… bagi memperkemaskan
lagi kaedah menyelamat serta mengatasi masalah pertindihan tugas sesama agensi
Kerajaan dalam hadapi bencana banjir kali ini, titah KDYTM Tengku Mahkota
Pahang
BERKENAN MELAYANI MEDIA... Dengan diapit kanan dan kiri oleh Dato' Sri DiRaja Adnan dan Dato' Sri Muhammad Safian, KDYTM Tengku Mahkota sedang melayani persembahan soalan daripada wartawan-wartawan tempatan kita.
Bagi
daerah Kuantan, agihan tersebut ialah; Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan bertanggungjawab
di kawasan Perkampungan Sungai Isap; Jabatan Bomba dan Penyelamat di kawasan
Bukit Rangin; dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di kawasan Sungai Lembing.
Sebuah
lagi agensi Kerajaan iaitu RELA, akan diletakkan di bawah kesiap-sagaan, demikian
titah KDYTM Tengku Mahkota Pahang pada persidangan media selepas berangkat pada
persembahan taklimat persiapan menghadapi banjir pada pagi Selasa, 2 Disember
di sini.
“Kita harap
perancangan ini (agihan menurut ‘zonal system) dapat diturunkan ke
daerah-daerah (lain) juga supaya… kita tidak mahunya ada ‘overlapping of duties’lah;
Polis membuat peranan (Angkatan) Tentera atau sebaliknya.
“So kita nak
kira ‘specific in one particular area’lah. Ini sikit-sebanyak dapat
mengurangkan masalah ‘miscommunication’ ataupun salah arahan, dan seterusnya,” titah Baginda.
DALAM MAJLIS TAKLIMAT...
Menurut
Baginda, kaedah ‘zonal system’ ini diperkenal untuk dilaksanakan kali ini ialah
ekoran pengajaran yang telah diperolehi daripada pengalaman sukar menghadapi
banjir besar yang melanda daerah Kuantan ini khususnya, tahun lepas.
Sambil
mengucapkan terima kasih Baginda kepada Kerajaan Negeri kerana telah
dipersembahkan dengan takilmat tersebut, Baginda juga mahu semua pihak terus
bersiap-sedia bagi menghadapinya khususnya dalam tempoh dua bulan ini –
Disember dan Januari tahun depan.
Dan
Baginda turut menitah-sebut tentang kepuasan hati Baginda betapa segala bekalan
makanan dan keperluan bagi menghadapi bencana banjir kali ini telahpun dihantar
ke pengkalan hadapan-pengkalan hadapan yang telah ditetapkan.
Betapa
kali ini juga, menurut Baginda, kira-kira 8,000 kakitangan Kerajaan daripada
agensi-agensi berkaitan, yang telah dikerah untuk membantu dalam usaha-usaha
menangani masalah bencan banjir ini.
“Dan dalam pada
itu juga, walaupun kita nampak cuaca yang begitu baik pada hari ini, saya menyarankan
kalau boleh semua peringkat – daripada peringkat Pegawai Daerah, JKKK, buat tinjauan
di daerah-daerah kalau adapun longkang tersumbat, kalau adapun parit yang tersumbat;
MESRA...
GOTONG-ROYONG
ATASI LONGKANG TERSUMBAT
“Kita buat
gotong-royong supaya dapat memudahkan air ini tidak bertakung dan saluran itu
keluar ke sungai yang terdekat. ‘This is another step’ yang mungkin dapat sikit
bantuan daripada orangramai untuk cuba main peranan.
“Jangan harap
semata-mata bantuan dari Kerajaan. ‘So’ kita anggap bulan 12 ini sebagai bulan
gotong-royong yang mana kita cuba bantukan dengan jentera Kerajaan, membuat
tinjauan persekitaran rumah kita supaya tidak ada parit-parit atau longkang-longkang
yang tersumbat,”
titah Baginda lagi.
“Kita minta
semua turun padang. Bukan Pegawai Daerah sahaja, pegawai di ‘local council’
sekalipun, wakil-wakil rakyat sekalipun. Usahakan sikitlah. Jangan kita tunggu
hingga hujan baharu kita nak usaha.
“Kalau longkang,
katalah longkang tersumbat di kawasan A, orang kawasan Alah juga
bertanggungjawab,
bukan sahaja masalah Kerajaan Negeri.
Kawasan itu kena diawasi ‘collectively’lah,” Baginda menambah-titah.
Selain
Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob dan Setiausaha Kerajaan Negeri,
Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail; yang turut hadir pada majlis taklimat ia ialah
Ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri; Pegawai-pegawai Daerah; serta, ketua-ketua
jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
Majlis
taklimat ini dipersembahkan oleh Setiausaha, Bahagian Keselamatan Negeri, Encik
Mohd Zaira Syahli Shah Zakaria yang turut menyatakan betapa 579 pusat pemindahan yang boleh menampung hingga lebih 127,000 mangsa banjir di seluruh negeri ini, telah disediakan. – Khabar