Friday 23 October 2015

Hats off to the PM!


“Despite having to tackle all the ‘fitnah’, all those wild accusations, baseless accusations; the Prime Minister can still have the temperament, the patient and the ability to table such a good budget,” says the Menteri Besar.


'MODEST, YET A GOOD BUDGET'... Dato' Sri DiRaja Adnan is seen here raising both his arms to emphasise further on how modest but still a good budget, as what tabled by the Premier on this Friday's late afternoon.


6TH FLOOR, PAHANG FOUNDATION COMPLEX, TANJUNG LUMPUR, KUANTAN – Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob is full of praises showered on the Prime Minister Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak for being able to table –modest yet a good budget, despite the many problems plaguing him.

“Despite having to tackle all the ‘fitnah’ , all those wild accusations, baseless accusations; the Prime Minister can still have the temperament, the patient and the ability to table such a good budget.

“And I (was made to) understand that, he personally supervises in the preparation of the budget. It is not easy. In that sense, I take my hats off to the Prime Minister,” Dato’ Sri DiRaja Adnan said at a press conference here, on Friday, October 23rd’s late afternoon.

Earlier, the Menteri Besar – joined by some senior officers of the State Government and the press-people, followed attentively the one hour and thirty-eight minutes tabling of the nation’s Budget 2016 by Dato’ Sri Mohd Najib from the Parliament House in Kuala Lumpur, via live telecast over television.    

According to Dato’ Sri DiRaja Adnan, the country is presently in a very tight position due to several factors including the sharp reduce in its earnings as a result of the huge drop in the prices of oil and some commodities.

IN SERIOUS MODE... 


MODEST BUT STILL A GOOD BUDGET

As such he added, it was not easy to manoeuvre. But the fact that the Prime Minister who is also the Finance Minister, can still table a budget that as good as the previous budget, was in itself added Dato’ Sri DiRaja Adnan, an achievement.

“It is very very commendable indeed (that) the Prime Minister can still maintain –
whatever due to the rakyat, are given and at the same time, with the constraints that the government is facing, the budget can still be tabled and it is in fact a good budget – probably a modest one but still a good budget,” he argued.

Berikut ialah sebahagian lagi ulasan Dato’ Sri DiRaja Adnan terhadap pembentangan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri itu;

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada YAB Perdana Menteri kerana telah dapat membentangkan satu bajet yang diberikan tema ‘Mensejahterakan Kehidupan Rakyat’.

“Kita dapati, tidak ada cukai-cukai baharu yang signifikan yang diperkenalkan. Bahkan, dalam keadaan yang begitu ‘constraint’, yakni dengan pendapatan negara yang sangat terjejas disebabkan penurunan harga petrolium dan bahan-bahan komoditi,

PANDANGAN DARI HUJUNG MEJA... 


BAJET BERI IMPAK POSITIF KEPADA HIDUP RAKYAT

“YAB Perdana Menteri masih dapat membentangkan bajet yang masih boleh memberikan sikit-sebanyak impak positif kepada kehidupan rakyat – sesuai dengan tema ‘Mensejahterakan Kehidupan Rakyat’.

“Sebagaimana biasa kita dapati, projek-projek yang ada impak tinggi ke atas kehidupan rakyat masih terus diperkenalkan. Dan, pada ketika yang sama, pemberian kepada rakyat secara ‘direct’, secara terpilih, masih juga diteruskan.

“Ini bemakna, dalam keadaan yang begitu sukar, YAB Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, masih dapat memperkenalkan sebuah bajet yang tidak lari daripada bajet biasa.

“Kalau saya sendiri perhatikan, daripada pendapatan hasil negara yang begitu terjejas, saya tak nampak bagaimana jalan Bajet Negara boleh dibentangkan dengan baik.

“Tapi Alhamdulillah, walaupun dengan pendapatan negara begitu terjejas, ditampan sedikit oleh hasil GST; namun, bajet yang dibentangkan masih dalam keadaan yang begitu memuaskan.

INGAT, KITAPUN SUDAH DIBAYAR GAJI TETAP BULANAN

“Ia masih saya dapati, dalam ‘border’, dalam persempadanan, dalam dinding, dalam  ruang-lingkup yang boleh boleh memberi kesejahteraan rakyat”.

