Saturday 15 August 2015

Terus dekati mereka yang 'di atas pagar'!



“Dan ini memang kita sedari dari dahulu iaitu, sokongan yang diberi oleh mereka yang di atas pagar, yang tidak menunjukkan ‘inclination’ ke mana-mana; adalah penting untuk menentukan kemenangan kepada UMNO dan juga Barisan Nasional,” kata Dato’ Sri DiRaja Adnan.

PERSEMBAHAN SENI SILAT, MENYAMBUT KETIBAAN... Dato' Sri DiRaja Adnan diberikan sambutan ala tradisional Melayu kita, dengan persembahan silat. 

Selain Dato' Abdul Manan, yang turut kelihatan dalam foto ini ialah Dato' Mustafar (berbaju warna merah); Dato' Abdul Rahim (berbaju warna biru muda); Dato' Mohd Zaili dan Dato' Suhaimi; serta, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri, Encik Shahar Abdullah (di belakang Dato' Sri DiRaja Adnan).     


BUKIT GAMBANG RESORT CITY, KUANTAN – Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob meminta agar usaha untuk turut mendekati mereka yang ‘di atas pagar’ dapat diteruskan oleh kepimpinan dan ahli-ahli UMNO memastikan parti itu dan Barisan Nasional (BN), tetap diterima rakyat-jelata.

Sementelah pula UMNO ialah tonggak BN, katanya pada perasidangan media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Paya Besar pada pagi Sabtu, 15 Ogos, di sini.   

“Ya, seperti saya sebut tadi,” katanya, mengulas lanjut intipati ucapan perasmian 36-minitnya sebelum itu. “… kita selama inipun, UMNO dan Barisan (Nasional) menang kerana sokongan mereka yang tidak berparti, mereka yang di atas pagar.

“Sebab, ahli UMNO sahaja mengundi ahli UMNO, semua sekali mengundi UMNOpun; kita tak boleh menang kan?

“Dan ini memang kita sedari dari dahulu iaitu, sokongan yang diberi oleh mereka yang di atas pagar, yang tidak menunjukkan ‘inclination’ ke mana-mana; adalah penting untuk menentukan kemenangan kepada UMNO dan juga Barisan Nasional,” katanya.

SAMBUTAN MERIAH LAGI MESRA, BUAT PEMIMPIN 'NUMERO ONO' NEGERI KITA... 
 

THE NUMBER OF FENCE-SITTERS ARE GROWING BIGGER

Sehubungan itu, beliau yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri mengharapkan agar, apa-apa aktiviti parti yang berkaitan dengan sumbangan bakti dan kerja-kerja amal, perlu turut melibatkan rakyat-jelata tanpa mengira kaum mahupun fahaman politik.

“UMNO alone can’t survive. All this while, the Barisan Nasional and UMNO managed to win elections because of the support of  the ‘fence-sitters’ which the number has grown bigger now.

“(Thus) UMNO people must work for all, not only for UMNO (and its members),” tegas Dato’ Sri DiRaja Adnan yang juga Pengerusi BN Negeri.

Pada persidangan media sama, beliau turut ditanyakan mengenai isu nasional tentang penubuhan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) sepertimana diumumkan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak, semalam, Jumaat, 14 Ogos.    

Sambil menyambut baik penubuhan Jawatankuasa ini, beliau berkata, betapa ianya telahpun diikhtiarkan lama sebelum ini tetapi tidak dapat dilaksanakan ekoran tidak mendapat sokongan.

DALAM UCAPAN 'PRAKTIKAL' 36-MINITNYA...  Sungguhpun katanya sendiri, ucapannya tidaklah yang membangkitkan semangat Melayu namun ramai yang mendengarnya menganggap, apa yang disebut Dato' Sri DiRaja Adnan dalam ucapan bersahaja 36-minintnya itu adalah praktikal, dalam menghadapi suasana sosio-politiko-ekonomi semasa.
 

PERNAH DICADANG DAHULU TAPI DITOLAK

“Sayapun terdengar juga kata-kata negatif mengatakan – ‘alah, baharu sekarang (nak) buat...’ Sekurang-kurangnya kita (nak) buat. Bukan kita tak nak buat dahulu. Kita nak buat dahulu tapi orang tak sokong.

“Perdana Menteri bukan tidak nak buat dahulu. Ia pernah diutarakan tapi tidak disokong,” katanya sambil merujuk kepada sebuah buku oleh Tranparency International (TI) yang berkaitan dengan dana politik, yang boleh turut dimanfaatkan.

Mengenai kaedah pelaksanaannya, menurut Dato’ Sri DiRaja Adnan sebagai menjawab soalan itu daripada wartawan New Straits Times (NST); “Of course they will discuss and then carve out the methodology – how the political fund can be regularized.

“Adalah cara dia – siapa beri derma, pergi ke mana, macam-macamlah. Negera-negara lainpun ada (sudah) buat. Negara Amerika sendiripun. Jermanpun ada,” katanya lagi.

Menteri Besar itu juga ditanya mengenai gejala bauksit yang pada Isnin, 17 Ogos, seorang lagi Menteri – Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato’ Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar akan berada di Kuantan untuk melawat-tinjau tentang gejala itu.

SENARIO BAK BERADA PADA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO DI PWTC... Lihatlah suasana bak pada Perhimpunan Agung UMNO dengan para perwakilan UMNO Bahagian ini begitu berdisiplin dan 'attentive' kepada apa yang diucapkan oleh tokoh negeri kita di depan sana.  
 

DATO’ ABDUL MANAN – KETUA UMNO BAHAGIAN

Kepada soalan khusus tentang kadar royalti yang setakat ini, Kerajaan Negeri hanya memperolehi lima (5) peratus daripada hasil pengeluaran bahan mineral itu dan tahun ini, setakat Julai, cuma RM37 juta katanya;

“At the moment, the monetary, the economic consideration will take a backseat. We are more concerned with the social consideration – the health of the people, and, all those related…”.  

Selain Ketua UMNO Bahagian Paya Besar Dato’ Abdul Manan Ismail yang juga wakil rakyat Parlimen (BN – Paya Besar); yang turut hadir ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Dato’ Suhaimi Mat Shah yang juga wakil rakyat negeri (BN – Sungai Lembing);

Naib Ketua UMNO Bahagian, Dato’ Suhaimi Jusoh yang juga wakil rakyat negeri (BN – Lepar); Ketua Penerangan UMNO Bahagian, Dato’ Mohd Zaili Besar yang juga wakil rakyat negeri (BN – Panching); serta, Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota Dato’ Mustafar Abdul Hamid, yang mewakili Perhubungan UMNO Negeri; serta, Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri, Dato' Abdul Rahim Abas. 

MESRA MELAYANI MEDIA... Selain Dato' Sri DiRaja Adnan; Dato' Abdul Manan; Dato' Suhaimi Mat Shah; Dato' Suhaimi Jusoh; Dato' Mohd Zaili; dan, Encik Shahar; yang turut kelihatan dalam foto ini ialah Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian, Dato' Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman (berdiri bersebelahan Encik Shahar).  – Khabar