…
dengan operasi RapidKuantan oleh Syarikat Prasarana Negara Bhd bermula 1
Disember
MEMPERKENALKAN... LOGO RASMI RAPIDKUANTAN... Dato' Sri DiRaja Adnan dibantu oleh Dato' Shahril, sedang menarik keluar kain penutup bagi mendedahkan logo rasmi syarikat pengangkutan awam milik negara ini.
KOMPLEKS YAYASAN
PAHANG, TANJUNG LUMPUR, KUANTAN – Sebanyak 32 bas panjang 10 meter, yang bakal beroperasi dari empat hab
utama menerusi tiga laluan dan 175 perhentian, dengan kekerapan tiba di lokasi ialah 15 minit
setiap bas!
Inilah
yang dijadualkan serta boleh dijangkakan oleh penduduk Kuantan khususnya para
pelajar dan golongan memerlukan, apabila Syarikat Prasarana Negara Bhd (SPNB)
memulakan operasi bas awamnya – RapidKuantan, pada 1 Disember ini.
Ke
arah itu, pelbagai persiapan dirangka dan dilaksanakan termasuklah usaha pengambilan
tenaga-kerja khususnya pemandu yang temuduga terbuka akan diadakan pada 6, 7
dan 8 Oktober ini di Terminal Makmur, di sini.
Ia
disusuli dengan program latihan pemanduan kepada mereka yang berjaya hinggalah
pada pertengahan November, bukan sahaja program latihan tersebut tamat malah kesemua
32 bas berkenaan, dijangka tiba di bandar ini.
Empat
hab utama berkenaan ialah di Kolej Komuniti, Gambang; Indera Mahkota 2 dan Kompleks
Mahkamah Kuantan, kedua-duanya di Bandar Indera Mahkota; serta, di pantai
peranginan Teluk Chempedak.
TIGA (3) LALUAN
AWAL
Tiga
laluan yang dikenalpasti untuk fasa pertama ini ialah;
Laluan
1 dari Kolej Komuniti, Gambang ke Terminal Makmur, sejauh 49.4 km dengan 14 bas
disediakan meliputi lokasi antara lainnya, Universiti Malaysia Pahang (UMP),
Lapangan terbang Sultan Hj Ahmad Shah, Taman TAS, Perkampungan Sungai Isap,
Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), dan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1.
Laluan
2 dari Indera Mahkota 2, Bandar Indera Mahkota ke Teluk Chempedak, sejauh 18.4
km dengan tujuh (7) bas disediakan meliputi antara lainnya, Kompleks Penyayang,
Taman Cenderawasih, Terminal Makmur, Kolej Antarabangsa IKIP, dan Maktab Rendah
Sains Mara (MRSM).
Laluan
3 dari Kompleks Mahkamah Kuantan, Bandar Indera Mahkota ke Politeknik Sultan Hj
Ahmad Shah (POLISAS), Semambu, sejauh 21 km dengan lapan (8) bas disediakan
meliputi antara lainnya, Universiti Islam Antarabngsa Malaysia (UIAM), Kampus
Perubatan di Bandar Indera Mahkota.
Ketika
bercakap pada persidangan media sempena pelancaran logo RapidKuantan petang
Rabu, 3 Oktober di sini, Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob telah
memberikan butiran mengenai perkhidmatan pengangkutan bas ini.
Sambil
itu, beliau juga memberikan rasional di sebalik pengenalannya yang idea asalnya
ialah daripada Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak, yang telah
turut mengumumkan mengenainya dalam ucapan Bajet Negara 2013 pada Jumaat, 28
September lepas.
RAPIDKUANTAN
JANJI EFISIEN DALAM PENGANGKUTAN AWAM
“RapidKuantan
ini diadakan kerana sebelum ini tidak ada satu perkhidmatan yang efisien di
Kuantan, bahkan di negeri Pahangpun. Dimana-manapun, perkhidmatan bas biasanya sangat
tidak memuaskan.
“Dengan adanya
RapidKuantan ini kita berharap, masalah pengangkutan bas ini akan dapat diselesaikan.
“Kita akan
tumpukan kepada kekerapan perkhidmatan bas. Kita akan meningkatkan kekerapan
untuk perkhidmatan bas ini menjadi lebih cekap. Apa makna lebih cekap? Lebih
cekap bermakna, masanya tertentu, ianya menjadi lebih kerap, tambang tidak
begitu mahal dan bas yang disediakan adalah selesa,” katanya.
Berhubung
dengan tambang kata Dato’ Sri DiRaja Adnan, ia akan ditetapkan oleh Kerajaan
melalui Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Untuk
masa depan katanya, Laluan 4 dan Laluan 5 akan diperkenalkan meliputi kawasan
antara Tanjung Lumpur ke Terminal Makmur, dan juga antara Besarah ke Terminal
Makmur.
YANG PENTING,
KEKERAPAN BAS TIBA
“Yang penting
kekerapan tu. Kadang-kadang kita tunggu bas ni – sejam kita tunggu, kita terasa
nak buang air kecil, masa kita pusing belakang sahaja, bas lalu.
“(Perlu) tunggu pula
sejam lagi. Perut sakit pula, pergi sekali lagi, bas lalu… Memang itu pengalaman
saya masa dulu. Ini (RapidKuantan), 15 minit sampai, 15 minit sampai. Bas ini
(pula), (sama ada) penuh (atau) tak penuh penumpang, jalan…,” katanya.
