MERIAH TETAPI PANAS DI BAWAH KHEMAH BESAR 'HALF-MOON'... Inilah suasana terbaharu di Bazar Ramadan depan Masjid Negeri.
Alamaya, INDERA
MAHKOTA 5, KUANTAN
– Meriah! Inilah yang dapat digambarkan hari pertama bulan Ramadan hari ini,
Sabtu, 21 Julai khususnya –
sepertimana
saban tahun, apabila ke Bazar Ramadan berdepan Masjid Negeri Sultan Ahmad 1,
Kuantan dekat sini.
Sebelum
tiba ke tapak bazaar ini, kemeriahan sudahpun terasa dengan kesesakan
lalulintas yang harus ditempuhi ketika melalui Jalan Bukit Ubi, kemudian masuk
ke Jalan Mahkota yang berhampiran dengan bazar.
Jangan
haraplah untuk mendapat petak letak kereta di bahu jalan ini. Ia bukan sahaja penuh
malah ada pemandu yang tidak berhemah, sanggup melakukan ‘double-parking’ hingga mengurangkan lagi ruang laluan jalan
tersebut lalu menyesakkan lagi.
Kehadiran
anggota polis trafik di situpun seakan-akan tidak dihiraukan. (Penulis dapat
bayangkan akan ketidak selesaan dan ketegangan yang boleh berlaku antara pemandu-pemandu
terlibat, apabila kenderaan yang diletak dalam petak sebenar tidak dapat
mengundurkan kenderaan kerana disekat oleh kenderaan dibelakang yang melakukan
gejala ‘double-parking’ itu).
Melalui
Jalan Mahkota ini juga perlu berhati-hati kerana bimbang terlanggar bahagian belakang
kenderaan yang bergerak secara terkemut-kemut di depan, ataupun untuk mengelak terlanggar
orangramai yang melintas tanpa melalui lintasan khas untuk pejalan kaki yang
disediakan berdepan Mahkota Square.
KHEMAH BESAR ‘HALF-MOON’
Dari
Jalan Mahkota, melepasi bangunan pejabat Telekom Malaysia (TM) Pahang dan Hongkong
and Shanghai Bank, penulis membelok ke kiri memasuki Jalan Bank dan selang beberapa
petak letak kereta yang ber‘penghuni’, menjumpai seterusnya memasuki petak letak
kereta kosong di situ.
Dari
petak letak kereta ini penulis berjalan kaki – memasuki perkarangan Masjid
Negeri di bahagian belakangnya, berjalan melepasi Klinik Al-Amin lalu masuklah
ke tapak gerai-gerai Bazar Ramadan.
Tidak
seperti tahun sudah-sudah, kali ini, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) menyediakan
dua (2) unit khemah besar ‘half-moon’
yang memanjang secara selari dari kawasan ‘pasar buluh’ lama hingga ke Taman
Kerang.
Di
bawah khemah besar inilah para penjaja dibahagi-bahagikan petak-petak ruang
niaga masing-masing lalu menjajalah mereka dengan seaneka jenis makanan
daripada lauk-pauk hinggalah ke kuih-muih, minuman serta buah-buahan.
Namun,
baharu sahaja memasuki khemah besar ini, sudahpun terasa ketidakselesaan, bukan
sangat kerana orangramai bersesak-sesak di dalamnya tetapi lebih kerana sistem pengudaraan
yang tidak baik diakibatkan oleh ketiadaan kipas.
PANAS, PANAS!
MANA KIPASNYA???
Maka
tidak hairanlah, dalam kalangan penjaja mahupun orangrami, kelihatan percikan peluh
pada dahi-dahi mereka.
Kepada
penulis, idea mendirikan khemah-khemah ‘half-moon’ ini mungkin baik khususnya
jika berlaku cuaca buruk seperti hujan tetapi, dalam keadaan biasa ini, mungkin
lebih wajar menyediakan kipas.
DAMAI DALAM MASJID SULTAN HJ AHMAD SHAH, UIAM KUANTAN... Inilah suasana yang sempat dirakamkan pada malam Sabtu, 21 Julai sebelum menunaikan solat Isya' disusuli terawih dalam masjid yang serba baharu ini.
