... ekoran iklan 'Adakah kamu bodoh?' dalam akhbar Cina ajak penduduk Kuantan berama-ramai ke Mahkamah Tinggi yang dengar permohonan puak-puak anti-Lynas berkaitan projek tersebut. Malangnya, kehadiran masih kecil.
'HARASSMENT'... Beginikah caranya kamu - puak-puak anti-Lynas menangani masalah? Dengan mengganggu seorang ketua jabatan Kerajaan - Ketua Pengarah, AELB, Raja Abdul Aziz Raja Adanan, yang hanya menjalankan tugasnya secara profesional dan bertanggngjawab.
Sedangkan kamu kata hendak mendapatkan keadilan lalu menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan. Maka, serahkanlah sepenuhnya kepada mahkamah untuk memutuskan.
kamarSUA, WISMA
SRI PAHANG, KUANTAN
– Adakah penduduk Kuantan bodoh hanya kerana tidak bersama-sama puak-puak
anti-Lynas dalam menyuarakan penentangan terhadap projek pemprosesan logam
tanah jarang Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Gebeng, dekat sini?
Jika
menurut piawaian puak-puak anti-Lynas yang ‘minoriti
lantang’ ini khususnya kumpulan yang menamakan diri sebagai Save Malaysia
Stop Lynas (SMSL), jawapan kepada persoalan ini sudah tentunyalah ya.
Ia
ekoran ajakan mereka agar penduduk Kuantan yang ‘bijak’ supaya turun
beramai-ramai pada Rabu, 10 Oktober lepas di Kompleks Mahkamah Tinggi Kuantan
untuk memperlihatkan tekad mereka menentang Lynas; tidak mendapat sambutan.
Yang
hadir dikatakan, tidak sampaipun 200 orang.
(Mahkamah
Tinggi Kuantan pada 10 Oktober itu, dijadual membuat keputusan mengenai
permohonan puak-puak tersebut menarik balik pengeluaran Lesen Operasi Sementara
(TOL) oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) kepada Lynas Malaysia Sdn Bhd
bagi memulakan pengeluaran di LAMP, tetapi kemudian ditangguhkan ke 8 November).
TEMPAH IKLAN
DALAM AKHBAR CINA LAGI
Apatah
pula ajakan itu, turut dilakukan menerusi iklan dalam tiga akhbar ‘vernacular’ Cina tempatan edisi timur yang
SMSL tempah dan disiarkan sehari sebelum itu, pada 9 Oktober.
Lalu
diharap kehadiran penduduk Kuantan yang ramai kononnya untuk membuktikan kepada
dunia menerusi media tentang kuatnya azam penduduk di sini untuk mempertahankan
bumi mereka daripada kemusnahan.
Iklan
berbahasa Mandarin itu mempamerkan ayat-ayat yang serupa dalam ketiga-tiga
akhbar berkenaan, menyoalkan tentang kebijaksanaan/kebodohan penduduk dengan tajuk
besar; ‘Adakah kamu bodoh?’ disusuli
empat (4) persoalan antaranya ialah;
‘Apabila
Kerajaan China tidak berani untuk menerokai tanah jarang tetapi beberapa pihak
berkuasa di Malaysia mengatakan bahawa sisa dari kilang tanah jarang Lynas
boleh mudah dlupuskan. Kalau kamu percaya, maka kamu adalah bodoh!!’
‘Apabila New
York Times menyiarkan artikel mengenai Lynas, baharu itu rakyat Malaysia sedar
bahawa sebetulnya akan ada kilang pemprosesan logam tanah jarang terbesar di
dunia di Gebeng. Kalau kamu percaya bahawa kementerian berkaitan melaksanakan
tugasnya secara telus, maka kamu adalah bodoh!!’
TAK SAMPAIPUN
200 ORANG HADIR
Dan,
ayat-ayat akhir pada iklan berkenaan menyebut; ‘Kami merayu kepada seluruh penduduk yang tidak berpuas hati, marah dan
mempunyai tanggungjawab untuk melindungi nyawa keluarga mereka, supaya
mengorbankan dua (2) jam daripada masa mereka, dari 8 pagi hingga 10 pagi untuk
berada di Mahkamah Tinggi Kuantan.
‘Ini ialah untuk
membolehkan media tempatan dan antarabangsa menyaksikan tekad penduduk Kuantan
yang tidak membiarkan tanahair yang cantik mereka ini dimusnahkan oleh Lynas’.
Gagalnya
perhimpunan puak-puak anti-Lynas pada hari itu bukan setakat kerana kecilnya
bilangan penduduk Kuantan yang hadir malah, selain media tempatan khususnya
akhbar-akhbar ‘vernacular’ Cina
berkenaan, tiadapun kelihatan satu organisasi media antarabangsa di sana.
Dengan
gagalnya perhimpunan yang diharap-harapkan besar itu, bukankah bermakna ajakan
mereka tidak disahut maka bodohlah penduduk Kuantan yang berjumlah kira-kira
500,000 orang berbanding mereka yang ‘bijak’, yang tidak sampaipun 200 orang?
