… kata Dato’ Sri
DiRaja Adnan tentang Perhimpunan Agung UMNO 2012
'PAK LONG' BERSAMA-SAMA ANAK MUDA... Inilah perjumpaan ala-santai pagi Sabtu itu. Bahawa perjumpaan ini diadakanpun membukitkan semangat 'merangkuli' anak muda benar-benar dihayati dan diamalkan oleh kepimpinan kita.
Yang turut kelihatan dalam foto ini, duduk di sebelah kanan Dato' Sri DiRaja Adnan ialah Encik Ariff Yasir.
BILIK LABUAN,
ARAS 5, PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA (PWTC), KUALA LUMPUR – “Perdana Menteri selaku Presiden parti,
telah berjaya menjadikan Perhimpunan Agung ini sebagai satu perhimpunan khusus
untuk menyuntik semangat bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 yang akan datang”.
Inilah
kesimpulan oleh Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob mengenai
Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang bermula Khamis, 29 November dengan Ucapan
Dasar Presiden, dan berakhir hari ini, Sabtu, 1 Disember di Dewan Merdeka, Aras
4, PWTC ini.
“Rata-rata,” katanya, “Para perwakilan berasa teruja dengan
ucapan (dasar Presiden) Dato’ Sri Najib dan lebih-lebih lagi saya yakin,
seluruh rakyat Malaysia tertarik hati dengan satu perkara yang sangat mustahak;
“… yang
menampakkan bahawa Perdana Menteri adalah seorang pemimpin yang prihatin, yang
tawadduk, berjiwa besar, berlapang dada tapi pada ketika yang sama, bersedia
untuk minta maaf bagi pihak parti dan Kerajaan yang mungkin telah melakukan
kesilapan selama ini”.
Menurutnya
yang juga Pengerusi, Barisan Nasional Negeri, “Saya yakin dan percaya, kenyataan ini adalah sangat menyentuh
hati-sanubari seluruh rakyat Malaysia, bukan sahaja ahli UMNO dan ahli Barisan
Nasional.
MEMOHON KEREDAAN ALLAH JUA... Dalam pada berperhimpunan, perwakilan masih tidak abaikan tuntutan ugamanya.
Foto ini dirakam pada tengah hari Jumaat, 30 November di surau sementara, Aras 4, PWTC ini semasa para jemaah/perwakilan dan pemerhati sedang menunggu untuk menunaikan solat Jumaat yang diimamkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mej Jen (B) Dato' Sri Jamil Khir Baharom.
Sudah tentulah dalam kalangan jemaah ini ialah Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Dato' Sri Mohd Najib Abdul Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta kepimpinan negeri Pahang sendiri yang hadir berbaju Melayu, berkain pelekat, 'Pak Long Nan' kita.
SEMANGAT TERUJA
BAGI HADAPI PILIHANRAYA UMUM
“Ini satu
petanda yang baik dan saya berharap, kalau boleh kita semua akan meneruskan
semangat yang teruja hasil daripada perhimpunan ini, untuk menghadapi pilihanraya
umum yang akan datang dengan lebih yakin”.
Kata-kata
ini diluahkan sebagai menjawab soalan wartawan pada persidangan media selepas
mengadakan perjumpaan dengan wakil-wakil Kelab UMNO Luar Negara dan kepimpinan
Majlis Mahasiswa Anak-anak Pahang (MAMPAN) pada pagi Sabtu, 1 Disember, di
sini.
Antara
yang turut hadir ialah Pengerusi, Kelab UMNO Tokyo, Encik Ariff Yasir Zulkafli,
23, pelajar kejuruteraan kimia dan biologi di Universiti Gunma, Jepun, yang
pada perbahasan ke atas usul ucapan dasar Presiden, telah menarik perhatian dengan
gaya penyampaiannya yang bersahaja dan ada kala syahdu, termasuklah menyanyikan
lagu Warisan (Anak Kecil Main Api) yang kemudian dituruti sambil berdiri oleh
seluruh perwakilan termasuk kepimpinan parti.
Mengenai
perjumpaan ala-santai dengan golongan anak-muda ini kata Dato’ Sri DiRaja Adnan
yang membahasakan dirinya ‘Pak Long’, mereka pada keseluruhannya begitu berminat
mengenai soal-soal pemerintahan dan hal-hal politik negara.
“Mereka juga
nampaknya, mengutamakan hal-hal yang ada kaitan dengan ‘good governance’, soal
menghapuskan rasuah, salahguna kuasa, (serta soal) mengurangkan kadar jenayah. Dan
ini adalah juga yang diberikan keutamaan oleh Perdana Menteri,” katanya.
