… demi tidak
bebankan lalu dapat terus sejahterakan kehidupan harian rakyat termasuk
golongan menengah
KHABAR GEMBIRA, 'BUAH TANGAN' ISTIMEWA PETANG KHAMIS... Dato' Sri DiRaja Adnan yang diiringi Dato' Dr Ng, sedang menyampaikan Notis 5A berkenaan kepada seorang daripada penerima.
DEWAN, SEKOLAH
KEBANGSAAN SUNGAI MARONG, BENTONG – Sudahlah tempoh pajakan tanah kediaman
di seluruh Pahang kini dilanjutkan daripada 30 tahun, 60 tahun dan 66 tahun;
kepada 99 tahun.
Premium
yang harus dibayar secara ‘one-off’ pula dikecualikan yang jika tidak, nilai
bayaran mencecah ratusan ribu ringgit atau sehingga hampir separuh daripada nilai
semasa tanah kediaman.
Caj-caj
yang dikenakan pula bagi mengesahkan tempoh pajakan lanjutan ini adalah yang
dalam kadar mampu-bayar, dan pula, diberi tempoh tiga (3) bulan untuk
melangsaikannya di pejabat daerah dan tanah.
Inilah
berita gembira yang dibawa oleh Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob
dalam ucapan 14-minitnya pada Majlis Penyampaian Notis 5A bagi kelulusan
melanjutkan tempoh pajakan tanah di Sungai Marong, Mukim Bentong petang Khamis,
11 Oktober di sini.
Seramai
100 orang menerimanya – kumpulan penerima pertama di negeri ini sejak Kerajaan
Negeri memutuskan untuk melanjutkan tempoh pajakan kepada 99 tahun, tanpa
kenaan premium; pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) 28 Mac lepas.
AKSI DATO' SRI DIRAJA ADNAN DI KAMPUNG BARU SRI TERUNTUM, KUANTAN... Pada perjumpaan dengan masyarakat Cina pada 23 Januari 2011 ini, Dato' Sri DiRaja Adnan turut mengumumkan tentang tempoh pajakan tanah yang dilanjutkan kepada 99 tahun, namun premium tanah tetap perlu dibayar.
Oleh kerana sikap Kerajaan Negeri yang sentiasa mendahulukan rakyat lalu mendengar keluhan mereka mengenai premium yang dikatakan tinggi itulah maka pada mesyuarat MMK Negeri pada 28 Mac 2012 memutuskan, tempoh pajakan tetap dilanjutkan kepada 99 tahun tanpa perlu membayar premium!
‘INI BUKAN GIMIK
PILIHANRAYA’
Bahawa
majlis penyampaian diadakan petang Khamis ini membuktikan, bukan sekadar
Kerajaan Negeri menepati janji, malah ditepatinya dalam kadar cepat sekali –
tidakpun sampai tujuh (7) bulan!
“Ini bukan gimik
pilihanraya,”
kata Dato’ Sri DiRaja Adnan dalam ucapannya. “I am here not to fish for votes. I am here just to say that, the state
government, the Barisan Nasional government, is doing the right thing and we
deliver what we promised,” katanya.
“Mula-mula
timbul isu ini ialah dua (2) tahun dahulu di majlis Tahun Baharu Cina di Dewan
Perhimpunan Cina (Bentong). Lepas itu, kita terus bawa ke Kuantan (untuk
tindakan Kerajaan Negeri, dan) pada bulan Mac baru-baru ini, kita (MMK Negeri) ambil
keputusan sebagaimana kita laksanakan pada hari ini,” katanya lagi disambut
tepukan para hadirin sebahagian besarnya ialah para penerima Notis 5A tersebut.
“There is
nothing to shout about, nothing to brag about. But this is quite an
achievement. No other states does this except Pahang. Itu saya nak bagi tahu.
Tak ada negeri lain buat kecuali Pahang,” katanya disambut tepukan yang berterusan.
Lazimnya
kata beliau, Notis 5A dikeluarkan kepada pemohon tanah baharu tetapi kali ini
kepada pemilik tanah asal sepertimana di Sungai Marong, yang diminta
dilanjutkan tempoh pajakan daripada 60 tahun ke 99 tahun.
