MENGHARGAI KEHADIRAN TUN DR MAHATHIR... Tun Dr Mahathir diiringi Dato' Sri DiRaja Adnan, sedang bersalaman dengan hadirin yang memenuhi setiap ruang dalam dewan serbaguna yang baharu dan modern ini, pada majlis pagi Rabu itu.
DEWAN SERBAGUNA, RANCANGAN TANAH FELDA KEMASUL, BENTONG – Kehadirannya ke sini adalah diharap dan dinanti-nantikan. Apabila ia berlaku, hanya penghargaan dan sanjungan diberikan kepadanya – Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Perdana Menteri keempat itu tiba dan berada di sini pagi Rabu, 5 Disember, memenuhi jemputan ke Majlis Bicara Tokoh anjuran Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Felda, dengan sokongan Kerajaan Negeri.
Jika sambutan hangat dengan kehadiran ramai peneroka dan ahli-ahli koperasi ke sini melambangkan sanjungan dan penghargaan tinggi itu, apatah pula dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob.
Dan beliau yang juga wakil rakyat kawasan ini (BN – Pelangai), sanggup ‘terbang’ ke sini dalam pada Dewan Undangan Negeri masih bersidang, membahaskan usul ucapan Bajet Negeri 2013 – bajet lebihan RM25.06 juta; yang dibentangkannya pagi semalam, Selasa, 4 Disember.
“Saya mengucapkan penghargaan yang sangat tinggi kepada YABhg Tun, yang saya dan Tuan-tuan dan Puan-puan semua kasihi, kerana disebalik jadual yang sibuk, walaupun telah bersara sebagai Perdana Menteri, tetapi jadual Tun nampaknya lebih sibuk…” kata Dato’ Sri DiRaja Adnan memulakan ucapan.
UCAPAN DISUSULI DIALOG SATU SETENGAH JAMNYA... Tun Dr Mahathir sedang menjawab soalan yang dikemukakan semasa sesi dialog, sambil Dato' Sri DiRaja Adnan yang secara spontan bertindak sebagai pemudahcara (moderator), serta yang lain, memerhatikan.
TUN LANTIK DATO’ SRI DIRAJA ADNAN SEBAGAI MENTERI BESAR
“Dengan takdir Allah, YABhg Tun pada masa itu Perdana Menteri, melantik saya sebagai Menteri Besar. Sebagai Menteri Besar ini, bukannya kita anggap satu kedudukan yang istimewa tetapi lebih teruk lagi, untuk memberikan khidmat bakti kepada rakyat.
“Saya tidak boleh lupa dan tidak akan tinggalkan Tun. Walau sesibuk manapun kalau Tun datang, Insya-Allah, saya akan cuba cari masa untuk bersama-sama,” katanya lagi disusuli tepukan oleh para hadirin yang membanjiri dewan modern ini.
Kepada mereka yang hadir pula, Dato’ Sri DiRaja Adnan percaya, mereka ‘bersusah-payah’ berbuat demikian ialah semata-mata untuk mendengar apa yang hendak diperkatakan oleh Tun Dr Mahathir.
“Kerana Tun,” katanya, “… ialah seorang tokoh yang mempunyai banyak pandangan, idea, tetapi saya perhatikan, sejak berdekatan sedikit dengan YABhg Tun sejak dahulu, Tun seorang ahli fkir dan seorang yang memerhati dan pasti nampak perkara-perkara yang orang lain tidak nampak. Itu keistimewaan Tun,” disusuli tepukan hadirin sekali lagi.
“Tun seorang yang cepat dan cekap. Orang putih kata ‘witty’. Tadi saya beritahu Tun, 'Tun kena terus berceramah’. Tun kata, ‘Tengoklah… Lepas-lepas ini esok nak kena
tidur sahaja’. Saya kata pada Tun, ‘Kalau tidur Tun, cepat sakit’. Tapi Tun cepat jawab,
‘Tak tahulah… sakit dulu ke, tidur dulu, mana tahu, tak tahulah…’” diikuti ketawa oleh
hadirin lagi.
tidur sahaja’. Saya kata pada Tun, ‘Kalau tidur Tun, cepat sakit’. Tapi Tun cepat jawab,
‘Tak tahulah… sakit dulu ke, tidur dulu, mana tahu, tak tahulah…’” diikuti ketawa oleh
hadirin lagi.
ANAK ARWAH, AYAHNYA AHLI UMNO... Encik Mohd Farid Abdul Rahman, 20-an, sedang
menanyakan tentang 'murtad' yang telah dihukumkan oleh sebuah parti pembangkang terhadap
UMNO lalu mendapat jawapan tepat daripada Tun Dr Mahathir.
