… yang akan
dilipatgandakan, kata Menteri Besar
PAHANG SEBAGAI PERINTIS... Dengan termeterainya MoU ini, PKNP sebagai agensi pelaksana perlu 'turun padang' bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan khususnya bagi membantu golongan B40 yang berpendapatan bulanan isi rumah RM2,300 ke bawah.
PACIFIC
BALLROOM, HOTEL SRI PACIFIC, KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) Negeri
akan terus mempertingkatkan usaha untuk memenangi hati dan jiwa rakyat
terhadapnya, kata Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob.
Beliau
yang juga Pengerusi BN Negeri berkata, usaha memenangi hati dan jiwa rakyat memang
telah dilakukan selama ini maka ia akan digiatkan lagi khususnya dalam
menghadapi pilihanraya umum ke-13 kelak
“Kita bukan
baharu dalam permainan ini. Sudah 12 kali pilihanraya umum. Kita tidak bersikap
takbur tapi kita mesti patuh kepada nasihat, pandangan Perdana Menteri bahawa
kita tidak boleh bekerja cara lama.
“Walaupun 12
kali pilihanraya umum kita hadapi (dan menang), tetapi pilihanraya umum kali
ke-13 ini pendekatannya mesti berbeza,” katanya pada persidangan media sempena
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Mengenai Memudahcara
Peningkatan Masyarakat (FSU : Facilitating Societal Upliftment) pada tengah hari
Rabu, 28 November di sini.
“Walau apapun,
asasnya ialah untuk kita mendekati rakyat. Itu yang mustahak. Memenangi hati
dan jiwa rakyat,”
katanya menjawab soalan pemberita tentang reaksinya terhadap ucapan Perdana Menteri
Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak pada perjumpaan tertutup dengan para
perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO 2012 semalam, Selasa, 27 November di Pusat
Dagangan Dunia Putra (PWTC) bersebelahan.
YANG MEMANFAATKAN... Satu lagi foto yang dirakamkan sempena majlis tengah hari Rabu itu.
‘ANTARA HATI DAN
MINDA, HATI LEBIH PENTING’
“Dan semalampun,” kata Dato’ Sri
DiRaja Adnan, “… dalam ucapan (pada majlis)
tertutup itu, Perdana Menteri telahpun memberikan pandangannya iaitu antara
hati dan minda, hati lebih penting.
“Oleh sebab itu,
kita akan terus turun selepas Perhimpunan Agung UMNO ini (29 November hingga 1
Disember), kita akan mempertingkatkan usaha kita. Selama ini memangpun
berjalan, untuk memenangi hati dan jiwa rakyat. Semua kegiatan akan dijuruskan
ke arah itu,”
katanya lagi.
Beliau
menambahkata, “Kalau rakyat kata, ‘Oh,
dekat pilihanraya baharu bekerja kuat’. Bukan (begitu)… Kita bekerja sepanjang
masa. (Apabila semakin) Dekat pilihanraya, lagi kuat (kita berusaha). Itu
sahaja bezanya”.
Kepada
soalan mengenai peluang kemenangan BN di Pahang pada pilihanraya umum itu
katanya, beliau percaya BN akan dapat memenangi 40 daripada 42 kerusi Dewan
Undangan Negeri, serta 13 daripada 14 kerusi Parlimen.
“Saya cakap
terus-teranglah. Saya tak suka berselindung. Dewan Undangan Negeri mempunyai 42
kerusi. Insya-Allah, kita boleh menang 40 daripada 42. Parlimen kita ada 14 dan
KPI yang ditetapkan oleh Perdana Menteri ialah kita mesti menang 14.
BERCAKAP DENGAN MEDIA... Pada persidangan media sebeginilah, selain ditanyakan tentang majlis itu sendiri, Dato' Sri DiRaja Adnan turut diajukan soalan lain termasuklah berkaitan politik dan hal ekonomi yang dipolitikkan seperti projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Gebeng, Kuantan.
