“… saya mohon
rakyat-jelata sekalian agar sama-samalah mendoakan moga-moga roh Almarhum
Paduka Ayahanda dirahmati Allah Subhanahu Wata’ala, serta ditempatkan
bersama-sama para Syhuhada’,” kata Menteri Besar
SEMBAH TAKZIAH... Iklan sepertimana akan disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan pada esok, Khamis, 23 Mei.
WISMA SRI
PAHANG, KUANTAN
– KDYMM Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum
Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al-Muadzam Shah telah mangkat pagi ini.
Almarhum
KDYMM Paduka Ayahanda mangkat pada usia 89 tahun pada 8.50 pagi di Institut
Jantung Negara (IJN), Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Berikut
ialah kenyataan media sepertimana dikeluarkan oleh Menteri Besar Dato’ Sri Wan
Rosdy Wan Ismail kira-kira 10 pagi tadi ;
Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh.
Dengan
penuh rasa kesedihan dan kesayuan, saya dengan ini mengumumkan kemangkatan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in
Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al Muadzam Shah pada pagi
Rabu, 22 Mei bersamaan 17 Ramadan 1440 Hijrah.
Almarhum
mangkat pada kira-kira 9 pagi di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.
Sehubungan
itu, saya mohon rakyat-jelata sekalian agar sama-samalah mendoakan moga-moga
roh Almarhum Paduka Ayahanda dirahmati Allah Subhanahu Wata’ala, serta
ditempatkan bersama-sama para Syhuhada’. Amin.
DATO’
SRI WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL
Menteri
Besar Pahang. – Khabar