Kepada soalan wartawan mengenai pemberian khas RM500 kepada penjawat awam, sepertimana yang turut diumumkan dalam pembentangan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri itu katanya;

“Pemberian khas ini sebenarnya bergantung kepada kedudukan kewangan negara dan juga prestasi pegawai/kakitangan sendiri. Kita harus ingat (bahawa) kita telahpun diberikan pendapatan daripada segi gaji tetap (bulanan), yang dikaji dari masa ke semasa.

“Bermakna, kalau prestasi kita itu sangat memuaskan, Kerajaan (pula) mampu; maka mesti ada sesuatu yang diberi secara ‘extra’.

“Kalau misalannya Kerajaan mampu, (tetapi) prestasi tidak begitu memuaskan; tidak adalah pemberian tertentu. Ataupun misalannya, prestasi amat memuaskan tapi Kerajaan tidak mampu; pun Kerajaan tidak dapat memberi apa-apa yang dimahukan.

TIMBALAN SPEAKER TURUT HADIR

“Saya berharap semua pihak, semua golongan (dalam) perkhidmatan awam, memahami kedudukan kewangan negara sekarang ini (yang) masih dalam keadaan yang sangat ketat,” katanya.

Antara tokoh negeri serta pegawai kanan Kerajaan Negeri yang turut hadir pada petang Jumaat ini ialah Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohamad Jaafar; Pegawai Pembangunan Negeri, Dato’ Roslan Harun;

Pengarah Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri (B-Pen), Dato’ Suhaimi Mohd Yunus; Ketua Pergawai Eksekutif, Pengurusan Air Pahang Bhd (PAIP), Dato’ Mohd Zahari Md Isa; dan, Pengurus Besar Yayasan Pahang, Encik Mahmud Nawawi. – Khabar 

Monday 19 October 2015

Pertimbangan guna kaedah bio-kimia yang lebih berkesan dan murah, atasi gejala pencemaran bauksit.



“Kalaulah misalannya kita menerima (kaedah ini nanti) – sayapun tak ada sebab tak menerima; kos ini akan kita pindahkan kepada pihak ‘operator’. Ini tak dapat elak,” kata Menteri Besar.

MESYUARAT KHAS MMK NEGERI, BARU NAK MULA... 
 

BILIK MESYUARAT UTAMA, PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUANTAN, INDERA MAHKOTA 5, KUANTAN – Kerajaan Negeri kini mempertimbangkan kemungkinan menggunakan kaedah bio-kimia yang dikatakan lebih berkesan dan murah, bagi mengatasi masalah pencemaran akibat industri bauksit di negeri ini.

Kaedah bio-kimia yang dimaksudkan ialah dengaan mengaplikasikan sejenis agen kawalan debu yang terhasil daripada antaranya, campuran sisa-sisa udang karas (lobster), ketam dan udang (shrimp) – Adherex 120, keluaran KAM Biotechnology Ltd. 

Cara kerjanya ialah, siraman Adherex 120 ke atas kawasan-kawasan berdebu akibat bauksit akan menyebabkan debu-debu halus yang mencemarkan, bertukar menjadi ketulan-ketulan lebih besar serta membentuk rangkaian panjang struktur ‘bio-polymer’ yang tidak mencemarkan.   

Taklimat mengenai kaedah ini dibentangkan oleh Pengasas yang juga Ketua Pegawai Eksekutif serta Pengerusi Lembaga Saintifik syarikat yang berpangkalan di Kanada itu, Prof Mongi Ferchichi pada Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Khas pagi Isnin, 19 Oktober di sini.

“Kalaulah misalannya kita menerima (kaedah ini nanti) – sayapun tak ada sebab tak menerima; kos ini akan kita pindahkan kepada pihak ‘operator’. Ini tak dapat elak,” kata Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob pada penghujung mesyuarat berkenaan.

TENGOK, TIADA DEBU... Prof Mongi sedang menunjukkan betapa - sungguhpun dengan putaran kelajuan yang tinggi kepada alat pengering rambut ini dan dihalakan terhadap bahan bauksit yang telah disiram dengan Adherex 120; namun, tiada langsung debu yang berterbangan. 


BUKAN SATU-SATUNYA USAHA TANGANI GEJALA BAUKSIT

“From this briefing (by Prof Mongi), the (State) Exco will meet again next Wednesday and we’ll come to a conclusion, when we come to a decision. Okay?,” katanya lagi pada mesyuarat yang julung-julung kali turut dihadiri oleh wakil rakyat negeri parti dari pembangkang, serta para wartawan.  