KIRIM BUAH MESTA KEPADA TUN
Dato’ Sri DiRaja Adnan kemudian mengisahkan bagaimana beliau telah mengirim 60 biji buah
mesta atau manggis kepada Tun Dr Mahathir setelah beliau diberikan 90 biji buah tersebut oleh
rakannya.
mesta atau manggis kepada Tun Dr Mahathir setelah beliau diberikan 90 biji buah tersebut oleh
rakannya.
Apabila menemui Tun Dr Mahathir pada Perhimpunan Agung UMNO minggu lepas katanya,
beliau ada bertanyakan kepada Tun Dr Mahathir mengenai kirimannya lalu diakui penerimaan
tersebut.
beliau ada bertanyakan kepada Tun Dr Mahathir mengenai kirimannya lalu diakui penerimaan
tersebut.
“Saya cakap kat Tun lagi, ‘Saya ambil 30 biji, bagi (kepada) Tun 60 biji’. ‘Macam
mana pula?’ (tanya Tun Dr Mahathir). Rupanya, kira-kira Tun lagi cepat. Saya cepat
ubah, ‘Kawan saya beri 90 biji, saya bagi (kepada) Tun 60, tinggal saya 30’. Baru betul,”
katanya yang sederap itu juga membuatkan hadirin ketawa.
ubah, ‘Kawan saya beri 90 biji, saya bagi (kepada) Tun 60, tinggal saya 30’. Baru betul,”
katanya yang sederap itu juga membuatkan hadirin ketawa.
“Kita biasa lihat satu perkara dari satu sudut. Orang yang berfikir sikit tengok satu
perkara dari dua-tiga sudut. Tapi Tun lebih dari itu. (Beliau melihat satu perkara itu
dari) lima-enam sudut.
dari) lima-enam sudut.
“Kita berharap Tun akan berikan pandangan kepada kita di Felda Kemasul ini. Saya
berasa sangat berbangga Tun datang ke Pahang. Bukan ke Pahang sahaja, ke Bentong.
Bukan ke Bentong sahaja, ke Pelangai. Bukan ke Pelangai sahaja, (ke) Felda Kemasul,
kawasan pilihanraya yang saya menjadi wakil rakyat,” katanya.

KEKAL IKON DAN IDOLA KITA... Tun Dr Mahathir sedang menurunkan tandatangan ke atas
bukunya atas permintaan peminatnya yang setia.
bukunya atas permintaan peminatnya yang setia.
LANGKAH-LANGKAH TUN HADAPI KRISIS KEWANGAN
Menurutnya, semasa krisis kewangan dunia tahun-tahun 1997, 1998 dan 1999, Tun Dr Mahathir
ketika itu Perdana Menteri, telah mengambil beberapa langkah termasuk menambat (pegged)
mata wang ringgit Malaysia pada kadar RM3.50 untuk US1 dolar.
ketika itu Perdana Menteri, telah mengambil beberapa langkah termasuk menambat (pegged)
mata wang ringgit Malaysia pada kadar RM3.50 untuk US1 dolar.
Langkah-langkah ini menerima kritikan di peringkat antarabangsa termasuklah yang utama,
daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) ketika itu tetapi kini katanya, adalah sebaliknya,
dengan mengakui betapa langkah-langkah tersebut tepat .
daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) ketika itu tetapi kini katanya, adalah sebaliknya,
dengan mengakui betapa langkah-langkah tersebut tepat .
“Itulah letak, hebatnya Tun. Dan kehebatan ini buka kerana apa, kerana Tun ada
kemahuan untuk menambah ilmu pengetahuan. Tun membaca, mendengar taklimat dan
lebih dari itu, Tun berani. Tun berani buat keputusan. Kita negara kecil. Kita negara
kecil nak bersaing dengan negara besar, kuasa-kuasa besar,” katanya.

Selaku Menteri Besar kata Dato’ Sri DiRaja Adnan, beliau mempelajari banyak perkara
khususnya yang berkaitan dengan hal-hal ekonomi dan korporat, menerusi pembacaannya ke atas
buku-buku serta artikel-artikel tulisan Tun Dr Mahathir.
khususnya yang berkaitan dengan hal-hal ekonomi dan korporat, menerusi pembacaannya ke atas
buku-buku serta artikel-artikel tulisan Tun Dr Mahathir.
Hasil pembacaan tersebut kemudian berbincang dengan rakan-rakan yang arif mengenai perkara-
perkara berkenaan katanya, telah dapat membimbing beliau dalam mengendalikan hal-hal
berkaitan ekonomi dalam negeri.
perkara berkenaan katanya, telah dapat membimbing beliau dalam mengendalikan hal-hal
berkaitan ekonomi dalam negeri.
BERSARAPAN DI RUMAH PENEROKA... Adat orang menerima tetamu, apatah yang besar
sepertimana Tun Dr Mahathir dan Dato' Sri DiRaja Adnan; tuanrumah, Encik Razali Baharudin
sepertimana Tun Dr Mahathir dan Dato' Sri DiRaja Adnan; tuanrumah, Encik Razali Baharudin
(kiri, duduk di lantai) telah menjamukan sarapan pagi. Antara yang turut kelihatan ialah Encik
Mohd Jaafar (kiri) dan Encik Shuib (bersongkok).
