… ulas Menteri
Besar kepada ucapan Bajet Negara 2015 bernilai RM273,900 juta oleh Perdana
Menteri
KHUSYUK IKUTI PEMBENTANGAN BAJET... Dato' Sri DiRaja Adnan sedang memberi tumpuan kepada ucapan Bajet 2015 oleh Dato' Sri Mohd Najib.
Antara yang turut sama hadir dan kelihatan dalam foto ini ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Dato' Mohamad Roslan Harun (Berbaju Kebangsaan warna kelabu) serta Ketua Pegawai Eksekutif, Pengurusan Air Pahang Bhd (PAIP), Dato' Mohd Zahari Md Isa (berbaju putih menghadap skrin).
KOMPLEKS YAYASAN
PAHANG, TANJUNG LUMPUR, KUANTAN – Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan
Yaakob menyifatkan ucapan Bajet 2015 oleh Perdana Menteri sebagai lebih mantap
serta menjurus untuk menjagai kepentingan rakyat.
Selain
bagi memastikan agar generasi akan datang tidak terbeban dengan kedudukan
ekonomi ketika itu, yang bakal dipengaruhi oleh dasar dan tindakan yang
Kerajaan laksanakan sekarang.
“Pada kali ini
saya berpendapat,”
kata Dato’ Sri DiRaja Adnan pada persidangan media petang Jumaat, 10 Oktober di
sini, “… ucapan Bajet Perdana Menteri
adalah lebih mantap dan lebih menjuruskan kepada kepentingan rakyat”.
“Disamping juga
menentukan bahawa, negara ini akan diwarisi oleh generasi akan datang dengan kedudukan
ekonomi yang tidak membebankan mereka,” katanya selepas menyaksikan siaran
langsung menerusi televisyen, ucapan Bajet 2015 kira-kira dua jam (2) 10 minit oleh
Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib di Dewan Rakyat, Kuala Lumpur.
Berikut
ialah lanjutan kepada ulasan beliau;
“Kita dapati YAB
Perdana Menteri lebih mementingkan dasar fiskal yang mampan, yang mantap, dan
bertujuan utama untuk mengurangkan defisit terutama sekali ‘current account’
Kerajaan, supaya ianya sentiasa positif, tidak negatif.
MELAYANI MEDIA...
KENAKAN CUKAI DI
MANA PERLU, RINGANKAN BEBAN RAKYAT
“Dalam hubungan
ini kita perhatikan, kaedah yang telah digunakan oleh Perdana Menteri dalam
ucapan bajetnya ialah untuk mengenakan cukai di mana perlu dan pada ketika yang
sama, meringankan beban rakyat dalam menghadapi kesan percukaian ini.
“Dan tumpuan
juga diberikan kepada pelaksanaan GST yang pastinya membawa faedah yang lebih
banyak kepada Kerajaan dan Negara. Apabila disebut Kerajaan dan Negara maknanya
rakyat.
“Pada ketika
yang sama, kepentingan rakyat tidak diabaikan. Kita dapat lihat pengumuman
mengenai apa yang akan dinikmati oleh rakyat termasuklah meningkatkan pemberian
BR1M, kemudian itu pemberian bonus kepada kakitangan Kerajaan.
“Dan saya berasa
terharu apabila YAB (Perdana Menteri) mengumumkan bantuan RM300 sebulan kepada
pegawai/kakitangan secara kontrak yang tidak menikmati apa-apa pencen seperti KEMAS,
JASA, Penerangan dan lain-lain agensi.
“Ia membuktikan
bahawa Kerajaan benar-benar prihatin kepada rakyat.
“Pada ketika
yang sama, Perdana Menteri cuba mengukuhkan struktur ekonomi itu sendiri dan
kita telah lihat banyak pengumuman-pengumuman yang telah dibuat yang menjurus kepada
mengukuhkan kedudukan ekonomi negara, mengukuhkan kedudukan kewangan negara,
KITA TELAHPUN
ADA CSR, PASTIKAN KELANCARAN PELAKSANANNYA
“… dan cuba untuk mengurangkan defisit, pada
ketika yang sama, mempertahankan pertumbuhan ekonomi yang dijangka antara lima
(5) peratus hingga enam (6) peratus pada tahun depan”.
