USTAZ AZHARI DENGAN TAZKIRAHNYA...
PADANG MPK 1, KUANTAN – Perubahan
yang baik. Bermula Rabu, 25 Julai bersamaan 5 Ramadan lepas, umat Islam yang datang
ke padang ini untuk berbuka puasa mula disajikan dengan program ‘Haflatul Quran & Tazkirah Ramadan’
anjuran Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).
Menerusi
program ini, qari dan penceramah jemputan diberi ruang mendengarkan bacaan
al-Quran dan tazkirah mereka sambil-sambil pengunjung menghadap juadah berbuka
sementara menunggu azan Maghrib dari Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 bersebelahan,
tanda waktu berbuka.
Penulis
berkesempatan menyertai mereka pada petang Sabtu, 28 Julai bersamaan 8 Ramadan.
Sambil duduk atas hamparan tikar plastik yang baharu dibeli RM20 dari gerai
penjaja berhampiran, tumpuan kini ialah kepada program tersebut.
Yang
mengacarakan program ialah penceramah terkenal yang juga pegawai JAIP, Ustaz Badli Shah
Alauddin. Beliau ada mengingatkan umat Islam yang hadir tentang tiga (3)
perkara yang penulis simpulkan seperti berikut;
Jaga
kebersihan padang, dengan membuang bekas-bekas juadah ke dalam tong-tong sampah
yang disediakan oleh syarikat konsesi, Alam Flora – kira-kira 50 buah
kesemuanya, yang ditempatkan dalam jarak ‘boleh-capai’
oleh pengunjung.
BEBRBUKA ALA-BERKELAH, BERLATARKAN MASJID NEGERI SULTAN AHMAD 1...
JAGA KEBERSIHAN,
JAGA SOLAT, JAGA KESELAMATAN
Jaga
solat, dengan segera ke Masjid Negeri berdekatan agar tidak terlepas daripada
menunaikan solat Maghrib yang tempohnya singkat, kira-kira sejam lebih sedikit
sahaja sebelum tiba waktu Isya’.
Jaga
keselamatan terutamanya anak-anak yang dibawa bersama oleh ibubapa mereka.
Menerusi
tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Azhari Daud – sepertimana diperkenalkan
oleh Ustaz Badli Shah, pengunjung diingatkan agar bersyukur dengan nikmat
kehidupan yang aman sejahtera dalam negara kita.
Beliau
membandingkan keadaan ini dengan umat Islam Rohingya di Myanmar yang sedang
mengalami penindasan yang teruk, antaranya, 22 masjid dibakar manakala
kira-kira 50,000 nyawa melayang di bumi negara Indo China itu.
Program
ringkas sebegini kepada penulis adalah baik. Ia menandakan keseriusan JAIP
dalam memasyarakatkan lagi kaedah pendakwahan mereka – daripada mengharapkan
umat Islam pergi kepadanya kini JAIP pergi kepada mereka;
MENJELANG WAKTU BERBUKA... Mereka yang nun di sana, tak mungkin dapat mendengar apa yang ditazkirahkan ekoran sistem siaraya yang tidak mencukupi yang lebih tertumpu di kawasan sekitar pentas di sebelah kanan foto ini (tidak kelihatan).
Lihatlah juga kepada anak-anak dengan belon watak animasi tempatan 'Boboy' mereka.
Lihatlah juga kepada anak-anak dengan belon watak animasi tempatan 'Boboy' mereka.
‘SPEAKER’ TAK
CUKUP
Manakala
para pegunjung pula, yang komposisinya pelbagai – daripada yang bujang
lelaki-perempuan, hinggalah sekeluarga termasuk datuk dan nenek, akan dapat memenuhi
masa luang sementara menunggu waktu berbuka, dengan aktiviti berfaedah.
Bagaimanapun,
kelemahan yang nyata daripada program yang julung-julung kali dianjurkan pada
tahun ini ialah, alat siaraya yang kurang bertenaga lalu yang boleh mendengar
apa yang dibaca dan ditazkirahkan cuma di sekitar pentas yang didirikan sahaja.
Sementara
itu, solat sunat Terawih di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 yang turut penulis
sertai pada malam yang sama, masih menunjukkan kehadiran jemaah yang ramai
sungguhpun bilangan itu mengecil secara mendadak selepas rakaat kelapan.
Sepertimana
tahun sudah-sudah, senario ini dijangka berkekalan hinggalah menjelang 10 hari
terakhir Ramadan apabila bilangan jemaah semakin berkurangan mungkin kerana
sebahagian besarnya perlu pulang ke kampong halaman untuk berHari Raya.
RAKAAT KE-9 & KE-10?... Inilah sebahagian daripada jemaah (penulis tidak terkecuali) yang meninggalkan masjid selepas menunaikan solat sunat Terawih setakat lapan (8) rakaat, serta Witir tiga (3) rakaat, yang dilakukan secara sendirian. –
Khabar
MATA KE MATA;
*** Menerusi
program ini, qari dan penceramah jemputan diberi ruang mendengarkan bacaan
al-Quran dan tazkirah mereka sambil-sambil pengunjung menghadap juadah berbuka
sementara menunggu azan Maghrib dari Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 bersebelahan,
tanda waktu berbuka.
*** Menerusi
tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Azhari Daud – sepertimana diperkenalkan
oleh Ustaz Badlishah, pengunjung diingatkan agar bersyukur dengan nikmat
kehidupan yang aman sejahtera dalam negara kita.
*** Beliau membandingkan
keadaan ini dengan umat Islam Rohingya di Myanmar yang sedang mengalami penindasan
yang teruk, antaranya, 22 masjid dibakar manakala kira-kira 50,000 nyawa melayang
di bumi negara Indo China itu.
*** Program
ringkas sebegini kepada penulis adalah baik. Ia menandakan keseriusan JAIP
dalam memasyarakatkan lagi kaedah pendakwahan mereka – daripada mengharapkan
umat Islam pergi kepadanya kini JAIP pergi kepada mereka.