Bahawa
mereka sanggup menggunakan perkataan bodoh dalam iklan berkenaan yang turut
dicetak dalam bentuk ‘flyers’ bagi
edaran umum, jelas menunjukkan sikap dwi-standard – mereka boleh menggunakannya
tetapi dianggap biadap jika pihak lain melafazkannnya sungguhpun secara tidak
sengaja atau ‘slip-of-the-tongue’ sekalipun.
SEGALA PERSOALAN
TELAHPUN DIJELASKAN
Kepada
persoalan-persoalan yang ditimbulkan, bukanlah payah untuk menjawabnya. Malah,
telahpun diberikan penjelasan mengenainya oleh Kerajaan menerusi Kementerian
Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kementerian Sains, Teknologi
dan Inovasi (MOSTI) yang mana AELB di bawahnya; mahupun syarikat yang terlibat,
yakni Lynas Malaysia Sdn Bhd.
“Lynas datang ke
Malaysia dengan satu matlamat iaitu melabur dalam industri logam tanah jarang.
“Kami (Lynas)
tidak pilih untuk melabur di Australia ataupun China (yang Lynas telahpun
memperolehi kelulusan untuk melabur di kedua-dua negara itu) pada asasnya
kerana faktor ekonomi,” kata seorang pemimpin kanan syarikat itu
berulang-ulang kali.
Faktor
ekonomi yang dimaksudkan termasuklah ekoran berdaya-saingnya kos sumber manusia
mahupun bahan-bahan mentah sokongan seperti air dan elektrik yang diperlukan,
yang terdapat dengan banyak dan mudahnya di negara ini, bagi menjayakan
pelaburan Lynas ini.
Ini
sekaligus menjawab persoalan SMSL tentang ketidak relaan negara China menerokai
industri bahan mentah logam tanah jarang tersebut. Dan pula, bukanlah rahsia
betapa negara China ialah pengeluar terbesar dengan memonopoli 97 peratus
daripada keseluruhan pasaran logam tanah jarang dunia.
TAKLIMAT PROJEK
KEPADA WAKIL RAKYAT SEJAK 2009 LAGI
Bodohkah
penduduk Kuantan jika mereka percaya kepada penerangan dan penjelasan yang
telahpun mereka terima sebagai hakikat nyata, mengenai faktor utama kehadiran
Lynas di negara ini?
Begitu
juga dengan persoalan tentang kononnya ketidak telusan Kerajaan dalam menerima
kemasukan pelaburan Lynas ini. Rakyat dikatakan hanya mengetahui mengenainya
setelah akhbar New York Times melaporkannya pada 8 Mac 2011.
Sedangkan,
umum juga telah mengetahui betapa sejak Julai 2009 lagi, wakil-wakil rakyat
dari kedua-dua parti pemerintah dan pembangkang, telahpun sama-sama diberikan
taklimat mengenai projek pemprosesan logam tanah jarang ini.
Taklimat
pada 23 Julai melibatkan 24 orang wakil rakyat termasuklah keempat-empat wakil
rakyat parti pembangkang di Dewan Undangan Negeri Pahang yang meliputi
masing-masing dua daripada PAS dan DAP, serta ahli-ahli parlimen pembangkang
dari Indera Mahkota dan Hulu Langat.
Pada
29 Julai pula, atau enam hari selepas itu, satu lagi taklimat dianjurkan kali
ini kepada 12 wakil rakyat serta kepimpinan PAS negeri dan daerah Kuantan ini
yang turut termasuk wakil rakyat PAS dari kawasan Beserah, di mana Gebeng
terletak yang akan terdirinya projek Lynas ini.
TIADA YANG
BERBANTAH SEMASA TAKLIMAT, TAPI KEMUDIAN…
Pada
taklimat-taklimat ini, tiada pula yang berbantah-bantah mengenainya maka
harapannya ialah, sebagai wakil rakyat, mereka juga dapat berperanan menerang
dan menjelaskan tentang projek ini kepada rakyat yang mereka wakili.
Namun,
segala-galanya senyap sehinggalah laporan berita separuh benar akhbar New York
Times mengenai projek Lynas itu tersiar, kemudian diserabutkan pula oleh
kejadian gempa bumi disusuli tsunami hingga meosakkan reaktor nuklear di
Fukushima, Jepun tiga hari kemudian pada 11 Mac 2011.
Hanya
selepas inilah, soal tentang projek Lynas heboh diperkatakan, yang
dimanipulasikan secara bijak oleh pihak pembangkang hingga seolah-olah ada kebenaran
kepada apa yang telah diuar-uar dan ditohmahkan.
Mengenai
hal ini, Menteri Besar, Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob pernah mengulas dengan
berkata; “Rakyat berasa terancam kerana
pembinaan kilang tersebut (LAMP) telah disensasikan oleh pembangkang apabila
dikaitkan dengan kesan kebocoran radiasi yang berlaku di Fukishima, Jepun
akibat kejadian gempa bumi dan tsunami’.
Maka,
dengan berlatar-belakangkan kepada iklan yang sama itu, bodohkah penduduk
Kuantan jika mereka tidak dapat menerima persoalan SMSL mengenai
ketidak-telusan Kerajaan dalam hal berkaitan pelaburan melibatkan Lynas
ini?
Jadi,
siapakah yang bodoh sebenarnya? – Khabar