... perkataan
popular tentang bencana angkara ‘superstorm Sandy’ di pantai timur Amerika Syarikat,
serta,
berita baik
mengenai # penemuan rizab minyak sehingga 64 juta tong di luar pantai Pahang,
dan # pelaburan ratusan juta ringgit dalam pengeluaran ‘caviar’ (benih/telur
ikan) di Jerantut.
BENCANA DAN BAHANA BAWAAN 'SANDY'... Inilah antara imej yang dapat kita sama-sama ikuti mengenai bencana 'superstorm Sandy' yang melanda New York.
SEBUAH HOTEL, PUTRAJAYA
–
‘Unprecedented’ atau, tidak pernah
berlaku sebelum ini.
Inilah
perkataaan popular diucapkan khususnya oleh Dato’ Bandar New York, Encik
Michael Rubens Bloomberg pada persidangan medianya selepas bencana ‘superstorm
Sandy’ melanda bandaraya itu pada Selasa 30 Oktober.
Ini
jugalah perkataan yang boleh kita juruskan kepada dua (2) berita gembira bagi
rakyat Pahang sepertimana diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Abdul
Razak pada hari yang sama.
Dalam
pada kita bersimpati dengan angkara ‘Sandy’
di New York serta bandar-bandar lain di pantai timur negara Uncle Sam itu, kita
tentunya bersyukur kerana kejadian bencana tahap ‘ganas’ seumpama itu tidak
berlaku di negara dan negeri ini.
Pun
begitu, tiada jaminan bahawa bencana seumpama itu tidak akan melanda kerana ‘Sandy’juga – dan malapetaka besar yang
dikesankannya; turut tidak pernah berlaku sebelumnya, hinggalah kejadian ngeri
serta dahsyat pada 30 Oktober itu.
“SANDY... I’M IN
MISERY’
Sehinggakan,
terowong keretapi bawah tanah (subway) yang sudah terbina sejak lebih 100 tahun
lamanya dan tidak pernah terjejas; tetapi kebanjiran dimasuki limpahan air laut
berdekatan, akibat daripada bencana hari Selasa itu.
Jika
seorang daripada penduduk New York yang ditemubual oleh stesen penyiaran British
Broadcasting Corporation (BBC) sehari sebelum bencana melanda, ada berseloroh
mengenai apa sangat yang boleh dilakukan oleh ‘Sandy’ – nama perempuan maka melambangkan kelembutan.
Beliau
kini mungkin tidak boleh berseloroh lagi mengenainya. Penulis teringat
lirik-lirik awal lagu ‘Sandy’
nyanyian penyanyi/pelakon, John Travolta dalam filem menggandingkannya dengan
penyanyi/pelakon kelahiran Australia, Olivia Newton John – Grease, terbitan tahun
penulis berada di tingkatan lima (5), 1978.
“Sandy... Can’t
you see. I’m in misery...” atau diterjemahkan bermaksud, “Sandy... Tidak dapatkah kau lihat. Saya dalam kesengsaraan...”
Jika
berita duka oleh Encik Michael – yang juga merupakan seorang daripada 10 tokoh
terkaya di Amerika Syarikat dengan nilai kekayaan peribadi RM87,500 juta; turut
menyentap perasaan kita lalu kita bersimpati dengannya.
SIMPATI DAN
SYUKUR
Dan
kita juga bersyukur.
Kita
seharusnya bertambah bersyukur dengan berita-berita gembira yang dibawa oleh
Perdana Menteri kita pada hari yang sama, khususnya mengenai penemuan pertama
kalinya, rizab minyak 64 juta tong di luar pantai negeri kita.
Dengan
penemuan itu dan apabila pengeluaran bermula kira-kira pada tahun 2014 kelak,
Kerajaan Negeri telahpun dijanjikan pulangan sehingga RM100 juta setahun
sebagai ‘wang ihsan’.
Ini
segera disambut baik oleh Menteri Besar, Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob yang
ditemui pemberita pada majlis Hadiah Pelajar Cemerlang Kokurikulum (HPCK)
anjuran Yayasan Pahang di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, petang
Selasa itu juga.
Satu
lagi berita gembira oleh Dato’ Sri Mohd Najib ialah mengenai pelaburan ratusan
juta ringgit yang bakal mengalir ke negeri ini khususnya daerah Jerantut,
dengan persetujuan sebuah syarikat antarabangsa untuk pengeluaran ‘caviar’ (benih/telur ikan) di sana.
Dengan
kedua-dua berita gembira ini yang bakal berlaku secara ‘real’ menurut jadualnya, pasti Pahang dapat terus menjadi – Negeri
Makmur, Rakyat Sejahtera, insya-Allah. – Khabar