AKSI BERSAHAJA TETAPI HEBAT, ANAK MUDA KITA... Inilah aksi Encik Ariff Yasir semasa sesi perbahasan. Oleh kerana 'kelurusannya', anak kelahiran Pokok Sena, Kedah ini sering diusik oleh 'ayahanda' dari negeri yang sama, Pengerusi Tetap, Tan Sri Badarudin Aminuddin.
IDEALISME YANG
DITONJOLKAN
Beliau
yakin, golongan anak-muda ini turut tertarik dan tersentuh ‘hati-nurani’ mereka
dengan program-program seperti Pogram Transformasi Kerajaan (GTP), Program
Transformasi Ekonomi (ETP), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Bidang
Keberhasilan Ekonomi Negara (NKEA).
“Kita kena ingat,” katanya, “Golongan pelajar muda ini adalah penuh
dengan idealisme dan sikit-sebanyak parti kita mesti nampakkan juga idealisme
itu dan ini telah ditonjolkan oleh Perdana Menteri. Banyak perkara yang ada
kaitan dengan idealism, yang cuba diterjemahkan oleh Perdana Menteri untuk menjadi
satu realiti”.
“Kita yakin dan
percaya, berdasarkan kepada data yang dibentangkan dalam usul ekonomi semalam
bahawa negara kita menuju ke arah landaasan yang betul. Banyak perkara yang
nampaknya negara kita tidak jauh ketinggalan dengan negara-negara lebih maju
daripada kita,”
katanya lagi.
Kepada
soalan mengenai segelintir pelajar yang menentang Kerajaan katanya, ia – sikap ‘anti-establishment’
dan ‘anti-government’, merupakan aliran biasa khususnya pada peringkat awal pelajar-pelajar
ini berada di institusi-institusi pengajian tinggi.
Lama
kelamaan bagaimanapun, oleh sebab mereka pelajar yang cerdik dan bijaksana
katanya, akan dapat memikirkan tentang kebaikan yang Kerajaan lakukan lalu
menyokongnya pula.
YANG TUA, YANG MEMERLUKAN, TURUT SAMA DIRANGKULINYA... Foto ini dirakam daripada paparan pada pameran oleh Utusan Melayu (M) Bhd di ruang legar utama, Aras 4, PWTC ini. Lihatlah betapa mesranya pemimpin nombor 1 negeri kita, dengan rakyatnya.
MERANGKULI ANAK
MUDA
“… dengan
syarat, usaha-usaha seperti yang dibuat oleh Perdana Menteri tadi, nampak kita
merangkulkan mereka sekali. Asalkan mereka dirangkulkan, maka insya-Allah, bagaimana
negatifpun pemikiran mereka (pada awalnya), mereka (akan memihak) sebelah kita
akhirnya,”
katanya.
Dato’
Sri DiRaja Adnan turut ditanya tentang peluang parti pembangkang DAP menyertai
serta menang dengan lebih banyak kerusi di Pahang, termasuk dengan kemungkinan
meletakkan calon Melayu untuk bertanding atas tiketnya.
Menurutnya,
“Saya bukan takbur ya. Saya bercakap
dengan mengingati bahawa Allah SWT maha kuasa. Dan kita ingat ya, ‘Wallah-huqoirun-maa-kirin’.
Allah Ta‘ala sebaik-baik perancang, maha perancang.
“Di negeri
Pahang ini, sayapun dah bagi tahu (Setiausaha Agung DAP, Lim) Guan Eng (yang
juga Ketua Menteri Pulau Pinang), dia (DAP) tak (akan) menang contohnya di
Bentong. (Jika) DAP boleh menang di Bentong, MCA boleh gulung tikar sebenarnya.
Tapi, ini tak akan berlaku.
“Jangan keluar
separuh kenyataan saya ya, nanti silap faham. Saya menyatakan, DAP tak boleh
bertapak di Pahang ini. ‘Barometer’nya, kalau DAP bolehlah menang (di) Bentong,
Barisan Nasional gulung tikarlah terus.
YANG TAK AKAN
BERLAKU DI PAHANG
“Sebab, pengundi
Cina (lebih) ramai di Bentong. (Ber)makna. kalau Bentong DAP boleh menang, dia
(DAP) boleh ambil Pahanglah. Ha begitu. Tapi, tak akan berlaku. Kita bukan
takbur,”
katanya lagi.
“Tak kiralah (calon
yang diletakknya itu) Melayu ke, Cina, India, Orang Asli, mungkin angkasawan
manapun; tak akan menang, Insya-Allah, orang Pahang lain… dia tak terima DAP.
PASpun dia tak terima, (inikan) DAP pula,” katanya.
– Khabar