‘ANTI-LYNAS
PROTEST IS NOT A LIFE AND DEATH ISSUE’
“Hakikatnya,
buat masa ini, kita akan menang 13. Insya-Allah, yang satu lagi itu dalam
keadaan 50-50 dan kalau kita lebih lagi mendekati rakyat, melipat gandakan
usaha, memenangi hati seperti kata Perdana Menteri, Insya-Allah, kita akan
mendapat 14,”
katanya.
Pada
persidangan media yang sama, Dato’ Sri DiRaja Adnan turut ditanya tentang
kemungkinan puak-puak anti projek pemprosesan logam tanah jarang oleh Lynas
Malaysia Sdn Bhd menghentikan penentangan mereka.
Jawabnya,
beliau tidak percaya penentangan itu akan dihentikan dalam jangkamasa terdekat sementelah
ia, yang bermula sebagai isu alam sekitar telahpun beralih kepada isu yang sengaja
dipolitikkan.
“From what I can
see, the protest I think, will continue because this is not a life and death
issue. It is more a political issue. First, it is simply an environmental issue,
then it becomes political issue,” katanya.
Tegas
Dato’ Sri DiRaja Adnan, “It is never an
issue but since they want to create this as an issue, we can’t stop them. Let
them go ahead. As far as the government is concerned, we will continue to give
explanations to the people, with all the facts and figures. And, it is up to
the people to decide (whether the project is safe or otherwise)”.
SUASANA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO KEMBALI LAGI... Selepas dirasmikan serentak persidangan perwakilan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada malam Selasa, 27 November di PWTC ini, maka bersidanglah secara berasingan ketiga-tiga sayap UMNO ini pada Rabu, 28 November sepertimana yang turut diikuti oleh ahli-ahli Wanita UMNO menerusi layar besar di ruang legar PWTC ini.
Jika inipun kelihatan meriah, tunggulah apabila Perhimpunan Agung UMNO ke-66 bermula, dengan perasmiannya bakal dilakukan oleh Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Dato' Sri Mohd Najib Abdul Razak pada pagi Khamis, 29 November.
SAMBUT BAIK
PAHANG PERINTIS PROGRAM FSU GOLONGAN B40
Mengenai
majlis yang dihadirinya itu, beliau menyambut baik keputusan Kementerian
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memilih negeri Pahang sebagai
perintis kepada program FSU tersebut.
Menerusi
MoU yang ditandatangani melibatkan kementeria tersebut dan Kerajaan Negeri
serta Multimedia Development Corporation Sdn Bhd (MDEC), RM6.1 juta akan
disalurkan oleh KPWKM kepada agensi pelaksana – Perbadanan Kemajuan Negeri
Pahang (PKNP).
PKNP
pula – dengan sokongan syarikat berkemahiran lantikan KPWKM, akan perlu ‘turun padang’
bagi mengemaskinikan maklumat khususnya yang berkenaan dengan golongan dikenali
Bottom-40 (B40), yang berpendapatan isi rumah di bawah RM2,300 sebulan.
Daipada
maklumat-maklumat inilah pula maka bantuan akan disalurkan secara lebih
berkesan dan menepati kehendak dan sasaran, yang dananya ialah daripada
sumbangan pihak swasta sebagai melaksanakan amalan Tanggungjawab Sosial
Korporat (CSR) masing-masing.
Yang
turut hadir ialah Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,
Dato’ Noriah Kasnon; Ketua Setiuasaha kementerian yang sama, Dato’ Dr Noorul
Ainur Mohd Nur;
Setiausaha
Kerajaan Negeri, Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail; ahli-ahli Exco Kerajaan
Negeri; Ketua Pegawai Eksekutif, MDEC, Dato’ Mohd Badlisham Ghazali; serta,
Ketua Eksekutif PKNP, Dato’ Lias Mohd Nor. – Khabar