Tuesday 26 November 2013

Penghargaan YAM Tengku Muda Pahang kepada Menteri Besar


… atas sokongan kepada pasukan bolasepak Pahang, hingga menjuarai Piala Malaysia.

“… dan nak menunjukkan betapa serius Dato’ Sri DiRaja menyokong perjuangan kita, dalam demam-demam itu, (sebelah) pagi, dia melayan 50, 60 bas (yang membawa penyokong pasukan, yang berhenti sebentar di kawasan berhampiran Plaza Tol Bentong).

“(Sebelah) malam, sanggup lagi dalam demam, sampai dah tak bermaya betul baharu dia ‘surrender’. Itupun satu hari selepas itu, dah menang baharu dia ‘surrender’ ke doktor.

“Ha, itu dia Dato’ Sri Menteri Besar kita,” kata YAM Tengku Muda Pahang yang disusuli tepukan gemuruh hadirin, menceritakan kembali peristiwa hari Ahad, 3 November, sebelum ‘final’ Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Selangor, yang merupakan sehari sebelum Menteri Besar itu dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur akibat jangkitan kuman.  

KEDUA-DUA TOKOH NEGERI KITA, BERSAMA-SAMA PAK MAJID DENGAN PIALA MALAYSIA... 


HOTEL ZENITH, KUANTAN“Sebenarnya, YAB Dato’ Sri Menteri Besar, hendak kita juara bertahan, antara satu daripada sebab-sebabnya, sebab Dato’ Sri ‘missed’ final malam itu," YAM Tengku Muda Pahang berseloroh.

“Ya. Untuk makluman. Dato’ Sri Menteri Besar, berlepas bersama dengan saya ke Stadium (Shah Alam) malam tu. Tapi, sampai ke stadium sahaja, apabila sampai ke stadium, dia letih dan terpaksa patah balik.

“… dan nak menunjukkan betapa serius Dato’ Sri DiRaja menyokong perjuangan kita, dalam demam-demam tu, (sebelah) pagi, dia melayan 50, 60 bas (yang membawa penyokong pasukan, yang berhenti sebentar di kawasan berhampiran Plaza Tol Bentong).

“(Sebelah) malam, sanggup lagi dalam demam, sampai dah tak bermaya betul baharu dia ‘surrender’. Itupun satu hari selepas itu, dah menang baharu dia ‘surrender’ ke doktor.

“Ha, itu dia Dato’ Sri Menteri Besar kita,” kata YAM Tengku Muda Pahang lagi, disusuli tepukan gemuruh hadirin, menceritakan kembali peristiwa hari Ahad, 3 November, sebelum ‘final’ Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Selangor, yang merupakan sehari sebelum Menteri Besar itu dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur, akibat jangkitan kuman. 

PENGHARGAAN KEPADA KUMPULAN PENYOKONG 

Kata-kata ini dizahirkan dalam awal ucapan luar teks 13-minit YAM Tengku Muda Pahang pada makan malam meraikan kejayaan pasukan bolasepak negeri menjuarai Piala Malaysia, pada Selasa, 26 November di sini.

Ucapan YAM Tengku Muda yang juga Presiden, Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) menyusul selepas Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob, memberikan ucapan luar teks 12-minitnya.

“… tidak lengkap rasanya kalau saya tidak menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu dan menyumbang ke arah kejayaan ini;

“Khususunya kepada Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri DiRaja, Dato’ Sri Hj Adnan Hj Yaakob, Kerajaan Negeri Pahang, semua ahli-ahli YB, agensi-agensi Kerajaan dan pihak media;

“… dan juga kepada kumpulan penyokong Pahang yang akhirnya telah terbentuk sebagai salah satu (kumpulan) penyokong bolasepak yang terbaik dan paling berdisiplin di dalam negara ini.

PAK MAJID, PEMINAT SETIA

“Kumpulan yang saya maksudkan adalah penyokong kuat kita – Elephant Army,” katanya disusuli tepukan tanda mengiyakan dan beliau berharap, sokongan kuat tersebut dapat diteruskan.

“… dengan sokongan, nyanyian daripada Elephant Army telah mempertinggikan prestasi pemain-pemain, memberi mereka semangat yang lebih, untuk kadang-kadang mengubah kedudukan.

“Dalam banyak situasi, (ketika) kita berada sebagai ‘underdog’ ataupun kita (sedang) ‘trailing’ (ketinggalan); dengan sokongan yang berterusan (oleh penyokong Elephant Army), kita dapat mengubah situasi itu,” katanya.  

Beliau turut menyebut nama seorang penyokong atau ‘peminat setia’ – Encik Majid Abdul Hamid atau Pak Majid, yang telah sanggup berjalan kaki dari Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 hingga ke Stadium Shah Alam, bagi menunaikan nazar sempena Pahang keluar sebagai juara.

“Saya kagum, terharu dan bangga dengan niat yang murni Pak Majid. Kita sampai nak marahpun ada juga sebab memandangkan kita semua yang muda ini. Pak Majid berjalan jauh dari Kuantan ke Kuala Lumpur.

SELAMAT MAJU JAYA, DOLLAH SALLEH

“Ramai yang muda-muda termasuk sayapun tak daya Pak Majid. Tapi Alhamdulillah, Pak Majid telah melakukan sesuatu yang luar biasa, amat luar biasa.

“Semangat seumpama ini saya harap, akan menaikkan lagi semangat pemain untuk bermain dengan lebih kuat dan bertenaga,” katanya sambil bertanyakan sesuatu kepada Pak Majid, yang turut berada dalam kalangan hadirin.

YAM Tengku Muda juga mengucapkan ‘terima kasih istimewa kepada sahabat saya’,  Ketua Jurulatih, Encik Dollah Salleh, yang akan meninggalkan pasukan negeri untuk kembali ke Kuala Lumpur bagi bersama-sama keluarganya.

“… dan kita doakan semoga selamat maju jaya dalam menyahut cabaran baharu yang akan datang.

“Walau bagaimanapun, bumi Pahang, pintu PBNP sentiasa terbuka untuk Encik Dollah,” kata YAM Tengku Muda disusuli tepukan, kemudian berseloroh, “Kalau nak beli rumah di sinipun boleh, kita boleh bagi diskaun”.  – Khabar