Melayani
soalan wartawan kanan akhbar NST di sini tentang projek-projek pembangunan yang
khusus yang bakal di terima oleh negeri Pahang menerusi Bajet 2015 ini kata
Dato’ Sri DiRaja Adnan;
“Itu tidak
penting. Saya tidak memandang daripada segi apakah sesuatu negeri itu dapat
banyak. Apa Pahang dapat? Apakah pengumuman-pengumuman projek yang akan
(Pahang) dapat…
“Memanglah, kalau
kita tadi rangkaian jalanraya nampak ditumpukan kepada Wilayah Persekutuan
(Kuala Lumpur), ibunegara. Kerana kita faham, ibunegara menghadapi masalah ‘traffic
jam’ dan sebagainya.
“Dan tidak ada
pengumuman besar mengenai rangkaian jalanraya di Pahang.
“Kita perlu
ingat bahawa, kita telahpun ada CSR – Central Spine Road, yang telahpun diluluskan
dan yang kita harapkan ialah, projek ini berjalan dengan lancar dan siap
mengikut jadual, Insya-Allah.
PERDANA MENTERI
LIHAT GAMBAR YANG LEBIH BESAR
“Dengan adanya
Central Spine Road itu maka dari Lipis sampai ke Raub, sampai ke Bentong,
sampai ke sempadan Negeri Sembilan di selatan; akan dihubungi oleh rangkaian
jalanraya yang saya difahamkan, ialah ‘dual carriageway’.
“Pada saya,
projek yang diumumkan tidak semestinya ditumpukan kepada satu-satu negeri.
Kerana Menteri Kewangan sebagai Perdana Menteri, melihat gambar yang lebih luas
lagi iaitu Malaysia”.
Kepada
soalan oleh wartawan sama tentang pembangunan wilayah menerusi pengwujudan koridor-koridor
tertentu khususnya Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang turut melibatkan
negeri ini katanya;
“Rangkanya sudah
ada iaitu menggunakan pendekatan ‘koridor’ – Sabah, Sarawak, utara kemudian di
timur. Yang penting ialah, Kerajaan perlu menyalurkan bantuan kewangan
seterusnya supaya semua ini dapat dilaksanakan.
“Saya baharu
semalam mempengerusikan Mesyuarat ECERDC (Negeri) dan kita perhatikan, kebanyakan
projek telah disenaraikan dengan peruntukan kewangan dari Kerajaan Persekutuan,
telah dapat dilaksanakan.
PAHANG’S WISH
LIST
“Dan, kita ada
beberapa senarai yang boleh kita sebutkan sebagai ‘wish list’, yang telahpun
dikemukakan dan kita harap dapat dilaksanakan. Dengan demikian, sikit-sebanyak
kalau diperhatikan di wilayah pantai timur juga, akan dapat banyak peruntukan.
“Kita mesti
ingat, apa yang disebutkan dalam Bajet (2015) tadi adalah untuk tahun 2015.
Peruntukan dan juga rancangan pembangunan sebelum 2015, kita ambil contoh 2013,
2014 – sedang dalam proses pelaksanaan.
“Yang penting
ialah untuk kita menggunakan peruntukan yang ada dan melaksanakan projek
sepenuhnya.
“Kita jangan
perhatikan seolah-olahnya Bajet 2015 inilah satu-satunya bajet, bukan. Ianya
untuk 2015 tapi bajet sebelum itu – 2013, 2014, dan yang akan datang, 2016
sebagainya, akan diteruskan dan saya percaya negeri Pahang dan mana-mana negeri
dalam Malaysia, tidak akan ketinggalan.
“Yang penting
ialah untuk kita beri kerjasama, sokongan kepada Perdana Menteri untuk pastikan
dasar fiskal yang betul supaya dapat menguranghkan defisit dan pada ketika yang
sama, kita dapat tentukan pertumbuhan ekonomi kita yang mampan, itu yang
mustahak”.
– Khabar