sempena
Sukan Malaysia XV Pahang 2012
'FAMILY-MAN AND HIS FAMILY-OUTING'... Lelaki berbaju-T merah ini ialah seorang daripada ketua keluarga yang datang bersama-sama ahli-ahli keluarganya. Masih ramai lagi yang lain yang menjadikan acara sukan yang dikunjungi sempena Sukan Malaysia XV Pahang 2012 ini sebagai acara 'family-outing' mereka.
STADIUM DARUL
MAKMUR, KUANTAN
– Apakah yang boleh dilakukan oleh serunai plastik – ‘vuvuzela’, yang dijual dengan harga RM5 satu kepada kejohanan
Sukan Malaysia XV Pahang 2012?
Tidak
banyak tetapi, dengan alunannya yang ditiup oleh para pengunjung ke beberapa ‘venue’ sukan pada kejohanan ini, telah
sedikit-sebanyak memeriahkan suasana sungguhpun tidak dinafikan, ia agak membingitkan.
Inilah
yang dapat dirasai semasa kunjungan penulis ke Kompleks Kolam Renang, Wisma
Belia di Indera Mahkota pada Ahad, 8 Julai, apatah lagi ke sini, malam Khamis,
12 Julai untuk menyaksikan perwalanan bolasepak peringkat separuh akhir
menemukan Sabah dan Negeri Sembilan.
Ribuan pengunjung/penonton hadir menyaksikan perlawanan bolasepak ini yang akhirnya dimenangi Sabah dengan
jaringan 2 – 1, disebalik ketinggalan 0 – 1 seawal minit keenam lagi sebelum berjaya membuat 'comeback' dengan bergaya sekali.
Setengah
jam sebelum perlawanan bermula lagi, para pengunjung yang membeli alat serunai
ini daripada anak-anak muda yang mundar-mandir menjualnya dalam kalangan mereka,
telahpun meniup-niupnya.
YANG MENANG SABAH BA... Inilah perlawanan menemukan Sabah, berjersi biru dan Negeri Sembilan, berjersi putih, pada malam Khamis itu.
ALUNAN SEMAKIN ‘MERIAH’
Sebaik-baik
pemain dari kedua-dua pasukan memasuki padang seterusnya bermulanya perlawanan
tepat 8.45 malam, tiupan serta alunan itu semakin ‘meriah’ kedengaran apatah lagi dengan bilangan pengunjung semakin
ramai, bertambah ramailah juga yang membeli lalu meniup-niupnya.
Paling
kuat kedengaran ialah ketika berlaku kekasaran pemain ke atas pemain lawan, kesilapan-kesilapan
kecil yang dilihat tidak cerdik yang dilakukan oleh pemain, dan, sudah tentulah
apabila gol dijaringkan!
Oleh
kerana perlawanan malam ini tidak melibatkan pasukan tuanrumah yang sebelum itu
tewas kepada Negeri Sembilan di peringkat suku akhir, pengunjung/penonton seperti tidak kisahkan sangat pasukan mana
yang akan menang.
(Sungguhpun
tidak dinafikan, penulis dapat hidu sedikit perasaan dendam dalam kalangan
pengunjung/penonton terhadap Negeri Sembilan dengan suara-suara kecaman serta tiupan
‘vuvuzela’ yang lebih kuat terhadap pemain-pemain negeri itu apabila sahaja mereka
melakukan kekasaran atau kesilapan).
Selain
memeriahkan, satu aspek positif tentang ‘vuvuzela’
ialah, ia dapat mengurangkan ruang dan kesempatan untuk para penonton melepaskan geram dengan membuka mulut bagi mengeluarkan
kata-kata kesat terhadap para pemain mahupun pengadil dan penjaga garisan di
atas padang!
SERUNAI PLASTIK, VUVUZELA... Memeriahkan dan membingitkan. Penulis turut membeli dan meniup-niupkannya pada malam Khamis itu tetapi diberitahu oleh anak yang turut bersama, ada anak kecil dengan 'vuvuzela' dalam genggaman bertanya kehairanan kepada emaknya tatkala melihat penulis meniup, 'Pakcik tupun tiup juga?'.
‘FAMILY-OUTING’
YANG MEMBAHAGIAKAN
Penulis
juga seronok menyaksikan betapa dalam kalangan penonton ialah kalangan ibu,
bapa dan anak-anak mereka hingga jelas kelihatan, betapa kunjungan mereka ke ‘venue-venue’ kejohanan sepertimana
malam ini, merupakan satu ‘family-outing’ yang membahagiakan.
Lalu,
jika tema Sukan Malaysia XV Pahang 2012 ini ialah Sukan Menjana Perpaduan, maka
penulis bolehlah menambahkannya kepada, Sukan Menjana Perpaduan serta
Kebahagian Sekeluarga. – Khabar
MATA KE MATA;
*** Ribuan pengunjung/penonton hadir menyaksikan perlawanan bolasepak ini yang akhirnya dimenangi Sabah dengan
jaringan 2 – 1, disebalik ketinggalan 0 – 1 seawal minit keenam lagi sebelum berjaya membuat 'comeback' dengan bergaya sekali.
*** Selain memeriahkan,
satu aspek positif tentang ‘vuvuzela’ ialah, ia dapat mengurangkan ruang dan
kesempatan untuk para penonton melepaskan
geram dengan membuka mulut bagi mengeluarkan kata-kata kesat terhadap para
pemain mahupun pengadil dan penjaga garisan di atas padang!
*** Penulis juga
seronok menyaksikan betapa dalam kalangan penonton ialah kalangan ibu, bapa dan
anak-anak mereka hingga jelas kelihatan, betapa kunjungan mereka ke ‘venue-venue’
kejohanan sepertimana malam ini, merupakan satu ‘family-outing’ yang
membahagiakan.
*** Jika tema
Sukan Malaysia XV Pahang 2012 ini ialah Sukan Menjana Perpaduan, maka penulis bolehlah
menambahkannya kepada, Sukan Menjana Perpaduan serta Kebahagian Sekeluarga.