Saturday 6 December 2014

Agropolitan; Program pembangunan menyeluruh bantu Orang Asli


DALAM UCAPAN LUAR TEKS 17-MINITNYA... “Kita tidak mahu Orang Asli terasing, ataupun dikesampingkan daripada memdapat faedah daripada pembangunan negara.

“Lebih-lebih lagi Orang Asli merupakan penyokong kuat, penyokong tegar Kerajaan kita pada hari ini,” kata Perdana Menteri . 



RANCANGAN PENEMPATAN SEMULA (RPS) RUNCHANG, PEKAN – Dengan pendapatan tetap bulanan secara purata RM950 setiap peserta, program pembangunan menyeluruh Agropolitan khususnya di sini, dianggap berjaya dalam mensejahterakan kehidupan masyarakat Orang Asli.

“… program Agropolitan ini adalah merupakan satu program yang begitu menyeluruh sekali kerana selain daripada tuan-tuan dapat rumah yang agak selesa dan kehidupan komuniti yang lebih lengkap lagi;

“Kita jamin pendapatan, pendapatan bulanan yang bererti bahawa; kalau dahulu sebelum menjadi peserta Agropolitan, pendapatan tuan-tuan tidak menentu. Mungkin pendapatan ikut musim.

“Tetapi hari ini, dengan bekerja dalam program ini yakni terlibat dalam program ternakan kambing ‘dorper’ sepertimana disebut oleh Dato’ Sri DiRaja Adnan tadi, saudara-saudari sekelian dapat pendapatan tak kurang daripada RM950 sebulan”.

Inilah kata-kata Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak dalam ucapan kira-kira 17-minitnya, ketika hadir diiringi Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob, merasmikan Rumah Peserta Agropolitan Runchang pada petang Sabtu, 6 Disember, di sini.

SERAHAN KUNCI RUMAH PESERTA SECARA SIMBOLIK... Di tengah antara Dato' Sri Mohd Najib dan Dato' Sri DiRaja Adnan ialah Tok Batin RPS Runchang, Encik Rahmat Mansor yang sedang menerima kunci rumah bagi pihak 101 peserta yang lain, daripada Perdana Menteri. 

RM950 IALAH PENDAPATAN MINIMA

Terdahulu, Dato’ Sri DiRaja Adnan telah turut menyentuh mengenai betapa berfaedahnya projek Agropolitan seliaan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) ini kepada masyarakat Orang Asli dalam ucapan luar teks 11-minitnya.

Program Agropolitan Runchang ini dilancar lima (5) tahun lepas oleh Dato’ Sri Mohd Najib. Lanjutan itu, 102 rumah dengan 3-bilik tidur dan dilengkapi perabut baharu selain komunitinya disediakan pelbagai kemudahan termasuk gelanggang futsal dan dewan orangramai.

Dalam pada itupun, Dato’ Sri Mohd Najib mahu masyarakat Orang Asli supaya terus mengubah sikap mereka dengan antara lain menganggap purata RM950 sebulan yang diterima sekarang sebenarnya hanyalah pendapatan minima.  

Purata RM950 sebulan itu katanya yang juga Ahli Parlimen Pekan, adalah berdasarkan perkiraan mereka melakukan pekerjaan menternak kambing ‘dorper’ tersebut dalam tempoh cuma lima (5) jam sehari.

“Sebaliknya, kalau kita (masyarakat Orang Asli peserta projek Agropolitan ini) tambahan satu-dua jam ataupun tiga (3) jam lagi, sudah tentu pendapatan kita akan bertambah kepada paras yang lebih tinggi lagi.

GEGAK 'GEMPITA'... Pada sebelah pagi, Dato' Sri Mohd Najib yang diiringi Dato' Sri DiRaja Adnan, berada di kilang DRB-HICOM Defence Technologies Sdn Bhd (Deftech), Pekan, bagi menyaksikan penyerahan secara simbolik, 12 unit 8X8 Infantry Fighting Vehicle 25mm (IFV25) kepada Tentera Darat. 