Beliau turut mengakui betapa kaedah bio-kimia yang ditaklimatkan ini bukanlah satu-satunya usaha dalam menangani pada keseluruhannya, gejala pencemaran yang diakibatkan oleh perlombongan dan pengangkutan bauksit.

Antara lain katanya, usaha-usaha lain juga perlu dilaksanakan seperti kepatuhan kepada peraturan agar lori-lori pengangkut bahan itu perlu dicuci terlebih dahulu, sebelum keluar dari tapak perlombongan.

“…  jalanpun (yang dilalui oleh lori-lori berkenaan) kena cuci, Pelabuhan (Kuantan) perlu mampu menampung kedatangan bekalan bauksit yang jika tidak, minta mereka ‘slow’ sikit (dalam pengangkutan dan penghantaran bahan itu untuk eksport) .

“Dan kita juga nak cadangkan supaya dibeli lori untuk mencuci jalan – empat, lima buah; dan juga lori yang boleh distesenkan di jalan keluar dari kawasan perlombongan itu untuk dicuci lori-lori berkenaan,” tegasnya.

INILAH BAHAN CECAIRNYA - ADHEREX 120... 
 

TUTUP SAHAJA JIKA TAK MAHU TANGGUNG KOS

Sekali lagi Dato’ Sri DiRaja Adnan menegaskan betapa kos yang wujud daripada usaha-usaha ini masih tetap akan ‘dipindahkan’ kepada pihak pengusaha yang akan dirundingi lagi kelak.

“Kalau tak nak (membayar kos-kos tersebut), kita tutup sahaja terus (industri perlombongan bauksit ini),” tegasnya lagi.

Berhubung dengan penganjuran taklimat pada Mesyuarat Khas MMK Negeri pada pagi ini katanya, ia bukan untuk menafikan mana-mana pihak atau ekoran daripada laporan berita mengenai gejala bauksit yang disiarkan oleh akhbar New Straits Times (NST) baru-baru ini.

Ianya ekoran daripada keputusan Kerajaan Negeri supaya taklimat lanjut oleh Prof Mongi diberikan hari ini selepas pertama kali memberikan taklimat kepada Mesyuarat  MMK Negeri pada bulan lepas.

“And we are never in denial syndrome. The newspaper report… we give weight, we give consideration. We consider that as the voice of the people. When the newspaper criticizes us, we consider that as criticism from the people at large.

MELAYANI SOALAN DARIPADA WAKIL RAKYAT NEGERI PARTI PEMBANGKANG... 
 

BAUXITE CONTAINS NO ARSENIC, MERCURY, LEAD

“But hopefully in time to come, in the future, the reporting must be accurate. Macam apa kata Prof (Mongi) tadi; ‘We don’t want things to be based on ‘assumptions’, lepas tu (buat laporan yang) ‘misrepresentation’,” katanya.

Sememangnya, pada taklimatnya, Prof Mongi, 65, kelahiran Tunisia, telah mempertikaikan laporan berita NST tentang bauksit serta menyebutnya sebagai yang bersandarkan kepada andaian (assumptions), lalu berlaku salah-penyampaian maklumat (misrepresentation) dalam laporan beritanya.

Yang paling ketara ialah betapa dala m bahan mineral bauksit, langsung tidak mengandungi apa-apa bahan arsenic, raksa (mercury) mahupun ‘lead’ di dalamnya tetapi diberikan gambaran sebegitu dalam  laporan berita tersebut.

“… undeniable to say, bauxite is mostly made up of iron and calcium – no arsenic, mercury nor lead on bauxite,” katanya, sambil menyatakaan kesediaan untuk menerima cabaran sesiapun yang hendak mempertikaikannya.

Kepada soalan daripada seorang wakil rakyat parti pembangkang, Encik Andansura Rabu (PAS – Beserah) tentang kegunaan Adherex 120 dalam menangani dan mengatasi pencemaran dalam kandungan air pula kata Prof Mongi;

BUAT KENANG-KENANGAN... 
 

CHEAPER THAN USING WATER

“… we can prove that it (Adherex 120) will remove 100 percent metal from the water. It (Adherex 120) has an enzyme that can absorb the metal”.

Tentang kos – kot-kot ia akan melibatkan kos yang tinggi yang mungkin tidak mampu maka enggan dibiayai oleh pengusaha-pengusaha industri bauksit kelak katanya tanpa ragu-ragu, “… cheaper than using water”.

