Saturday 4 June 2016

Projek RM2,000 juta bangunkan Kuantan Maritime Hub di Tanjung Gelang!



“Keluasan yang dipohon ialah 1,000 ekar tetapi MMK cuma dapat meluluskan dahulu, 500 ekar. ‘There will be another reserve of 500 acres, (to be given) anytime, Mr Mac’,” kata Menteri Besar.
  
MENJADI SAKSI KEPADA PERJANJIAN... Dato' Sri DiRaja Adnan kelihatan menanyakan sesuatu kepada Dato' Sri Muhammad Safian berkenaan butiran perjanjian yang ditanda tangani. 

Yang turut kelihatan ialah Tan Sri Zakaria (berdiri sebelah Dato' Sri DiRaja Adnan); Dato' Sri Mohamad; Encik Mac Ngan Boon (berdiri, kanan sekali); Dato' Mohd Suhaimi (duduk, kiri sekali); dan, Encik Mac Chung Jin (duduk, dua dari kanan). 
 

MAHKOTA GOLF & COUNTRY CLUB (MGCC), JALAN SUNGAI LEMBING, KUANTAN – Kerajaan Negeri menerusi Perbadanan Setiausaha Kerajaan (PSK), hari ini menanda tangani perjanjian dengan pihak swasta bagi projek pembangunan RM2,000 juta – ‘Kuantan Maritime Hub’ di kawasan perairan seluas kira-kira 500 ekar di Tanjung Gelang, dekat sini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail yang juga Pengerusi PSK, menanda tangani bagi pihak PSK; manakala, Pengarah Urusan, Encik  Mac Chung Jin bagi pihak Muhibbah Engineering (M) Bhd.

Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob hadir menyaksikan majlis pagi Sabtu, 4 Jun ini, di sini. Selain Dato’ Sri Muhammad Safian dan Encik Mark Chung Jin; antara yang turut hadir ialah Pengerusi, Muhibbah Engineering (M) Bhd, Tan Sri Zakaria Abdul Hamid; dan, Pengarah Urusan syarikat sama, Encik Mac Ngan Boon.

Projek pembangunan berperingkat-peringkat 10-tahun ‘Kuantan Maritime Hub’ ini katanya dalam ucapan luar teks 14-minitnya, telah diluluskan pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri, 24 jun lepas (2015).

“Keluasan yang dipohon ialah 1,000 ekar tetapi MMK cuma dapat meluluskan dahulu, 500 ekar. ‘There will be another reserve of 500 acres, anytime, Mr Mac’,” katanya disambut tepukan oleh para hadirin. 

CENDERAMATA BUAT MB...  Sebuah model kapal diserahkan oleh Tan Sri Zakaria kepada Dato' Sri DiRaja Adnan sebagai cenderamata.
 

SEBAHAGIAN BESAR IALAH KAWASAN PERAIRAN

Sungguhpun sebahagian besar tanah yang dipohon merupakan kawasan perairan berkeluasan kira-kira 490 ekar, namun pihak syarikat masih perlu membuat bayaran premium pada kadar RM1 untuk setiap kaki persegi, atau kira-kira RM21.34 juta.

Lagi 10 ekar yang merupakan kawasan daratan di sepanjang pinggir pantai kawasan terlibat, pihak syarikat dikenakan premium kira-kira RM3.53 juta yang perlu dibayar kepada Kerajaan Negeri.

Menurutnya, daripada kos keseluruhan kira-kira RM2,000 juta ini, RM450 juta sahaja diperlukan untuk menampung kerja-kerja tebusguna tanah tetapi nilai inipun (RM450 juta) boleh dikatakan rendah memandangkan pasir yang digunakan ialah yang dikaut dari dasar laut di kawasan perairan berkenaan.

‘Volume’ pasir yang diperlukan untuk kerja-kerja tebusguna tanah ini pula ialah kira-kira 15 juta meter padu, yang jika diperolehi dari kawasan daratan pula perlu melibatkan pengangkutan; hingga boleh mencemarkan lagi jalan-jalan yang dilalui.

Demi penjagaan alam sekitar, pihak syarikat juga perlu membelanjakan lagi RM29 juta sebagai kos kejuruteraan yang antara lain melibatkan kerja-kerja penyediaan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA Report) serta, kajian hidrologi, katanya.

PARA KENAMAAN DAN HADIRIN PADA MAJLIS PAGI SABTU...
 

‘TRACK RECORD’ CEMERLANG SYARIKAT

Muhibbah Engineering (M) Bhd juga katanya, sudahpun ada ‘track record’ yang cemerlang terutamanya mempunyai projek seumpama di Tanjung Gelang ini, tetapi pada skala lebih kecil dengan keluasan cuma 85 ekar di Pelabuhan Kelang, Selangor.

Syarikat ini pula sudagh berpengalaman lebih 40 tahun sejak penubuhannya pada tahun 1972; tersenarai di Bursa Kuala Lumpur sejak 1994; selain mempunyai modal berbayar sebanyak RM216 juta.

Projek pembangunan ini menurutnya, boleh lengkap-melengkapi (complement) kepada keseluruhan pembangunan bukan sahaja di sekitar kawasan Pelabuhan Kuantan yang sedang giat dinaik-tarafkan;

Tetapi juga kepada keseluruhan pembangunan di persekitarannya yang termasuklah pembangunan yang sedang giat dilakukan di Taman Perindustian Kuantan Malaysia-China (MCKIP).

Setidak-tidaknyapun, ia akan menjadi elemen sokongan kepada industri perkapalan serta industri minyak dan gas menerusi penyediaan dermaga dan ‘major offshore steel fabrication yard’nya, katanya lagi.

SESI FOTO BERKUMPULAN... 
 

PUSAT PEMBINAAN DAN PENYELENGGARAAN KAPAL

Antara komponen lain yang terlibat di bawah projek pembangunan ini ialah pusat pembinaan dan penyelenggaraan kapal; institut latihan teknikal; pusat industri maritime; dan, pembangunan bercampur.

Yang turut hadir ialah Timbalan Yang Dipertua, Dewan Undangan Negeri, Dato' Sri Mohamad Jaafar; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Suhaimi Yunus yang juga Pengarah, Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri (B-PEN); serta, 

Pengarah-pengarah, Muhibbah Engineering (M) Bhd – Dato’ Mohamad Kamarudin Hassan, Encik Sobri Abu dan Encik Mazlan Abdul Hamid; dan, Pengurus Kanan, MUhibbah Maritime Hub Sdn Bhd, Encik Rosli Ludin. 

DALAM UCAPAN LUAR TEKS 14-MINITNYA... 
– Khabar