Di
Masjid Sultan Hj Ahmad Shah dalam perkarangan Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia (UIAM) kampus Kuantan di Indera Mahkota 8 dekat sini pula, penulis
sekeluarga berkesempatan menunaikan solat Isya’ disusuli sunat terawih pada
malam yang sama.
Ini
kali kedua penulis menjejak kaki ke dalam masjid bernilai RM15 juta, yang telah
disempurnakan perasmiannya oleh KDYMM Sultan Pahang yang diiringi KDYTM Tengku
Mahkota Pahang serta dengan kehadiran Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan
Yaakob pada 6 Mei lepas.
Kali
pertama ialah pada Jumaat, 20 Julai kerana menunaikan sembahyang sunat Jumaat.
Selain ia sebuah masjid yang baharu – maka segala-galanya baharu, yang turut menjadi
tarikan mungkin juga ialah kerana ia sebuah masjid yang besar (berkapasiti
5,000 jemaah pada satu-satu masa) lalu memberi ruang yang selesa kepada jemaah
untuk menunaikan solat di dalamnya.
Selain
itu ialah bacaan surah-surah al-Quran oleh imamnya yang ternyata jelas, teratur
dan lancar. Dan, berada dalam kalangan pensyarah-pensyaran universiti ini terutamanya
dari luar negara, telah membangktikan lagi semangat untuk berada di dalamnya. –
Khabar
MATA KE MATA;
*** Jangan haraplah untuk mendapat petak letak kereta di bahu jalan ini. Ia bukan sahaja penuh malah ada pemandu yang tidak berhemah, sanggup melakukan ‘double-parking’ hingga mengurangkan lagi ruang laluan jalan tersebut lalu menyesakkan lagi.
MATA KE MATA;
*** Jangan haraplah untuk mendapat petak letak kereta di bahu jalan ini. Ia bukan sahaja penuh malah ada pemandu yang tidak berhemah, sanggup melakukan ‘double-parking’ hingga mengurangkan lagi ruang laluan jalan tersebut lalu menyesakkan lagi.
*** Namun, baharu sahaja memasuki khemah besar ini, sudahpun terasa ketidakselesaan, bukan sangat kerana orangramai bersesak-sesak di dalamnya tetapi lebih kerana sistem pengudaraan yang tidak baik diakibatkan oleh ketiadaan kipas.
*** Kepada penulis, idea mendirikan khemah-khemah ‘half-moon’ ini mungkin baik khususnya jika berlaku cuaca buruk seperti hujan tetapi, dalam keadaan biasa ini, mungkin lebih wajar menyediakan kipas.
*** bacaan surah-surah al-Quran oleh imamnya yang ternyata jelas, teratur dan lancar. Dan, berada dalam kalangan pensyarah-pensyaran universiti ini terutamanya dari luar negara, telah membangktikan lagi semangat untuk berada di dalamnya.
PEMBETULAN;
### Menjengah semula ke Bazar Ramadan ini pada petang Selasa, 24 Julai bersamaan 4 Ramadan, mendapati kemudahan bukan sahaja kipas malah lampu turut sedia dipasang dalam khemah-khemah 'half-moon' ini.
Ia dikatakan mula dipasang pada malam hari kedua Ramadan, Ahad, 22 Julai yang pada sebelah petangnya, KDYMM Sultan Pahang telah berkenan mencemar duli berangkat meninjau, bermesra dengan penjaja dan pelanggan serta membeli juadah di Bazar Ramadan ini.
Baginda turut menzahirkan kekecewaan Baginda tentang ketidakselesaan akibat ketiadaan kemudahan kipas terutamanya.
PERKENAN KEBAWAH DULI TUANKU... Inilah keratan akhbar yang dipaparkan semula, yang melaporkan tentang keberangkatan KDYMM Sultan Pahang ke Bazar Ramadan tersebut pada petang Ahad, 22 Julai.
### Penulis kemudian difahamkan, tahun ini kali pertama MPK men'swastakan' perkhidmatan menyediakan kemudahan khemah-khemah seterusnya tapak-tapak penjaja ini.
Niatnya baik, iaitu untuk memberikan peluang menambah dana atau tabungan kepada pihak yang diswastakan - Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Kuantan.
Daripada aspek penguatkuasaan khususnya berkenaan kebersihan, MPK masih memainkan peranan menerusi rondaan dan pemeriksaan oleh anggota-anggota penguatkuasanya.