Ketika
ditanya tentang reaksi penduduk terhadap pengumuman operasi RapidKuantan ini
katanya, rata-rata mereka memang gembira sebab terpaksa menggunakan
pengangkutan alternatif untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain di bandar
Kuantan ini.
“Selama ini,
kita (ada) cuba adakan tetapi pengangkutan awam bas bukanlah satu perusahaan
yang menguntungkan. Itu sebab apabila Kerajaan melalui SPAD ambil-alih peranan,
maka kita mengalu-alukan,” katanya.
Dato’
Sri DiRaja Adnan turut mengisahkan bagaimana sebuah syarikat bas di Bentong –
Pahang South Union Omnibus Company Limited, mampu bertahan dalam perkhidmatan
bas tersebut sejak dahulu hinggalah sekarang.
BAS BANYAK,
PENUMPANGPUN MESTI RAMAI
“Saya
difahamkan, syarikat itu berjaya kerana, dari pengurusnya sampailah kepada
pemandunya, keraninya, ‘conductor’nya, sampai kepada ‘mechanic’, ‘technician’,
tukang sapu, semua ada saham dalam syarikat berkenaan.
“Jadi, masalah
ketidak cekapan, ketirisan, tidak timbul,” katanya.
“Sekarang ini
kita ada SPAD (menerusi SPNB) mengambil alih. Kita harap rakyat, gunakanlah
sepenuhnya. Kalau bas banyak, penumpang tak ada, tak boleh juga,” katanya lagi.
Pada
persidangan media yang sama, Pengarah Urusan Kumpulan, SPNB, Dato’ Shahril
Mokhtar berkata, syarikatnya amat komited dengan usaha melaksanakan
RapidKuantan di sini.
“Yang penting,
rakyat ni, mahasiswa; dia nak tahu pukul berapa bas ni sampai. Jadi kita dah pastikan
beberapa lokasi yang strategik, kita akan letakkan Passenger Information System
(PIS).
“Ini akan kita
buat di fasa kedua, insyaAllah. Yang penting, rakyat tahu bas datang pukul
berapa. Jadi, nak buang air kecil ke… boleh dia plan (rancang),” katanya.
USAHA
RAPIDKUANTAN LENGKAP-MELENGKAPI
Kepada
soalan tentang nasib syarikat-syarikat bas sedia ada ekoran kedatangan RapidKuantan
katanya, “Syarikat-syarikat bas ini cara dia operate ‘inter-city’, dari luar ke dalam.
“Apa yang kita
cuba fokuskan di Kuantan ini ialah ‘service’ di dalam bandar Kuantan. Radius
lebih kurang 30 hingga 45 km. Itu yang kurang kekerapan.
“Bas-bas yang
ada ni dari luar masuk ke dalam tetapi kekerapannya amat kurang – kadang-kadang
sehingga dua-tiga jam. Tapi bukan salah dia orang. Cuma kekerapan ini ialah
cara mereka beroperasi.
“Jadi, apa yang
kita cuba lakukan bersama-sama Kerajaan Negeri, kita cuba nak ‘complement’ (saling
lengka-melengkapi) supaya pengangkutan awam di bandar Kuantan khususnya menjadi
bertambah baik, terutama sekali kepada mahasiswa dan golongan berpendapatan
rendah,”
katanya.
Selain
Dato’ Shahril, yang turut hadir ialah Pengarah, Bahagian Perancangan Ekonomi
Negeri (B-PEN), Dato’ Mahadiah Mohamad. – Khabar
MATA KE MATA ;
*** “RapidKuantan
ini diadakan kerana sebelum ini tidak ada satu perkhidmatan yang efisien di
Kuantan, bahkan di negeri Pahangpun. Dimana-manapun, perkhidmatan bas biasanya sangat
tidak memuaskan.
“Dengan adanya
RapidKuantan ini kita berharap, masalah pengangkutan bas ini akan dapat diselesaikan.”
*** “Yang
penting kekerapan tu. Kadang-kadang kita tunggu bas ni – sejam kita tunggu,
kita terasa nak buang air kecil, masa kita pusing belakang sahaja, bas lalu.
“(Perlu) tunggu pula
sejam lagi. Perut sakit pula, pergi sekali lagi, bas lalu… Memang itu pengalaman
saya masa dulu. Ini (RapidKuantan), 15 minit sampai, 15 minit sampai. Bas ini
(pula), (sama ada) penuh (atau) tak penuh penumpang, jalan…”
*** “Selama ini,
kita (ada) cuba adakan tetapi pengangkutan awam bas bukanlah satu perusahaan
yang menguntungkan. Itu sebab apabila Kerajaan melalui SPAD ambil-alih peranan,
maka kita mengalu-alukan.”
*** “Saya
difahamkan, syarikat itu berjaya kerana, dari pengurusnya sampailah kepada
pemandunya, keraninya, ‘conductor’nya, sampai kepada ‘mechanic’, ‘technician’,
tukang sapu, semua ada saham dalam syarikat berkenaan.
“Jadi, masalah
ketidak cekapan, ketirisan, tidak timbul.”