… satu lagi produk/perkhidmatan ‘1Malaysia. Rakyat Didahulukan’, dan pula ditepati hanya selepas dua (2) bulan
diumum/dijanjikan dalam pembentangan Bajet Negara 2013 pada Jumaat, 28
September.
'FLAGGING-OFF'... Dengan pelepasan ini oleh Perdana Menteri yang diiringi Tan Sri Muhyiddin, Dato' Sri DiRaja Adnan dan yang lain, maka terlancarlah sudah perkhidmatan bas bandar RapidKuantan ini.
DATARAN, ARAS 4,
PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA (PWTC), KUALA LUMPUR – Perdana
Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak hari ini melancarkan perkhidmatan bas bandar
RapidKuantan, hanya selepas dua (2) bulan mengumumkan cadangan mengenainya dalam
ucapan Bajet Negara 2013 pada Jumaat, 28 September lepas.
“Saya nak
maklumkan bahawa ini satu lagi produk ‘1Malaysia. Rakyat Didahulukan’. Dan ini
sebuah lagi janji ditepati,” katanya dalam ucapan spontan luar
jadual 3-minitnya pada majlis pelancaran tersebut petang Jumaat juga, 30
November di sini.
“Hanya dalam
tempoh dua bulan sahaja selepas diumumkan maka perkhidmatan bas Rapid untuk
Kuantan, menjadi kenyataan, Insya-Allah.
“Mulai pada hari
Isnin akan datang ini (3 Disember), bas ini akan memulakan perkhidmatannya dan
akan memberi manfaat kepada setengah juta rakyat khususnya mereka yang tinggal
di bandar Kuantan,”
katanya lagi.
Jika
pelancaran perkhidmatan bas bandar itupun sudah merupakan ‘hadiah’ buat penduduk
Kuantan, satu lagi ‘hadiah’ turut diumumkannya hingga menyebabkan para hadirin
yang dalam kalangan pemimpin dan perwakilan UMNO negeri Pahang yang menghadiri hari
kedua Perhimpunan Agung UMNO ke-66 di sini, bertepuk tangan.
PERASMIAN LOGO... Majlis inipun boleh dikatakan cepat dilakukan, pada Rabu, 3 Oktober atau tidak sampaipun seminggu selepas Perdana Menteri mengumumkan mengenainya (pada 28 September).
Majlis ringkas ini diadakan di Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur, Kuantan. Yang turut kelihatan bersama-sama Dato' Sri DiRaja Adnan dan Dato' Shahril (kiri) ialah Pengarah Kumpulan, SPNB, Ir Zohari Sulaiman (kanan sekali).
PERKHIDMATAN BAS
PERCUMA UNTUK SEBULAN
“Dan satu lagi yang teristimewa saya nak maklumkan
bahawa, perkhidmatan bas ini akan diberikan secara percuma untuk sebulan.
“Jadi dengan ini
Insya-Allah, kita akan dapat memberi satu lagi perkhidmatan kepada masyarakat
dan komuniti di Kuantan,” katanya yang juga Presiden UMNO yang meluangkan
masa selepas bersolat Jumaat di surau sementara di sini, bagi menghadiri majlis
ini.
Dalam
ucapannya juga, Dato’ Sri Mohd Najib turut memaklumkan bahawa Menteri Besar
Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob akan melancarkan operasi perkhidmatan bas
tersebut di Kuantan pada Isnin itu, dengan memandu sendiri bas berkenaan.
“Pada hari ini
Isnin ini, saya difahamkan Dato’ Nan, Menteri Besar Pahang, akan melancarkan
dengan memandu bas tersebut,” katanya disambut sebutan serentak ‘Yaah…’
disusuli tepukan oleh hadirin.
“Sebab Dato’ Nan
ada lesen memandu (PSV bas) yang disahkan oleh SPAD (Suruhanjaya Pengangkutan Awam
Darat). Ini bukan olok-olok. Ini diperolehi secara sah.
DATO’ NAN PANDU
SENDIRI BAS TANDA JANJI DITEPATI
“Jadi beliau
akan memandu bas ini pada hari Isnin sebagai tanda bahawa inilah bas yang kita
telah janjikan untuk orang Kuantan,” kata Perdana Menteri lagi sambil menayangkan
lesen tersebut yang dihulurkan kepadanya oleh Dato’ Sri DiRaja Adnan.
Beliau
kemudian mengucapkan terima kasih kepada SPAD serta entiti di bawahnya – Syarikat
Prasarana Negara Berhad (SPNB), kerana berjaya mengadakan perkhidmatan ini dengan
menyediakan 32 bas, dalam tempoh masa dua (2) bulan yang dikatakannya ‘rekod
jugalah’.
“Jadi, kalau
kita dapat mandat yang baharu daripada rakyat (pada pilihanraya umum ke-13
kelak), banyak lagi yang kita boleh lakukan,” katanya.
Selain
Dato’ Sri DiRaja Adnan, yang turut hadir pada majlis ringkas itu sebelum
kembali ke Dewan Merdeka untuk mengikuti perbahasan dalam Perhimpunan Agung ini
ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar;
Begitu
juga Pengerusi, Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Pengangkutan Negeri, Dato’ Ir
Mohd Soffi Abdul Razak; Pengerusi, SPNB, Tan Sri Ismail Adam; dan, Pengarah Urusan Kumpulan, SPNB, Dato’ Shahril Mokhtar. – Khabar