Friday 14 February 2014

10.64 juta pelancong lawati Pahang tahun lepas

 tanda sihatnya industri pelancongan kita

DIJENAMAKAN SEMULA... Inilah hotel yang dijenamakan semula, yang terletak di pinggir jalan protokol yang sibuk - Jalan Teluk Sisek.


DEWAN UTAMA, HOTEL VISTANA, KUANTAN – Seramai 10.64 juta orang melawati Pahang tahun lepas (2013), yang merupakan peningkatan 9.02 peratus berbanding 9.76 juta orang tahun sebelumnya (2012).

Angka ini sahaja – yang dikumpul dan disediakan oleh Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser (PKBF), menandakan prospek yang terus kekal baik pada industri pelancongan negeri ini.

Ini sepertimana digambarkan oleh Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob dalam ucapan luar teks 8-minitnya ketika melancarkan penjemanaan semula Hotel Vistana milik YTL Hotels, pada pagi Jumaat, 14 Februari, di sini.

“We have all the attractions here – the beaches, the hills, and all the scenic places. In other words, we have all the products here in Pahang,” katanya sambil mengutarakan beberapa kekangan yang merencatkan sedikit kemajuan industri pelancongan ini, termasuk ketiadaan penerbangan terus antarabangsa ke sini.

“Nevertheless, we are having in a way, booming time in this tourist industry as you can see in the mushrooming of hotels, resort and so forth in Pahang,” katanya merujuk kepada kira-kira 467 buah hotel dengan 26,095 bilik yang terdapat di negeri ini ketika ini.

NO INTENTION TO RAISE QUIT RENT

“And this reflects well on the tourism industry and it is here that companies especially giants like YTL, can tap in (further),” katanya lagi, dengan merujuk secara khususnya kepada YTL Hotels serta syraikat induknya, YTL Corporation Bhd.

Di sebalik Kerajaan Negeri tidak memperolehi manfaat langsung daripada industri pelancongan kata Menteri Besar, Kerajaan Negeri tetap membantu dalam memudah-carakan (facilitate) pelabur menjayakan pelaburan mereka dalam industri ini.

Ini mustahak kerana, dengan pelaburan mereka yang berjaya katanya, mampu memberi manfaat tidak langsung dalam bentuk penjanaan aktiviti-aktiviti ekonomi sampingan termasuk pengangkutan dan pengendali pemandu pelancong.

“For the municipality (concerned), they collect the assessment rate and of course every year, the State (Government) collect – not so much, from the quit rent (imposed on land developed by these tourism-related entities).

“In fact now, quit rent is the number one State’s revenue but it is not so much. Comparatively, it is not so much and we don’t intend to raise it either because if we (do) raise the quit rent, then I think Barisan Nasional will not (be give the mandate to) govern the state of Pahang anymore,” katanya lagi.

MARKET FORCES WILL ULTIMATELY DECIDE ON ROOM RATES

Dato’ Sri DiRaja Adnan memuji usaha YTL Hotels dalam menjenamakan semula Hotel Vistana yang dilakukan, bertepatan dengan pengisytiharan Kerajaan Pusat bahawa 2014 ini sebagai Tahun Melawat Malaysia.

Penjenamaan semula ini katanya, termasuk usaha menaikkan taraf kemudahan hotel sedia ada, termasuklah usaha ‘refurbishing’ bilik-bilik hotel yang lebih 200-buah di Hotel Vistana ini.

Dalam pada itu katanya, ada ‘suara-suara’ yang mempertiakan tentang kadar bilik yang dinaikkan, bagi menampung kos yang telah dibelanjakan oleh YTL Hotels dalam melaksanakan kerja-kerja penjenamaan semula ini.

“I do not know, it is up to the hotel to decide. After all, it is back to the market forces; if people want to come, they will (still) come (despite the higher room rates).  

“If the people don’t want to come then this hotel will have no business and probably in the end, you have to bring down the rates. It’s all up to the management,” katanya lagi tentang hotel ini yang 35 peratus perniagaannya (bukan hartanah) turut dipegang oleh Far East Holdings Bhd, dan lagi 15 peratus oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) – kedua-duanya ialah organisasi berkaitan Kerajaan Negeri.

TANGGUNGJAWAB ANAK KEPADA IBU, PEMIMPIN KEPADA NEGERINYA

Pada permulaan ucapannya, Dato’ Sri DiRaja Adnan memohon maaf atas kelewatannya tiba – hanya kira-kira setengah jam, ekoran beliau perlu berada di sebuah hospital pakar di Damansara, Petaling Jaya, Selangor kerana menantikan ibunya, berusia 80-an, yang sedang ‘coma’, setelah menjalani rawatan di sana.

“The reason I was late because I got to see my mother at the hospital but at the same time, I (still) have to discharge my duty as the Chief Minister and also as the Chairman of SEDC (thus, rushing back to Kuantan for this event by means of a rented helicopter),” katanya.

Pada persidangan media kemudian, Dato’ Sri DiRaja Adnan telah ditanya beberapa soalan berdasarkan isu semasa, antaranya ialah mengenai sungutan mangsa-mangsa banjir yang mendakwa masih tidak menerima sebarang bantuan.

Ini di sebalik Kerajaan telah –menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN), menganjurkan majlis penyampaian bantuan tersebut – RM500 seorang sumbangan Kerajaan Pusat, dan RM250 sumbangan Kerajaan Negeri; di Stadium Tertutup SUKPA, Indera Mahkota dekat sini selama tiga (3) hari berturut-turut pada Selasa, 11 Februari, Rabu, 12 Februari, dan Khamis, 13 Februari lepas.   

“Kita kena faham, ini perkara yang biasa berlaku. Bukannya seorang-berdua… di Kuantan ini, 18,000 ketua isi rumah. Sabar-sabarlah sikit. Mana yang tak dapat tu berilah tahu kita.

TABIK BUAT TAN SRI TAIB MAHMUD

“Dan sayapun dalam mesyuarat Exco (Kerajaan Negeri) baru-baru ini, telah arahkan supaya bancian ini terus dibuat ke kampung sahaja. Kita bukan kira rumah, kita kira tempat. Sebagai contohnya Sungai Isap, tak ada orang yang tak jadi mangsa.

“Tapi, kita nak tengok juga, kadang-kadang ada rumah yang berlapis. Rumah nombor satu tapi rupanya ada tiga (3) rumah di situ. Tapi, ada juga yang tak duduk sinipun, (tinggal) di Kuala Lumpur, rumah buruk dia (turut terkena) banjir, takkan nak bagi juga?” kata Dato’ Sri DiRaja Adnan lagi.

Mengulas tentang keputusan Tan Sri Taib Mahmud meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak berkuatkuasa 28 Februari ini katanya, Tan Sri Taib telah berjasa besar terhadap Sarawak.

“There’s no denying. Nobody can deny that Tan Sri Taib has contributed a lot to the Sarawak people and he has managed to maintain peace, stability especially political stability (in the state).

“It is not easy to govern a state like Sarawak with multi ethnic groups, so many over there but Tan Sri Taib Mahmud has managed to unite them, make them develop Sarawak to what it is today,” katanya.

“Tan Sri Taib Mahmud adalah pemimpin yang hebat. Saya tabik kepada Tan Sri Taib Mahmud. Semoga beliau sihat, panjang umur dan berbahagia dalam masa persaraan,” katanya lagi. – Khabar