KIRAANNYA; 99
TAHUN TOLAK TEMPOH PAJAKAN BERBAKI
Apatah
pula kini katanya, Kerajaan Negeri tidak lagi mengeluarkan suratan hakmilik
tanah kekal (freehold) melainkan diberikan secara pajakan selama 30 tahun, 60
tahun, 66 tahun dan kini diputuskan, selama 99 tahun.
Selain
itu ialah pajakan singkat selama tiga (3) atau enam (6) tahun, serta Lesen Pendudukan
Sementara (TOL) yang perlu diperbaharui secara tahunan.
Menurut
Dato’ Sri DiRaja Adnan, kaedah pengiraan tentang lanjutan tempoh pajakan 99
tahun ini ialah; 99 tahun ditolak dengan tahun-tahun yang berbaki daripada
tempoh asal pajakan tanah berkenaan.
“Kita mula kira
dengan 99 tahun tolak tempoh yang tinggal. Kalau kita ada 30 tahun lagi,
Kerajaan tambah 69 tahun lagi. Kalau ada 20 tahun lagi, Kerajaan tambah 79
tahun,”
katanya sambil menambah, “Dan saya harap,
perkara ini janganlah jadi isu lagi.”
Menceritakan
kembali asas kepada keputusan Kerajaan Negeri ini katanya, ia ekoran sungutan penduduk
Sungai Marong sendiri betapa dengan tempoh pajakan berbaki 15 tahun (daripada asal
60 tahun) di sini, menyebabkan pelbagai kesukaran termasuk bagi mereka mendapatkan
kemudahan-kemudahan bank yang baharu.
KALAU DIIKUTKAN,
PREMIUM SANGAT TINGGI
Sebagai
Kerajaan Negeri yang mendengar dan bersimpati dengan keluh-kesah rakyat katanya,
“Saya kaji semua tapi akhirnya kita
ambil keputusan untuk panjangkan pajakan. Apabila panjangkan pajakan, premium –
kalau ikut Kaedah Tanah Pahang, premiumnya sangat tinggi.
“Kalau di Sungai
Marong ini, yang kita berikan kepada Tuan-tuan dan Puan-puan hari ini; Kalau
ikut betul-betul, kena bayar premium RM124,000 seorang. Ini adalah hampir separuh
(daripada) harga (pasaran) tanah (kediaman) yang mungkin bernilai RM250,000
sekarang.
“Tak mungkin boleh
bayar tapi saya fikir pula, ini Kerajaan rakyat, kita yang pilih Kerajaan ini dan
duit ini ialah untuk Kerajaan, untuk rakyat. Tapi kalau banyak sangat kita
kecualikan, nampak sangat kita tak pandai memerintah.
“Tapi saya fikir
punya fikir, tak apalah, akhir-akhirnya kita ambil keputusan iaitu semua
suratan hakmilik yang memegang pajakan 66 (tahun), 60 (tahun), 30 (tahun)...
kita lanjutkan kepada 99 tahun,” kata Menteri Besar yang disusuli tepukan
berterusan sehingga beliau menyudahkan ayatnya itu, “Dengan pengecualian
premium”.
Betapa
dengan pengecualian premium ini beliau juga menyebut, Kerajaan Negeri berkorban
dengan tidak mengutipnya sehingga kira-kira RM123,750 seorang X 100 orang, atau
sebanyak RM12.375 juta!
‘THE NEVER-
& UN-ENDING PROBLEMS’
(NOTA
: Menurut Kaedah Tanah Pahang, cara pengiraan bagi mengetahui nilai premium
ialah; ½ X 1/100 X nilai tanah kediaman
semasa X 99 tahun. Bagi tanah kediaman di Sungai Marong ini dengan nilai semasa
tanah kediaman berkeluasan 6,500 kaki persegi ialah RM250,000, maka premiumnya
ialah; ½ X 1/100 X RM250,000 = RM123,750).
“Masalah kita ini,
‘the problem with the people, the so called people,” beliau menambah
kata, “… is the unending problems. We solved
a problem, another problem will come up. Ha… ini masalah. Kita selesai satu
masalah, masalah lain pula timbul.
