Monday 11 January 2016

Beri peluang Kerajaan menyusun semula industri bauksit.



“… beri kita peluang, tak kiralah – tiga (3) bulan ke, enam (6) bulan ke, kekal ke; beri kita peluang dulu untuk menyusunkan,” saran Menteri Besar kepada para pencemuh dan pihak media.

FITNAH... Inilah contoh fitnah yang berlegar dalam media sosial yang tentunya mereka yang berfikiran waras, dapat menghidunya sebagai bukan sahaja fitnah tetapi fitnah 'at the most lowest ebb!'.


BILIK MESYUARAT UTAMA, TINGKAT 3, PUSAT TRANFORMASI BANDAR (UTC), KUANTAN – Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob meminta rakyat khususnya para pencemuh dan pihak media, agar memberi peluang kepada Kerajaan untuk menyusun semula industri bauksit di negeri ini.

Beliau yang jelas tidak berpuas hati dengan berterusannya laporan berita yang negatif mengenai industri tersebut oleh media termasuk aliran perdana yang dikuasai oleh parti pemerintah sendiri, berkata;

“… beri kita peluang, tak kiralah – tiga (3) bulan ke, enam (6) bulan ke, kekal ke; beri kita peluang dulu untuk menyusunkan”.

Bulan-bulan yang disebutnya itu merujuk kepada tempoh penangguhan/moratorium selama tiga (3) bulan bagi aktiviti bauksit berkuatkuasa 15 Januari ini, sepertimana pengumuman bersama beliau dengan Menteri Sumber Asli, Dato’ Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada petang Rabu, 6 Januari lepas.

Dato’ Sri DiRaja Adnan berkata demikian pada persidangan media selepas mempengerusikan sesi taklimat mengenai program Tahun Melawat Pahang 2017 pada tengah hari Isnin, 11 Januari, di sini.

JANGAN KACAU URUSAN SPRM

Beliau seterusnya mengingatkan betapa urusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menyiasat serta mengambil tindakan terhadap pihak-pihak berkenaan dalam industry sama yang disyaki terbabit rasuah, tidak diganggu.

“… kita jangan kacau urusan SPRM. Kalau kita baca ‘interview’ hari ini, apa yang disebut oleh Dato’ Azam Baki itu benar dan dia telah berikan ‘fair comment’,” kata Dato’ Sri DiRaja Adnan merujuk kepada temubual khas Pengarah Bahagian Siasatan SPRM itu dengan akhbar NST keluaran Isnin ini.

“Tapi, ada ‘very veiled interpretation’, ada ‘very veiled suggestion’, macam MB dan ahli-ahli Exco ini rasuahlah… Walaupun tak sebut, tapi ikan bilis, ikan bilis, ikan bilis...

“Jadi saya berharap, pertama sekali, jangan diperkecilkan kebijaksanaan SPRM. Biar SPRM jalankan tugas,” tegasnya.      

Beliau seterusnya mengulangi betapa Kerajaan Negeri tidak berhasrat untuk ‘play the blame game’ dengan menuding jari menyalahkan pihak-pihak tertentu dalam menghadapi kemelut isu bauksit ini.

“Tapi, bila saya senyap, nampak keadaan semakin berleluasalah ‘unfair reporting’,” katanya.

FAKTOR PENGUATKUASAAN

Menurutnya, kekangan Kerajaan Negeri dalam menangani gejala bauksit selama ini ialah atas faktor penguatkuasaan. “Itu sebab kita setuju dengan tindakan Kerajaan Persekutuan membantu kita sebab Port (Kuantan), JMG, JPJ, SPAD, Polis, Kastam – semua di bawah Kerajaan Persekutuan.

“Saya tidak boleh menyelia kegiatan jabatan-jabatan di negeri Pahang. Sebab, masalah bauksit ini ialah masalah penguatkuasaan, bukan sahaja oleh PTG - PTG ada 18 orang sahaja.

“Tapi juga, mesti dibantu oleh Kerajaan Persekutuan. Itu sebab bila Kerajaan Persekutuan mengambil keputusan untuk menolong kita, kita bersetuju dengan moratorium ini,” katanya lagi. – Khabar