... yang dimanfaati oleh lebih 1.3 juta pelajar anak-anak Pahang di seluruh pelosok negeri kita
“Tapi saya nak
ingatkan tuan-tuan dan puan-puan, semua ini bukan(nya) datang begini (tiba-tiba
sahaja ada).
“Apa yang
berlaku di negara kita termasuk di Pahang ini, semuanya adalah dirancang. Kalau
tak rancang, Yayasan Pahang tak akan jadi (berjaya) macam ini,” tegas Dato’ Sri
DiRaja Adnan.
DEWAN UTAMA,
KOMPLEKS YAYASAN PAHANG, TANJUNG LUMPUR, KUANTAN – Sebanyak
RM1,100 juta telah dibelanjakan oleh Yayasan Pahang (YP) untuk pendidikan, yang
dimanfaati oleh kira-kira 1.3 juta pelajar anak-anak negeri sejak penubuhan YP
pada tahun 1983.
Bermula
dengan bajet cuma RM1.5 juta pada awal penubuhannya yang dipengerusikan oleh
Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak selaku Menteri Besar ketika itu, meningkat
kepada kira-kira RM40 juta di bawah kepimpinan Tun Mohd Khalil Yaakob;
Tetapi
kini, telah melonjak kepada RM124 juta sebagai bajet untuk tahun ini sahaja di
bawah kepimpinan Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob
Inilah
angka-angka tanda kejayaan yang disebut oleh Dato’ Sri DiRaja Adnan dalam
ucapan luar teks 21-minitnya pada program Hadiah Kecemerlangan Pendidikan YP
2017 ‘Hadiah Menteri Besar Pahang’ petang Isnin, 15 Mei di sini.
“Tapi saya nak
ingatkan tuan-tuan dan puan-puan, semua ini bukan(nya) datang begini (tiba-tiba
sahaja ada).
SIJIL KECEMERLANGAN BUAT PENERIMA...
ROMBAK DEMI
MEMULIH, MEMAJUKAN
“Apa yang
berlaku di negara kita termasuk di Pahang ini, semuanya adalah dirancang. Kalau
tak rancang, Yayasan Pahang tak akan jadi (berjaya) macam ini. Kalau tak
dirancang, tak ada Yayasan Pahang ini,” tegas Dato’ Sri DiRaja Adnan.
“Tapi sejak kita
merdeka sampai sekarang; walaupun orang kata Kerajaan ini bodohlah, bangsatlah,
kotorlah, koruplah… Kerajaan bodoh, Kerajaan korup, Kerajaan kotorlah inilah
yang melaksanakan segala program yang sedikit-sebanyak beri faedah kepada kita
semua,”
katanya lagi dalam nada menyindir .
Mengenai
bajet RM124 juta itu katanya, ianya adalah banyak demi menghidup dan
membangunkan YP yang seterusnya dapat digunakan untuk membantu memajukan sector
pendidikan khususnya para pelajar.
Beliau
turut menyinkap kembali betapa ketika mengambil alih tampuk kepimpinan negeri
dan sekaligus YP pada tahun 1999, anak syarikat YP yang dikenali Sumber Perindu,
telah menanggung hutang yang banyak di sebalik memiliki dan menguruskan ladang kelapa
sawit seluas 10,000 ekar.
Hasil
perbincangan dengan beberapa rakannya termasuk Ahli Lembaga Pemegang Amanah YP
sekarang – Dato’ Sri Kamaruddin Mohamad, rombakan dilakukan termasuk menyuntik
tanah ke dalam YP hingga menjadikan bank tanah dimilikinya berkeluasan
kira-kira 120,000 ekar.
DENGAN LAGI PENERIMA... Yang turut dalam kalangan pelajar Cina dan India
70,000 EKAR
LADANG WASIT TELAH DIUSAHAKAN
Dengan
keluasan tanah seluas itu menurutnya, YP dikehendaki membangunkannya dengan tanaman
kelapa sawit yang hasil daripadanya dijadikan punca kewangan untuk memajukan
pendidikan di negeri ini.
“Yang telah kita
bangunkan, 70,000 ekar. Dulu kita memberi biasiswa dan lain-lain bantuan
(puncanya) duit balak. Kerajaan bagi (kawasan) balak kepada Yayasan (dan)
Yayasan tender, yang diberi kepada penender tertinggi. Duit tender itu kita
gunakan untuk memberi biasiswa.
“Tapi sekarang
ini, 60 peratus daripada bantuan pendidikan Yayasan Pahang – duitnya datang daripada
hasil kelapa sawit - 70,000 ekar semuanya telahpun matang,” katanya.
“Kita akan tanam
lagi sehingga 120,000 ekar dan satu masa nanti, walaupun balak tidak ada lagi,
insyaAllah, Yayasan Pahang boleh hidup dengan adanya hasil kelapa sawit. Kita telah
berjaya mencari alternatif iaitu dengan membangunkan ladang kelapa sawit,” katanya lagi.
Pada
majlis petang Isnin ini, 191 pelajar yang cemerlang dalam pelbagai peringkat
peperiksaan awam menerima Hadiah Menteri Besar (HMB) masing-masing yang berupa
surat amanat dan sijil kecemerlangan.
SIJIL
KECEMERLANGAN DAN WANG TUNAI
Selain
wang tunai – masing-masing RM300 untuk di bawah kategori Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR); dan, RM500 di bawah kategori Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil
Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Menengah Agama (SMA) dan Sijil Tinggi
Agama Malaysia (STAM).
Yang
turut menerima hadiah ialah tiga (3) pelajar Calon-calon Berkeperluan Khas
(CBK) dan lima (5) pelajar Orang Asli; selain 14 sekolah terbaik seluruh
Pahang.
Antara
yang turut hadir pada majlis ini ialah Timbalan Yang Dipertua, Dewan Undangan
Negeri, Dato’ Sri Mohamad Jaafar; Pengerusi, Jawatankuasa Kesihatan dan
Tugas-tugas Khas Negeri, Dato’ Norol Azali Sulaiman;
Ahli
Lembaga Pemegang Amanah YP, Dato’ Sri Kamaruddin Mohamad; Pengarah, Jabatan
Agama Islam Pahang (JAIP), Dato’ Mohd Nor Abdul Rani; serta, Pengurus Besar YP,
Dato’ Mahmud Nawawi. – Khabar