SEKOLAH MENENGAH
AGAMA (SMA) MARAN, MARAN – Blok asrama sekolah menengah ini yang terbakar pada
kejadian 7 Februari lepas, akan dibangunkan semula dengan peruntukan antara RM4
juta dan RM4.5 juta sumbangan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur
(ECERDC).
Berita
gembira ini diumumkan oleh Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob dalam
ucapan sempena lawatan kerja serta majlis penyampaian sumbangan kepada
pelajar-pelajar terbabit, pagi Rabu, 15 Februari di sini.
Kerja-kerja
pembangunan semula – satu blok konkrit empat (4) tingkat menurut Dato’ Sri DiRaja
Adnan yang juga Pengerusi, ECERDC Pahang, akan dilaksanakan segera dan dijangka
dapat disiapkan dalam tempoh dua (2) tahun.
Selain
ECERDC yang induknya dipengerusikan oleh Perdana Menteri, beliau juga
mengumumkan sumbangan Ahli Parlimen Maran kepada pihak sekolah, RM10,000,
serta, daripada Yayasan Pahang (YP), RM1,000 bagi setiap seorang daripada 73
pelajar yang terbabit kebakaran.
“… dalam satu-satu
perkara itu adalah hikmahnya,” kata Dato’ Sri DiRaja Adnan dalam ucapan
luar teks 23-minitnya.
BUAT MELEGAKAN BEBANAN... Setiap seorang daripada 73 pelajar menerima sumbangan YP daripada Dato' Sri DiRaja Adnan. Selain Dato' Mahmud, yang turut kelihatan ialah Dato' Sri Ismail (bersongkok, berbaju warna biru).
ADA HIKMAH
DISEBALIK SATU-SATU INSIDEN
“Apa hikmahnya? Ha,
ini saya nak beritahu – pertama sekali, ECER yang saya pengerusikan juga di
Pahang ini, telahpun bersetuju untuk membina semula asrama Sekoleh Menengah
Agama Maran ini,”
katanya yang serentak itu menerima tepukan.
“Kita akan bina
semula empat (4) tingkat. Kos antara RM4 (juta) ke RM4.5 juta, jalan serta-merta…,” katanya yang
sekali lagi mendapat tepukan.
“… Dato’ Mahmud (Nawawi)
jumpa saya dia kata Yayasan (Pahang; YP) boleh bagi RM500. Dato’ Mahmud, CEO
(Pengurus Besar YP), Pengerusinya, MB lagi. MB tanya Dato’ Mahmud, duit ada?
Ada (jawab Dato’ Mahmud).
“(Maka kata MB)
bagi RM1,000. Jadi anak-anak ini akan dapat RM1,000 seorang,” kata Dato’ Sri
DiRaja Adnan yang sekali lagi menerima tepukan gemuruh para hadirin di dalam
dewan ini.
Beliau
seterusnya mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat yang
telah tiba dengan cepat – lapan (8) minit, untuk memadamkan kebakaran pada hari
kejadian.
LAGI PENERIMA, DISIPILIN BERATUR UNTUK MENERIMA SUMBANGAN MASING-MASING...
TAHNIAH KEPADA
BOMBA
“Lapan (8) minit
saya telah diberitahu, mereka telah sampai dan telah dapat mengawal kebakaran.
Kalau ikut laporan oleh pihak Bomba tadi, kalau tak dikawal, dibiarlah api tu;
satu kompleks ini boleh terbakar,” katanya.
Sambil
itu, beliau mahukan kejadian 7 Februari itu dijadikan pengajaran kepada semua
pihak tentang kepentingan untuk sentiasa berhati-hati terutamanya dalam aspek
keselamatan.
Para
pelajar juga dinasihatkannya supaya ‘belajarlah rajin-rajin, belajar
bersungguh-sungguh’ kerana ilmu perlu terus dipelajari tidak kira usia, malah sehinggalah
ke akhir hayat.
“Sampai
sekarangpun,”
menurutnya yang sudah berusia 66 tahun, “Pak
Long belajar lagi. Belajar balik semula undang-undang, kursus empat (4) tahun jadi
dua (2) tahun sahaja. (Sudah) habis semester satu, tinggal tiga semester lagi. Mula
2016, tamat 2018.
“Tapi jangan cakap
kuat-kuat; semester satu hari itu, (dapat keputusan) 4A 1A-,” katanya, serentak itu berderai tepukan. “CGPA (Cumulative Grade Point Average),
3.943,” katanya, sekali lagi tepukan.
BERKONGSI KEGEMBIRAAN... Dato' Sri Ismail, bersama-sama dengan Dato' Mohd Ghazali (depan, kanan sekali); Dato' Mohd Shahaimi (depan, kiri sekali); dan, Encik Shamsuri (depan, dua dari kanan); turut mengambil kesempatan untuk bersesi foto kumpulan dengan sebahagian daripada penerima pagi Rabu ini.
NAK TUNJUKKAN
CONTOH, BUKAN BANGGAKAN DIRI
“Ini bukan
bangga(kan diri tapi) nak tunjukkan contoh kepada anak-anak. Kalau saya boleh
belajar lagi, tak ada sebab anak-anak tak boleh belajar. Belajar rajin-rajin,” katanya penuh
semangat.
Selain
Ahli Parlimen Maran, Dato’ Sri Ismail Mutalib; antara yang turut hadir ialah
Pengerusi, Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas Negeri, Dato’ Syed
Ibrahim Syed Ahmad;
Anggota-anggota
Exco Kerajaan Negeri – Dato’ Shafik Fauzan Sharif, Dato’ Shahaniza Shamsuddin
dan Dato’ Norol Azali Sulaiman; wakil rakyat setempat, Puan Nurhidayah Mohd Shahaimi
(BN – Luit);
Pegawai
Daerah, Dato’ Syed Fuad Syed Taha; Timbalan Pengarah, Jabatan Agama Islam
Pahang (JAIP), Dato’ Mohd Ghazali Abdul Aziz; Pengurus Besar, Bahagian Korporat dan Perancangan Strategik, ECERDC, Dato' Ragu Sampasivam;
Yang Dipertua, Persatuan Ibubapa
dan Guru (PIBG), SMA Maran, Dato’ Mohd Shahaimi Osman yang juga ayah kepada wakil rakyat, Puan Nurhidayah; dan, Pengetua sekolah
ini, Encik Shamsuri Shamsuddin. – Khabar