JAYA KURANGKAN HUTANG PKNP KEPADA RM550 JUTA
“PKNP yang terpaksa, sepatutnya berhutang RM3 billion (RM3,000 juta, ekoran
beberapa langkah diambil untuk menangani krisis kewangan tahun-tahun 1997, 1998,
1999), dengan panduan buku Tun sebagainya kita baca, jatuh semula sehingga hanya
berhutang RM550 juta.
beberapa langkah diambil untuk menangani krisis kewangan tahun-tahun 1997, 1998,
1999), dengan panduan buku Tun sebagainya kita baca, jatuh semula sehingga hanya
berhutang RM550 juta.
“… dan tahun ini, hutang itupun telah selesai. Keuntungan PKNP (diikuti tepukan
hadirin). Keuntungan PKNP yang rata-rata RM25 hingga RM30 juta setahun (yang
terpaksa dikorbankan untuk membayar hutang tersebut secara ansuran), mulai
tahun depan boleh digunakan untuk PKNP dan rakyat negeri Pahang insya-Allah,”
katanya, disusuli tepukan lagi.
“Kenapa ianya berlaku? Bukan salah Menteri Besar yang terdahulu, bukan salah
Menteri Besar sekarang. Tapi salah-kira oleh pihak-pihak tertentu yang tidak
payah saya sebutkan.
“Ini semua adalah hasil daripada percaturan yang mungkin kurang tepat. Tapi oleh
sebab kita ada pakatan kita, sanggup menimba ilmu pengetahuan dan saya
terhutang budi dengan Tun, dapat kita keluar dari kemelut ini,” katanya.
Dato’ Sri DiRaja Adnan mengakhiri ucapan 12-minitnya dengan mendoakan
agar Tun Dr Mahathir berserta isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, dapat terus
sihat, dipanjangkan umur supaya dapat Tun Dr Mahathir terus memberikan pandangan
dan buah fikirannya kepada umum.
NO 366, JALAN BUNGA ANGGERIK, FELDA KEMASUL... Inilah bahagian depan/luar rumah
Encik Razali yang dalam ucapan 48-minit Tun Dr Mahathir selepas itu, menyebut, "Rumah dia
(Encik Razali) cantik sekali. Tak serupa pondok yang Kerajaan buat dulu".
Encik Razali yang dalam ucapan 48-minit Tun Dr Mahathir selepas itu, menyebut, "Rumah dia
(Encik Razali) cantik sekali. Tak serupa pondok yang Kerajaan buat dulu".
UCAPAN DAN DIALOG SELAMA 1 ½ JAM
Beliau kemudian menyilakan Tun Dr Mahahir memberikan ucapan, disusuli dialog yang
disertai oleh sembilan orang yang menanyakan pelbagai soalan daripada kesihatan, hinggalah
kepada isu-isu politik termasuk berkenaan dengan dakwaan murtad ke atas UMNO oleh
kepada isu-isu politik termasuk berkenaan dengan dakwaan murtad ke atas UMNO oleh
parti pambangkang.
Ucapan serta dialog Tun Dr Mahathir berlangsung kira-kira sejam setengah bermula
10.47 pagi, berakhir pada 12.19 tengah hari, diikuti makan tengah hari sebelum Tun Dr
Mahathir berlepas pulang.
Antara yang turut hadir ialah Ketua Polis Negeri, Dato’ Shahiruddin Abdul Ghani; Pegawai Daerah Bentong, Dato’ Toantowee Mohd Lotfie; wakil Pengerusi Eksekutif, SKM, Encik Mohd Jaafar bin Muhayat;
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bentong, Dato’ Zaini Salleh; Naib Ketua UMNO Bahagian Bentong, Dato’ Norazmi Jaafar; Pengarah SKM Pahang, Encik Mohd Zawawi Mahmud;
Pengurus Besar, Felda Wilayah Mempaga, Encik Jahaya Zainal; serta tuanrumah, Pengerusi, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Felda Kemasul, Encik Shuib Chin.
'SMOOTH & SOFT LANDING'... Dato' Sri DiRaja Adnan - dengan lesen SPL (Student's Pilot License), lebih 500 jam penerbangan; telah menerbang-pandu helikopter jenis AS 365 N3 Dauphin buatan syarikat Eurocopter, Perancis ini dengan kelajuan 140 knots (259 km sejam) dan ketinggian 762 meter (2,500 kaki) dari Rumah Negeri, Kuantan dan mendarat di Padang Awam, Felda Kemasul ini pada pagi Rabu itu.
Kelihatan, beliau baharu hendak keluar dari tempat duduk pemandu helikopter berkenaan disambut Encik Shuib (berpayung). – Khabar