hanya
mampu bekalkan pakaian sukan jenama tiruan untuk atletnya ke Sukan Olimpik
London 2012
kamarSUA, WISMA
SRI PAHANG, KUANTAN
– Kasihan dan simpati kita kepada negara pasca bahana ‘Arab Spring’ – Mesir.
Oleh kerana kedaifannya, ia hanya mampu menyediakan pakaian sukan jenama tiruan
Nike kepada 112 atletnya ke Sukan Olimpik London 2012 yang secara rasminya
bermula hari ini, Jumaat, 27 Julai.
Itupun,
sepertimana kata Presiden, Jawatankuasa Olimpik Mesir (EOC), Lt Jen Mahmoud
Ahmed Ali dalam laporan oleh agensi berita Associated Press (AP), sudah cukup
bagus (ENG: Good enough).
“Kami
menandatangani (perjanjian bagi pembelian ‘tracksuit’ dan beg jenama tiruan
tersebut) dengan pembekal negara China ekoran keadaan semasa ekonomi Mesir,” katanya.
Untuk
mendapatkan jenama tulen katanya, adalah cukup mahal bagi negara yang terjejas
teruk ekonominya lalu mendorong beliau untuk memilih dan membekalkan atletnya
dengan jenama tiruan tersebut.
Dengan
memilih jenama tulen, negara tersebut perlu menampung antara US300 (RM950) dan
US500 (RM1,580) untuk setiap atlet X 112 orang atau bersamaan antara US33,600
(RM106,400) dan US56,000 (RM176,960).
BANDINGKAN
DENGAN NASIB 30 ATLET KITA
“Ini melibatkan
kewangan yang besar apatah lagi dengan jumlah 112 atlet, campur pula lagi
dengan jurulatih, pegawai dan doktor yang turut serta (dalam kontinjen Mesir),”
katanya.
Bagaimana
jika pemilik jenama itu – Nike, tahu dan tidak berpuas hati mengenainya? “…, ia (Nike) kenalah berunding terus
dengan pembekal China yang menjualnya kepada kami,” Lt Jen Mahmoud
dilaporkan sebagai berkata lagi.
Jika
apa yang dilaporkan ini mengasihankan, yang turut dalam darjah perasaan yang
serupa ialah laporan berita yang sama menyebut betapa atlet negara itu dalam
acara renang berirama, terpaksa mengeluarkan wang sebanyak US300 (RM950) untuk
membeli sendiri pakaian sukan yang lebih berkualiti.
Atlet
wanita itu – Yomna Khallaf dilaporkan berkata; “Adalah sangat mengecewakan apabila kami perlu membayar tambahan 2,000
paun (Mesir) untuk mendapatkan pakaian yang lebih sesuai supaya kami kelihatan
o.k”.
Bandingkan
apa yang dihadapi oleh atlet-atlet Mesir ini dengan atlet-atlet negara lain termasuk
dengan 30 atlet negara kita. Jauh bezakan? Dan ini tentunya mendatangkan
kesyukuran kepada semua. – Khabar
MATA KE MATA;
*** Untuk
mendapatkan jenama tulen katanya, adalah cukup mahal bagi negara yang terjejas
teruk ekonominya lalu mendorong beliau untuk memilih dan membekalkan atletnya
dengan jenama tiruan tersebut.
*** Dengan
memilih jenama tulen, negara tersebut perlu menampung antara US300 (RM950) dan
US500 (RM1,580) untuk setiap atlet X 112 orang atau bersamaan antara US33,600
(RM106,400) dan US56,000 (RM176,960).
*** Jika apa
yang dilaporkan ini mengasihankan, yang turut dalam darjah perasaan yang serupa ialah laporan berita yang sama menyebut betapa atlet negara itu dalam acara
renang berirama, terpaksa mengeluarkan wang sebanyak US300 (RM950) untuk
membeli sendiri pakaian sukan yang lebih berkualiti.
*** Bandingkan
apa yang dihadapi oleh atlet-atlet Mesir ini dengan atlet-atlet negara lain termasuk
dengan 30 atlet negara kita. Jauh bezakan? Dan ini tentunya mendatangkan
kesyukuran kepada semua.