“Sejak akhir-akhir
ini kita lihat, kita tidak menjaga urusan kita sendiri. Ini masalah.
“Kita suka ambil
tahu urusan orang lain, kita suka ambil tahu kerja orang lain. Kita suka ambil
tahu dan campur, urusan Allah Taala. Ha, ini masalah,” kata Menteri Besar
'PHOTO-SHOOT' BERSAMA PARA PEMENANG... Selain Dato' Sri DiRaja Adnan serta para pemenang, yang turut kelihatan dalam foto ini ialah Dato' Sri Muhammad Safian; Encik Gandesan (sebelah kiri Dato' Sri DiRaja Adnan); serta, Puan Fairojibanu (depan, tengah).
DEWAN ASTANA,
HOTEL M.S.GARDEN, KUANTAN – Perpaduan di negara ini akan terus terjamin jika
setiap kaum menjagai urusan budaya dan agamanya sendiri; tanpa mencampuri
urusan – budaya dan agama, kaum yang lain.
Inilah
intipati ucapan luar teks 19-minit Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob,
pada Majlis Gemilang Padu Kawasan Rukun Tetangga Negeri Pahang pada malam
Isnin, 30 Mac, di Dewan tingkat 5 ini.
“Sejak akhir-akhir
ini kita lihat, kita tidak menjaga urusan kita sendiri. Ini masalah. Kita suka
ambil tahu urusan orang lain, kita suka ambil tahu kerja orang lain. Kita suka
ambil tahu dan campur, urusan Allah Taala. Ha, ini masalah.
“Bila ini
berlaku – kita tak menjaga urusan kita, (sebaliknya) kita ambil tahu (serta
mencampuri) urusan orang lain, ha ini masalah timbul.
“Orang Islam
bercakap soal Kristian, orang Kristian bercakap soal Islam. Orang bukan Islam
bercakap soal hudud. Orang Islampun, tanpa usul periksa, bercakap soal hudud,” katanya pada
majlis dihadiri oleh anggota-anggota Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dari seluruh
daerah.
CENDERAHATI KEPADA TETAMU UTAMA... Dato' Sri DiRaja Adnan sedang menerima cenderahati berupa buku-buku terbitan semasa yang sememangnya menjadi kegemaran beliau, daripada Encik Gandesan sambil Dato' Sri Muhammad Safian memerhatikan.
BUKAN HUDUD,
TAPI SEKADAR PINDAAN KEPADA ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH KELANTAN
‘Hudud’
yang menjadi isu dalam media – cetak, elektronik mahupun sosial ketika ini menurut
Dato’ Sri DiRaja Adnan, telah disalah fahami oleh banyak pihak tetapi masih tidak
menghindar mereka untuk mengulas tentangnya.
Sedangkan
katanya, yang diperkatakan itu bukanlah hudud sepertimana pengertian sebenar
dalam Islam, sebaliknya, hanyalah pindaan kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah
Negeri Kelantan.
“Orang Islam tak
boleh tolak hudud. Kalau tolak hudud, (boleh jatuh) murtad.
“Tapi kita kena faham, adakah itu hudud sebenar sepertimana kehendak Allah SWT, ataupun hudud, semata-mata dinamakan hudud tapi sebenarnya, hanyalah pindaan kepada Undang-undang Jenayah Syariah Kelantan,” tegasnya.
Sehubungan
itu, beliau meminta agar ulasan-ulasan tentang perkara tersebut tidak lagi
dibuat termasuk oleh orang Melayu/Islam sendiri, sementelah mereka tidak
menelitipun deraf undang-undang ataupun enakmen yang telah diluluskan itu.
MENUJU, 'MALAYSIA BARU'... Dendangan bersama lagu patriotik - 'Malaysia Baru', sebagai penutup tirai majlis malam Isnin ini. 'Oleh itu mari kawanku, berpimpin tangan berganding bahu, segera capai cita yang satu, di alam Malaysia Baru' - demikian lirik terakhir lagu keramat ini.
ORANG BUKAN
ISLAM LAGILAH TAK BOLEH ULAS
“Orang bukan
Islampun apatah lagi. Jangan sebut soal ini sebab ini bukan soal ugama dia
(orang bukan Islam),”
katanya lagi.
Berbeza
dengan dahulu, beliau menambah kata, tidak terdapat kejadian apabila kaum-kaum
tertentu mengulas atau mencampuri urusan budaya dan agama kaum-kaum yang lain.
“Pada masa
dahulu, tidak timbul orang-orang Melayu mengganggu ugama ataupun budaya orang
lain. Tidak ada ulasan-ulasan yang dibuat oleh orang Melayu terhadap ugama ataupun
budaya kaum lain.
“Begitu juga
orang-orang Cina, orang-orang India pada masa itu, tidak ada mengulas terutama
ulasan negatif tentang orang-orang Melayu termasuk jugalah soal ugama Islam dan
juga budaya Melayu.
“Masing-masing
menjaga budaya, ugama masing-masing. Dan, kalau adapun perselisihan pendapat
mengenai ugama, yang bercakap ialah orang yang menganuti ugama itu sendiri,” tegasnya.
HADIRINPUN, TURUT BANGUN SERTA MENYANYIKAN BERSAMA-SAMA...
YANG TURUT HADIR
Antara
yang turut hadir pada majlis malam Isnin ini ialah Setiausaha Kerajaan Negeri,
Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail; Dato’ Setia Perkasa Pahang, Tengku Dato’ Sri
Zulkifli Tengku Ahmad;
Ahli-ahli
Exco Kerajaan Negeri - Dato’ Shafik Fauzan Sharif dan Dato’ Abu Bakar Harun;
Wakil
rakyat negeri, Dato’ Mohd Zaili Besar (BN – Panching); Ketua Pengarah, Jabatan Perpaduan
Negara dan Integriti Nasional (JPNIN), Encik Gandesan Letchumanan; serta, Pengarah, JPNIN
Negeri, Puan Fairojibanu Zainal Abidin. – Khabar