KANAK-KANAK SOMALIA; KELAPARAN DAN KEBULURAN IALAH PERKARA BIASA... Dan kita di negara yang aman dan makmur ini, tentulah amat bersyukur atas segala nikmat yang diperolehi.
kamarSUA, WISMA
SRI PAHANG, KUANTAN
– Dalam pada kita berbelanja sama ada kecil, sederhana apatah lagi secara besar
di Bazar-bazar Ramadan yang terdapat hampir di semua kawasan tumpuan orangramai.
Dalam
pada kita memenuhi jemputan berbuka puasa di hotel-hotel lima bintang yang
menawarkan hidangan yang pelbagai dengan harga paling rendah di Kuantan ini, antara
RM65 dan RM75 seorang.
Dalam
pada kita selesa menunaikan solat Isya’ disusuli sunat Terawih kebanyakannya setakat lapan (8) rakaat, di surau-surau
berhawa dingin mahupun di masjid dan surau yang ligat kipasnya benar-benar menyejukkan.
Dalam
pada kita bangun sahur jam 4.30 pagi –
solat Tahajjud kemudian Hajat, seterusnya menikmati juadah sahur dengan
keluarga sambil-sambil mendengar alunan muzik dan lagu-lagu ‘oldies’ siaran stesen
radio swasta LiteFM.
Berita
tentang kesengsaraan dan kemeranaan umat Islam di luar negara khususnya di
Somalia, tentulah telah sedikit-sebanyak menyentak perasaan serta segala
kegembiraan kita dalam meraikan bulan puasa Ramadan Al-Mubarak ini.
Lalu,
kesyukuran segera mendatangi. Dan kita sesungguhnya, amat bersyukur dengan
segala nikmat yang sedang dikecapi dalam sebuah negara yang aman lagi makmur di bawah pentadbiran cekap dan berkesan Kerajaan yang ada.
Alhamdulillah.
– Khabar