… ekoran penyertaan julung-julung kali dalam sejarah,
dua (2) atlet wanita wakili negara Arab Saudi ke Sukan Olimpik London 2012
kamarSUA, WISMA SRI PAHANG, KUANTAN – Dunia mungkin
menyanjung tinggi penyertaan pertama kalinya dua (2) atlet wanita Arab Saudi – pelari,
Sarah Attar dan judoka, Wojdan Ali Seraj Abdulrahim
Shaherkani, pada Sukan Olimpik London 2012.
Bagaimanakah penerimaan kedua-duanya
dalam kalangan pemerintah dan kira-kira 16 juta rakyat negara Arab tersebut? Ia
sebelum ini melarang keras penyertaan wanita dalam sukan;
Sehinggalah dikatakan tekanan
dikenakan oleh Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) yang memberi kata-dua – sama ada
turut hantar atlet wanita atau seluruh kontinjen negara itu akan ditegah
menyertai Sukan Olimpik London ini.
Akhirnya, dua (2) atlet berkenaan
dibenarkan bertanding dan Presiden IOC, Jacques Rogge dilaporkan menyambut baik
keputusan tersebut dengan berkata; “Saya
sangat gembira untuk melihat dialog berterusan yang diadakan telah membuahkan
hasil”.
(Atlet wanita dari negara-negara Qatar
dan Brunei juga dihantar julung-julung kalinya ke Sukan Olimpik London 2012
iaitu; Nada Arkaji, Noor al-Maliki, Aya Magdy dan Bahiya al-Hamad dari Qatar, masing-masing
dalam sukan renang, olahraga, ping pong dan menembak; serta Maziah Mahusin dari
Brunei, dalam acara olahraga).
PERMULAAN YANG BAIK...
SEORANG LAGI ATLET WANITA ARAB SAUDI...
PENGALAMAN BERSEJARAH
Dan pada Rabu lepas, 8 Ogos
bersamaan 19 Ramadan, di Stadium Olimpik, London, wanita 19-tahun Sarah,
menyertai perlumbaan 800 meter tetapi seperti diduga, menghabiskannya di tempat
terakhir dalam kalangan lapan pelari.
Sebuah laporan berita antarabangsa bagaimanapun
menyebut; “Tetapi, perhatian khalayak pada
perlumbaan 800 meter itu ialah kepada Sarah Attar, yang merasai pengalaman
bersejarah yang tiada kaitanpun dengan emas, perak atau gangsa.”
“Ini adalah penghormatan terbesar dengan berada di sini
mewakili wanita-wanita Arab Saudi. Ia saat yang bersejarah. Saya harap ia akan
mencipta kelainan. Ia satu langkah ke depan yang besar.
“Ia adalah satu pengalaman yang
cukup menakjubkan,”
menurut laporan berita mengutip Sarah – kelahiran California kepada ayahnya, rakyat
Arab Saudi dan ibunya, Judy, warganegara Amerika Syarikat, sebagai berkata.
“Untuk melihat bagaimana reaksi khalayak
ketika dia berlari adalah sangat menyentuh hati dan mengujakan,” kata pula ayah Sarah, Amer. Adalah
difahamkan, Sarah masih merupakan pelajar di Universiti Pepperdine, Los Angeles
County, California. – Khabar