Sedkit latar-belakang tentang Prof Mongi dan syarikatnya. Beliau menceburi bidang yang prihatin mengenai alam sekitar sejak lebih 30 tahun lepas dan pada tahun 1981, mengasaskan KAM Biotechnology Ltd dengan dua matlamat;

Untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan ke atas sisa-sisa buangan beracun (toxic), serta untuk memperkenal dan mengeluarkan produk-produk berasaskan ekologi (alam) bagi menggantikan produk berasaskan kimia yang merosakkan. – Khabar

Friday 16 October 2015

Pusat pemindahan mangsa banjir bertambah jadi 653 buah, bakal tampung 153,000 orang!


“Dan ini saya harap, akan memberi sikit-sebanyak keselesaan kepada mereka, mangsa-mangsa yang terlibat,” titah KDYTM Tengku Mahkota Pahang

'POSE' UNTUK KAMERA SEBELUM BERMULANYA MAJLIS PERSEMBAHAN TAKLIMAT... KDYTM Tengku Mahkota kelihatan sedang melemparkan senyuman manis ke arah jurufoto bagi dirakamkan, sebelum bermulanya majlis petang Jumaat ini. 

Begitulah juga dengan Dato' Sri DiRaja Adnan dan yang lain, antara yang kelihatan dalam foto ini ialah Dato' Sri Muhammad Safian dan Orang Kaya Indera Pahlawan Pahang, Dato' Sri Wan Wahid Wan Hassan.      


BILIK MESYUARAT GUNASAMA, TINGKAT 10, WISMA PERSEKUTUAN, KUANTAN – Lebih banyak pusat pemindahan mangsa banjir akan dibuka di seluruh negeri Pahang tahun ini – 653 buah, yang mampu menampung sehingga kira-kira 153,000 orang.

Dan ini, menurut titah KDYTM Tengku Mahkota Pahang, merupakan partambahan kepada hanya 627 buah pusat pemindahan , yang mampu menampung penghuni seramai kira-kira 139,000 tahun lepas.

“Pusat-pusat ini ialah di lokasi-lokasi yang lebih strategik. Dan ini saya harap, akan memberi sikit-sebanyak keselesaan kepada mereka, mangsa-mangsa yang terlibat,” titah Baginda lagi.

Ini dititah-nyatakan pada persidangan media sempena keberangkatan Baginda pada Majlis Persembahan Taklimat Persediaan Menghadapi Musim Tengkujuh 2015/2016 petang Jumaat, 16 Oktober di sini.

Taklimat kira-kira setengah jam itu telah dipersembahkan oleh Setiausaha, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri, Encik Zairasyahli Syah Zakaria. Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob telah mengiringi Baginda pada Majlis Persembahan Taklimat ini.

SESI BERSAMA MEDIA...


PENTING KERJASAMA MKN/APM – AGENSI BAHARU SEBAGAI URUSETIA

Baginda turut menitah-sebut beberapa perkara lagi berkaitan persediaan menghadapi banjir tahun ini – dengan jangkaan turunan hujan tertinggi antara 380 mm dan lebih 900 mm bermula awal Disember, hingga boleh mengakibatkan banjir jika bertembung dengan air laut pasang khususnya di daerah-daerah Kuantan, Pekan dan Rompin.

Antara perkara itu ialah tentang kerjasama yang Baginda harap dapat terjalin antara MKN dengan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM) atau kini, Agensi Pertahanan Malaysia (APM) Negeri – agensi Kerajaan yang pertama kali diberi tugas oleh Kerajaan Pusat untuk menjadi urusetia bagi hal-hal berkaitan bencana alam.

Begitu juga tentang betapa sebuah hab bekalan makanan akan diwujudkan di Temerloh khusus bagi kerja-kerja pembekalan makanan untuk kawasan-kawasan dilanda banjir di bahagian sebelah Pahang Barat.

Baginda turut menitah-sebutkan tentang pentingnya para petugas bencana banjir supaya bersikap amanah, dengan memastikan; “Segala makanan harus sampai kepada mereka yang memerlukan. Jangan ada sesiapun yang mengeksploitasikan (keadaan)”.  

Perkara yang sama juga Baginda bangkitkan dalam titah ucapan luar teks 16-minit Baginda pada Majlis Persembahan Taklimat yang sama ini;

BERAMANAH DALAM SOAL ‘FOOD DISTRIBUTION’

“… berkenaan  dengan ‘food distribution’. Masih lagi saya dapat terdengar, sikit-sebanyak rintihan daripada pengalaman yang lepas, bukan masalah makanan tak cukup (tapi) masalah makanan tak sampai kepada mereka yang memerlukan oleh sebab adanya mereka yang tidak beramanah.

