Tuesday 22 April 2014

Bacalah buku, dan cubalah secara 'speed-reading'



… saran Menteri Besar semasa melancarkan kempen Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit anjuran Majlis Perpustakaan Awam Malaysia (MPAM)

SATU DARIPADA POSTER MENARIK, BAGI KEMPEN INI... 
 

DEWAN UNDANGAN NEGERI, WISMA SRI PAHANG, KUANTAN – Bacalah buku dan cubalah secara ‘speed-reading’ (baca dengan pantas) – saran Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob.

Saranan ini terkandung dalam ucapan kira-kira 17-minit, semasa melancarkan kempen Jom Baca Bersama Untuk 10 minit anjuran Majlis Perpustakaan Awam Malaysia (MPAM) pada pagi Selasa, 22 April di Dewan yang mulia ini.

“Saya berharap kita, janganlah setakat 10 minit sahaja membaca. Kalau satu masa dahulu, penduduk Malaysia membaca sehelai muka surat sahaja setahun, sekarang ini telah sampai ke tahap dua (2) buah buku setahun.

“Kalau boleh, kita jadikan membaca ini rutin seharian. Walaupun 10 minit, 15 minit; satu (1) muka, dua (2) muka. Kalau boleh kita belajar ‘speed-reading’ dan kita boleh baca buku tiga (3) (buah) serentak, sehari,” katanya.

Dan saranan ini bukanlah tidak bersandaran kerana rupa-rupanya, beliau sendiri kini – sepertimana diakuinya juga, sedang membaca tiga (3) buku serentak, yang masing-masing berjudul;

MENTERI BESAR SERTA SIDANG EXCONYA, MEMBACA...  


SEDANG BACA BUKU TENTANG DR M, ‘JEJAK SEORANG PEMIMPIN’

‘The Prime Ministers of Australia’ – kisah tentang Perdana Menteri-Perdana Menteri Australia sejak tahun 1901 hingga kini, yang ketuai oleh Perdana Menteri Tony Abbott, yang baru-baru ini telah menerima mesra kunjungan Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak ke Perth, bagi meninjau kerja-kerja pencarian pesawat Penerbangan Malaysia MH370 di Lautan Hindi di sana;

‘Jejak Seorang Pemimpin’ – hasil temubual tiga (3) pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; dan, ‘One Man’s View’ – buku mengenai Menteri Mentor Kanan Singapura, Lee Kuan Yew.

“Marilah kita jadikan membaca sebagai kewajipan harian dan budaya hidup kita. Saya tidak perlu memberikan kenyataan panjang lebar tentang pentingnya membaca tetapi setidak-tidaknya, membaca memberikan kita pengetahuan mengenai sesuatu tajuk, sesuatu bidang.

“Membaca juga memberikan kita kesempatan untuk menguasai bahasa yang digunakan dalam tulisan tersebut. Selain daripada itu, membaca sikit-sebanyak boleh mengajar kita untuk mendisiplinkan diri,” katanya lagi.

Dalam tempoh 17-minit ini juga, Dato’ Sri DiRaja Adnan telah membaca kembali petikan dalam buku yang pernah dibacanya, pertama kali kira-kira 12 tahun lepas  – ‘The 100; A ranking of the most influential persons in history’.

BUKU YANG MENTERI BESAR BACA, SEJAK 12 TAHUN LEPAS LAGI... 
 

NABI MUHAMMAD, ‘THE MOST INFLUENTIAL PERSON IN HISTORY’

Buku tersebut Encik Michael H.Hart yang menurutnya ialah seorang penulis Amerika Syarikat, yang memperolehi ijazah pertama dari Cornell University, mendapat LLB dari New York Law of School, menerima Masters Science in Physics dari Adelphi University, serta, PhD in Astronomy dari Princeton University.

Encik Michael menurut Dato’ Sri DiRaja Adnan, telah menyenaraikan 100 orang yang mempunyai pengaruh terhadap dunia sehingga kini, dalam bukunya yang turut mengalami proses semakan semula bagi memadatkannya lagi.

“Dan yang menariknya antara 100 ini – tokoh-tokoh yang mempunyai pengaruh dalam sejarah, beliau telah menyenaraikan Nabi Muhammad SAW sebagai tokoh yang pertama, Isaac Newton yang kedua, Jesus Christ yang ketiga. Yang menarik pula, Virgin Mary iaitu Siti Mariam, ibu kepada Jesus Christ, tidak pula disenaraikan.

“Jadi, saya akan baca ini tanpa ‘prejudice’, bukan ingat untuk berkempen atau untuk berdakwah terutama ahli-ahli dari pembangkang. Saya pilih kerana buku ini memang ditulis orang yang berkecuali dan ianya boleh memberi sikit-sebanyak pengetahuan kepada kita,” katanya.

Lalu, dengan memohon kepada Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri ini agar beliau dapat membaca petikan daripada buku berkenaan secara duduk, Dato’ Sri DiRaja Adnanpun membacakan, antaranya, dengan memetik Encik Michael sebagai berkata;

'CONTAGION EFFECT'... Kalau dah Menteri Besar sendiri merupakan seorang gemar membaca, apatah lagi ketua-ketua jabatan Kerajaan kita, ya tak?.
 

HIS SUPREMACY IN BOTH RELIGION AND SECULAR

“My choice of Muhammad to lead the list of the world’s most influential persons may surprise some readers and may be questioned by others. But, he was the only man in history who was supremely successful on both the religious and secular levels.

“Of humble origins, Muhammad founded and promulgated one of the world’s great religion and became an immensely effective political leader. Today, 13 centuries after his death, his influence is still powerful and pervasive”.

Dalam pada itupun, Dato’ Sri DiRaja Adnan masih dapat mengesani kesilapan fakta pada tulisan dalam buku tersebut, apabila ada ungkapan yang menyebut kononnya; “Most Arabs at that time were Pagans and believe in many gods.

“There were however in Mecca, a small number of Jews and Christians. It was from them most probably that Muhammad first learn of a single omnipotent god who rule the entire universe”.

Petikan mengenai kejayaan Nabi Muhammad dalam mengembangkan Islam ketika itu, turut dibacanya dan betapa Baginda turut terbabit dalam beberapa siri peperangan hingga akhirnya dapat kembali ke Mekah yang ditinggalkan sebelum berhijrah ke Madinah.  

“… THE MOST INFLUENTIAL SINGLE FIGURE IN HUMAN HISTORY”

“In Mecca, he had had few followers. In Medina, he had many more and he soon acquired an influence that made him virtually an absolute ruler. During the next few years, while Muhammad followings grew rapidly, a series of battles were fought between Medina and Mecca. This war ended in 630 with Muhammad triumpant return to Mecca as conqueror.

“The remaining two and a half years of his life witnessed the rapid conversions of Arab tribes to the new reliogion. When Muhammad died in 632, he was the effective ruler of all of Saudi Arabia,” katanya mengungkap tulisan dalam buku yang sama.

Dan beliau mengakiri dengan bacaan petikan; “We see then that the Arab conquest in the seven (7) century has continued to play an important role in human history, down to the present day.

“It is this unparallel combination of secular and religous influence which I feel, entitled Muhammad to be considered as the most influential single figure in human history”. – Khabar