“Hari itu kita
katakan, kita lanjutkan tempoh. Dah keluar kedai kopi (ada yang bersungut) ‘Lanjut
baguslah tapi premium apa macam?
“O.k sekarang,
kita sudah katakan, premiumpun ‘free’, lanjutkan tempoh. (Namun akan ada yang
bersungut juga lagi dengan berkata) ‘Yalah, lanjutkan tempoh, premium free; ini
bayar-bayar apa macam? Ini pelan, ini suratan?
“Haa… itu kena
bayarlah. Cukai tanah kena bayar. Upah sukat kena bayar. Batu sempadan, kena
bayar. Penyediaan pelan dan suratan hakmilik, kena bayar – yang semuanya pada
kadar yang murah,”
katanya tegas.
CAJ-CAJ CUMA
RM1,200 LWN PREMIUM DILUPUSKAN RM124,000
Dan
bagi kesemua bayaran ini, penulis dimaklumkan, tidakpun sampai RM1,200 iaitu:
antara RM480 dan RM856 (menurut keluasan tanah kediaman) untuk bayaran cukai
tanah; RM250 sebagai upah sukat; RM50 bagi penyediaan pelan dan suratan
hakmilik; serta, RM25 untuk kerja menempatkan batu sempadan.
Bayaran
ini wajib dijelaskan dalam tempoh tiga (3) bulan bagi membolehkan Notis 5A
pemohon diproses untuk diluluskan, untuk akhirnya pemohon menikmati tempoh
lanjutan pajakan sehingga 99 tahun.
Jumlah
bayaran yang tidak sampaipun RM1,200 ini tentulah kecil berbanding premium sehingga
kira-kira RM123,750 seorang yang telahpun Kerajaan Negeri bermurah hati untuk
dikecualikan!
Antara
yang turut hadir pada majlis petang Khamis itu ialah, wakil rakyat, Dato’ Dr Ng
Keong Chye (BN - Ketari); Senator Roslin Abdul Rahman yang juga Ketua Wanita
UMNO Bahagian Bentong; Pegawai Daerah Bentong, Dato’ Toantowee Mohd Lotfie; dan,
Pengerusi Penyelaras
Lanjut Tempoh Pajakan Tanah Sungai Marong, Encik Haris Faadilah Mohd.. – Khabar
MATA KE MATA ;
*** Inilah berita
gembira yang dibawa oleh Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob dalam
ucapan 14-minitnya pada Majlis Penyampaian Notis 5A bagi kelulusan melanjutkan
tempoh pajakan tanah di Sungai Marong, Mukim Bentong petang Khamis, 11 Oktober
di sini.
Seramai 100
orang menerimanya – kumpulan penerima pertama di negeri ini sejak Kerajaan
Negeri memutuskan untuk melanjutkan tempoh pajakan kepada 99 tahun, tanpa
kenaan premium; pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) 28 Mac lepas.
Bahawa majlis
penyampaian diadakan petang Khamis ini membuktikan, bukan sekadar Kerajaan
Negeri menepati janji, malah ditepatinya dalam kadar cepat sekali – tidakpun
sampai tujuh (7) bulan!
*** “There is nothing to shout about, nothing
to brag about. But this is quite an
achievement. No
other states does this except Pahang. Itu saya nak bagi tahu. Tak ada negeri
lain buat kecuali Pahang.”
*** “Kita mula kira dengan 99 tahun tolak
tempoh yang tinggal. Kalau kita ada 30 tahun lagi, Kerajaan tambah 69 tahun
lagi. Kalau ada 20 tahun lagi, Kerajaan tambah 79 tahun. Dan saya harap,
perkara ini janganlah jadi isu lagi.”
*** “O.k sekarang, kita sudah katakan,
premiumpun ‘free’, lanjutkan tempoh. (Namun akan ada yang bersungut juga lagi
dengan berkata) ‘Yalah, lanjutkan tempoh, premium free; ini bayar-bayar apa
macam? Ini pelan, ini suratan?
“Haa… itu kena
bayarlah. Cukai tanah kena bayar. Upah sukat kena bayar. Batu sempadan, kena
bayar. Penyediaan pelan dan suratan hakmilik, kena bayar – yang semuanya pada
kadar yang murah.”