“Saya nak mengingatkan, sepertimana saya dengar dalam khutbah Jumaat hari ini iaitu fasal pemimpin di semua peringkat harus beramanah. Itu satu nasihat bersesuaian dengan hari ini.

“Saya harap mana-mana pemimpin khususnya dalam bilik ini, apabila diamanah, tentukan pegawai-pegawai yang bawah pada tuan-tuan atau puan-puan, harus melaksanakan amanah ini.

“Kerana makanan yang diberi, disediakan oleh pihak Kerajaan atau pihak swasta dan individu, harus disampaikan kepada pihak yang memerlukan, bukan sebaliknya.

“Dan jangan ada pihak yang cuba nak mengeksploitasikan dengan mendapat keuntungan. Saya ingin mengingatkan (bahawa) saya tidak rela perkara ini berlaku dan jika ia sudahpun berlaku, saya harap dapat diperbetulkan,” tegas Baginda.

TITAH-ARAH DIRIKAN SOLAT HAJAT, MOHON ELAK BANJIR

Baginda juga menitahkan agar Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) serta Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mengeluarkan arahan kepada masjid-masjid agar solat hajat mula diadakan setiap malam Jumaat, bagi memohon agar bencana banjir tidak berlaku di negeri ini tahun ini.

“Setiap doa itu adalah satu ibadah dan kita perlu teruskan sebelum perkara-perkara, musibah-musibah yang besar berlaku. Janganlah bila dah berlaku baharu kita nak ‘start’ sembahyang hajat,” titah Baginda.

Yang turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail; Mufti Negeri Dato’ Sri Abdul Rahman Osman; Ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri; Ahli-ahli Kerabat DiRaja; Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Zulki-fly Osman; serta, Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan. – Khabar

Thursday 15 October 2015

Tun Razak Business Park sebagai pemangkin bagi majukan lagi Bandar Tun Abdul Razak



“Saya harapkan kawasan ini akan bertambah maju sebab ia boleh menjadi ‘impetus’, ‘catalyst’ untuk memajukan lagi (kawasan ini). Di sekeling tempat ini juga esok, ia akan maju juga,” kata Menteri Besar.

'HEAVY DUTY' @ TUGAS BERAT... Dato' Sri DiRaja Adnan sedang mengendalikan jentera berat ini, bagi menyempurnakan pecah tanah projek bernilai RM100 juta ini. Yang turut kelihatan dalam foto ini ialah Dato' Wan Salman (kanan sekali) dan Dato' Mohd Nasir (dua dari kanan).


TAPAK PROJEK TUN RAZAK BUSINESS PARK, BANDAR TUN ABDUL RAZAK, JENGKA, MARAN – Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob hari ini menzahirkan harapan agar kewujudan Tun Razak Business Park dapat menyumbang sebagai pemangkin yang dapat memajukan lagi Bandar Tun Abdul Razak ini.

“Saya harapkan kawasan ini akan bertambah maju sebab ia (Tun Razak Business Park) boleh menjadi ‘impetus’, ‘catalyst’ untuk memajukan lagi (kawasan ini). Di sekeling tempat ini juga esok, ia akan maju juga,” katanya.

Beliau berkata demikian pada persidangan media, sebagai mengulas lanjut hal yang sama diutarakan dalam ucapan luar teks 25-minitnya sempena Majlis Pecah Tanah Tun Razak Business Park pada pagi Khamis, 15 Oktober di sini.

“Ini kita mulakan dengan Tun Razak Business Park. Lepas tu esok, mungkin ada tempat yang boleh kita majukan dengan perumahan dan nanti, akan ada kawasan yang boleh dimajukan sebagai pusat pelancongan.

“Selain daripada kita telah mempunyai institusi pengajian tinggi yang ada – Kolej Matrikulasi Teknikal selain daripada UiTM (Kampus Khazanah Alam),” kata Dato’ Sri DiRaja Adnan lagi.

MAKA, SEMPURNALAH... 


PENDUDUK BANDAR TUN ABDUL RAZAK CUMA 24,000 ORANG

Beliau turut menyingkap – disebalik kawasan Segitiga Jengka mempunyai 25 Rancangan Tanah Felda dengan penduduk keseluruhannya kira-kira 77,000 orang tetapi, penduduk Bandar Tun Abdul Razak atau dikenali Bandar Jengka Pusat sebelumnya – hanyalah seramai 24,000 orang.

