... antara penyebab utama banjir kilat di bandar Kuantan pada Isnin, 24 Disember
# Turunan hingga
300mm itu sepatutnya ialah sukatan turunan hujan biasa untuk tempoh enam (6) bulan,
tetapi turun dalam tempoh singkat 18 jam tersebut.
# Perdana
Menteri secara dasar setuju beri peruntukan untuk atasinya, termasuk bagi projek
membesarkan longkang dan ‘culvert’.
MAJLIS ANJURAN YP PETANG JUMAAT, DI BENTONG... YP terus dengan komitmennya dalam meningkatkan mutu pendidikan dalam kalangan anak-anak kita, tanpa mengira latar ekonomi mahupun kaum.
KOLEJ VOKASIONAL
TENGKU AMPUAN AFZAN, BENTONG – Hujan terlalu lebat daripada biasa
serta longgokan sampah sarap yang banyak hingga menyumbatkan longkang-longkang
yang ada.
Inilah
antara penyebab utama kepada berlakunya banjir kilat di beberapa kawasan
tumpuan dan komersil di bandar Kuantan, pada tengah hari hingga petang Isnin,
24 Disember lepas.
Menteri
Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob mendedahkan perkara ini sebagai reaksi
kepada soalan wartawan pada persidangan media selepas Majlis Penyampaian Hadiah
Pelajar Cemerlang (HPC) Yayasan Pahang (YP) daerah Bentong petang Jumaat, 28 Disember,
di sini.
“Banjir di
Kuantan baru-baru ini, adalah kerana hujan terlalu lebat. Dalam tempoh tak
sampai 18 jam, hujan yang turun adalah 300 mm. 300 mm ini adalah sukatan hujan biasa
yang turun (dalam tempoh) enam (6) bulan
(tetapi) turun dalam tempoh 18 jam,” katanya.
Beliau
juga berkata, “Banjir ini juga berlaku
kerana longkang tersumbat. Bila kita pergi tengok, sayapun pergi tengok;
longkang itu yang banyaknya… botol mineral, pembungkus makanan, kotak rokok, ha
itu sahaja.
SULAM MENYULAM, ANTARA PELAJAR CEMERLANG SERTA IBUBAPA...
MPK AKUI SAMPAH
IALAH ‘VOLUME’ PALING BESAR
“Dan memang
diakui oleh pihak MPK (bahawa) sampah merupakan ‘volume’ yang paling besar, bukannya
pasir ataupun tanah. Sampah sarap, yang kita sendiri (tahu) patut tak boleh ada
dalam longkang”.
“Saya tak salah(kan)
orangramai. Orangramai tak salah... Yang salahnya, kotak rokok nak masuk situ,
apa nak buat?”
katanya lagi penuh berkiasan, disusuli ketawa kecil para wartawan.
Ekoran
itulah, pada mesyuarat yang dipanggilnya dengan jabatan-jabatan dan
agensi-agensi Kerajaan terbabit dua hari lepas, beberapa keputusan dicapai
termasuk usaha untuk membesarkan longkang dan ‘culvert’ yang ada.
Perdana
Menteri pula katanya, telahpun pada dasarnya bersetuju untuk memberi peruntukan
yang akan disalurkan menerusi jabatan-jabatan berkenaan seperti Jabatan Pengairan
dan Saliran (JPS).
“Tinggal lagi, (sedang)
tunggukan angka sahaja. Jabatan (yang berkenaan) sedang membuat ‘rough estimate’
(mengenainya nilai peruntukan yang diminta dan bakal disalurkan itu),” katanya lagi.
HARDEST-HIT AREA... Kompleks membeli-belah milik warganegara kita juga ini, ialah antara yang terjejas teruk dengan banjir kilat petang sehari menjelang Hari Natal itu.
Secara mudah, salahkanlah sepenuh dan sebulat-bulatnya kepada Kerajaan. Tetapi, bukankah kita juga yang turut menjadi penyumbang kepada sampah sarap yang mengalir ke dalam longkang lalu menyumbatkannya?
YP BELANJA RM600
JUTA DALAM TEMPOH 12 TAHUN INI
Mengenai
majlis yang dihadirinya itu, kata Menteri Besar, seramai 278 orang menerima HPC
masing-masing iaitu 136 orang kerana kejayaan dalam Penilaian Menengah Rendah
(PMR) dan 142 lagi dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
Selain
sijil, mereka juga masing-masing menerima sumbangan wang RM200 bagi PMR dan
RM150 bagi UPSR.
Beliau
yang juga Pengerusi YP berkata, sejak penubuhannya pada tahun 1983 hingga kini,
RM750 juta telah YP belanjakan bagi pemberian insentif sepertimana anjuran
majlis hari ini serta juga sumbangan biasiswa dan pinjaman untuk manfaat
pelajar.
Daripada
jumlah tersebut katanya, kira-kira RM600 juta dibelanjakan dalam tempoh 12
tahun terakhir ini, yang merupakan lonjakan yang besar daripada tempoh-tempoh
sebelumnya.
Selain
Pengurus Besar YP, Dato’ Saariah Saad; yang turut hadir ialah Pemangku Pengarah
Pelajaran negeri, Encik Rosli Ismail; Pegawai Pelajaran daerah, Encik Liew Kim
Joon; dan tuanrumah, Pengarah, Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan, Encik
Hashim Putih. – Khabar