya sentiasa berfikiran positif terhadap kehidupan. Ia seolah-olah
mengajak kita supaya melihat ‘segelas
air yang separuh penuh’ yang lebih positif konotasinya, daripada melihatnya
sekadar, ‘segelas air yang separuh
kosong’.
Berikut
ialah antara lirik lagu tersebut, yang rupa-rupanya merupakan karya serta lirik
ditulis oleh Eric sendiri;
“Some things in
life are bad, They can really make you mad, Other things just make you swear
and curse. When you’re chewing on life’s gristle, Don’t grumble, give a
whistle, And this’ll help things turn out for the best.
“And… always look
on the bright side of life. Always look on the light side of life.”
Atau
terjemahannya lebih-kurang begini; “Ada sesetengah perkara dalam kehidupan
adalah sukar, Ia boleh sahaja menjadikan kita gila, Yang lain hanya akan
membuat kita mencela dan menyumpah. Bila kita mengunyah kehidupan yang liat,
jangan bersungut, Cubalah bersiul, Dan ini akan membantu menjadikannya baik pula.
“Dan… selalulah
lihat pada yang elok-elok sahaja dalam kehidupan”. – Khabar