Yang bermakna, Bandar Tun Abdul Razak masih mempunyai potensi luas untuk menampung kehadiran penduduk yang lebih ramai, yang dengan itu boleh turut membantu untuk menjanakan lagi aktiviti ekonomi di sini.

Betapa katanya, kegiatan ekonomi turut bergantung kepada jumlah penduduk sepertimana Republik Rakyat China yang mempunyai kira-kira 1,300 juta penduduk yang menerusinya, menjamin pasaran tempatan yang turut meluas.

Sehinggakan syarikat-syarikat perniagaan di neger itu katanya, boleh sahaja bergantung kepada pasaran tempatan semata-mata namun tetap membuat keuntungan yang diharapkan serta maju.

“Itu sebab satu masa dulu, Kerajaan (Persekutuan) mencadangkan 70 juta penduduk (Malaysia) dalam tempoh 30 tahun. Di sini (Bandar Tun Abdul Razak), begitu(lah) juga,” katanya.

GAYANYA, DALAM UCAPAN LUAR TEKS 25-MINIT... Selain bercakap tentang projek Tun Razak Business Park serta manfaatnya kepada keseluruhan pembangunan Bandar Tun Abdul Razak; Dato' Sri DiRaja Adnan masih meneruskan penjelasannya mengenai isu nasional semasa terutamanya 1MDB.

Betapa beliau sarankan rakyat agar tidak mempercayai fitnah mengenainya yang cuma mahu mencalar serta memburuk-burukkan kepimpinan negara yang diketuai Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Abdul Razak.    

Yang turut kelihatan dalam foto ini ialah Dato' Syed Ibrahim; dan, Dato' Mohd Roslan (sedikit terlindung, kiri sekali). 
 

KOS SEKARANG, RM100 JUTA; TAPI GDV NANTI, RM160 JUTA

Mengenai projek Tun Razak Business Park di atas tapak tanah 22-ekar milik Mentiga Corporation Bhd (yang sebelum itu dibeli dari Majlis Daerah Maran) katanya, ia dibangunkan menerusi kerjasama tiga pihak –

Anak syarikat Mentiga Corporation Bhd - Mentiga Development and Construction Sdn Bhd sebagai rakan usahasama; Top Land Resources Sdn Bhd selaku pemaju; dan, Dama Property Sdn Bhd menjadi perunding pemasaran eksklusifnya.

Beliau berharap, kerjasama ini dapat berjalan lancar seterusnya dapat menyiapkan keseluruhan projek Tun Razak Business Park ini dalam tempoh kira-kira dua-setengah tahun pada pertengahan tahun 2018.

Menurut maklumat yang diperolehi, keseluruhan projek Tun Razak Business Park ini memakan kos kira-kira RM100 juta, yang apabila siap sepenuhnya, dijangka melonjak kepada RM160 juta dalam bentuk Nilai Pembangunan Kasar (GDV).

Di atas tapak tanah seluas 22-ekar ini, akan dibina 181 unit yang kesemunya kedai 2-tingkat, berkeluasan lantai antara 2,048 kaki persegi dan 6,932 kaki persegi dengan tawaran harga antara RM678,000 dan RM2.79 juta.

TAK JEMU-JEMU MELAYANI MEDIA... Selain Dato' Mohd Nasir; yang turut kelihatan dalam foto ini ialah Dato' Shahaniza dan Dato' Ahmad Fuad (berbaju batik).
 

MEDAN SELERA BERKONSEP ‘ALFRESCO’

Selain itu, pihak pemaju akan mewujudkan dua (2) taman rekreasi; sebuah dewan; sebuah surau; dan, sebuah medan selera menghadap sungai, berkonsepkan ‘alfresco’ atau tidak berbumbung. 

Antara yang turut hadir pada majlis pagi Khamis ini ialah Ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri – Dato’ Syed Ibrahim Syed Ahmad dan Dato’ Shahaniza Shamsuddin; wakil rakyat-wakil rakyat negeri, Dato’ Wan Salman Wan Ismail (BN – Jengka);

Encik Mohamad Ariffin Awang Ismail (BN – Chenor); Puan Norhidayah Shahaimi (BN – Luit); Pengarah Pembangunan Negeri, Dato’ Mohd Roslan Harun; Pegawai Daerah Maran, Dato’ Syed Ahmad Fuad Syed Taha; dan, Pengarah Urusan, Mentiga Corporation Bhd, Dato’ Mohd Nasir Putih. – Khabar