Sempena itu, beliau turut merasmikan nama kenderaan tersebut - Gempita, sambil Dato' Sri DiRaja Adnan serta yang lain seperti Pengerusi Deftech, Tan Sri Mohd. Khamil Jamil dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor; menyaksikan.


USAHA LEBIH, PENDAPATANPUN BOLEH LEBIH

“Inilah kebaikan yang ada pada projek ini sebab pendapatan kita tertakluk kepada daya-ingin dan daya-usaha kita. Kalau kita lagi lebih berusaha, lagi besar pendapatan kita.

“Di sini letaknya usaha kita untuk menanam semangat dan motivasi yang lebih. Kalau kita boleh melihat pencapaian yang lebih besar, sebagai satu yang mampu dikecapi oleh kita dan jika pendapatan kita lebih besar, kita boleh menyara keluarga kita dengan segala kemudahan serta boleh menabung ataupun boleh melabur untuk masa depan kita,” katanya lagi.

Sehubungan itulah beliau mengharapkan agar masyarakat Orang Asli khususnya di sini, supaya terus kekal mengambil peluang daripada segala projek pembangunan menyeluruh yang dilaksanakan oleh Kerajaan kepada mereka.

“Kita tidak mahu Orang Asli terasing, ataupun dikesampingkan daripada mendapat faedah daripada pembangunan negara. Lebih-lebih lagi Orang Asli merupakan penyokong kuat, penyokong tegar Kerajaan kita pada hari ini,” katanya.

Beliau seterusnya mengungatkan mereka supaya tidak terpengerauh dengan gelagat pihak-pihak yang disebutnya sebagai ‘batu ronson’ atau ‘tukang kipas’ yang tidak bolehpun berbuat apa-apa demi meninggalkan jasa kepada mereka.

CUMA KERAJAAN BN YANG MAMPU BERJASA

Lalu beliau menegaskan betapa; “Cuma Kerajaan Barisan Nasional sahaja yang boleh meninggalkan sesuatu untuk masa depan kita bersama”.

“Dan projek (Agropolitan seliaan) ECER ini sebenarnya merupakaan projek kerjasama antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri. Kalau Kerajaan Negeri tak bagi tanah, tak adalah projek ini.

“Jadi, kitapun mesti berterima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang kerana telah memberi segala sokongan kepada projek ECER di sini,” katanya disambut tepukan para hadirin.  

“Terima kasih saya ucap kepada YAB Menteri Besar Pahang dan Kerajaan Negeri Pahang,” katanya lagi disambut tepukan berterusan.

Dato’ Sri Mohd Najib kemudian mengumumkan keputusan Kerajaan menerusi ECERDC yang turut dipengerusikannya, pemberian ‘sumbangan khas’ RM200 setiap peserta demi menampung perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka.

PENDAPATAN BULANAN DINAIKKAN LAGI 12 PERATUS

“Bahawa mulai 1 Januari ini (2015), oleh kerana peserta belum dapat kadar kenaikan elaun mereka, maka mulai 1 Januari ini, saya nak umumkan kenaikan elaun sebanyak 12 peratus kepada peserta-peserta Agropolitan Runchang,” katanya.

Dengan kadar kenaikan 12 peratus itu bermakna, mulai 1 Januari depan, setiap peserta akan merasai kenaikan pendapatan dalam bentuk elaun bulanan itu, pada kira-kira RM1,064.

Selain Dato’ Sri DiRaja Adnan; yang turut hadir ialah Speaker, Dewan Undangan Negeri, Dato’ Ishak Muhamad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail; Ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri dan wakil rakyat-wakil rakyat setempat;

Wakil masyarakat Orang Asli di Parlimen, Senator Dato’ Mohd Olian Abdullah; Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Dato’ Jebasingam Issace John; dan, Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Encik Hasnan Hassan. – Khabar