– penyelaras kerja-kerja penyelenggaraan utiliti
supaya lebih teratur, cekap dan berkesan, demi kesejahteraan rakyat.
Selain diberi
tanggungjawab membangunkan Pangkalan Data Infrastuktur Utiliti Negeri ini.
SEMPURNAKAN 'GIMMICK' PERASMIAN... Dato' Sri DiRaja Adnan kelihatan tersenyum-riang selepas menyempurnakan 'gimmick' perasmian.
Antara yang turut kelihatan (dari kiri ke kanan) ialah Dato' Norul; Dato' Sri Wan Rosdy; Dato' Sharifah Fatimah; Encik Nur Iskandar; dan Dato' Abdul Rahman.
SILK BALLROOM,
SULTAN AHMAD SHAH INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE (SASICC), KUANTAN – Menteri Besar
Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob merasmikan pelancaran Koridor Utiliti Pahang,
serta, Seminar Pengurusan Koridor Utiliti dan Pembangunan Pangkalan Data Utiliti
Negeri Pahang pagi Selasa, 26 April di sini.
Pelancaran
ini khususnya Koridor Utiliti Pahang, tidak akan menyebabkan apa-apa kos
tambahan dikenakan ke atas rakyat; sebaliknya ditanggung oleh pengendali
utiliti yang sedia ada sendiri.
Antara
yang turut hadir ialah Pengerusi, Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran
Negeri, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail; Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri – Dato’ Norul Azali Sulaiman dan Dato’ Johari Husin;
Pengarah
Eksekutif, Pahang Teknologi Resources Sdn Bhd (PTR), Dato’ Sharifah Fatimah
Syed Omar yang juga, Pengerusi, KUP; Ahli Lembaga Pengarah PTR, Dato' Abdul Rahman; Pengarah, Jabatan Ukur dan Pemetaan
Malaysia (JUPEM) Negeri, Dato’ Sr Mohamad Yunus Md Yusof; dan, Ketua Pegawai
Eksekutif KUP, Encik Nur Iskandar Othman.
Menurut
maklumat yang disediakan, Koridor Utiliti Pahang diuruskan oleh Koridor Utiliti
Pahang Sdn Bhd (KUP) – jalinan usahasama antara syarikat milik Kerajaan Negeri,
Pahang Technology Resources Sdn Bhd (PTR) dengan Asia Debut (Pahang) Sdn Bhd.
DALAM UCAPAN LUAR TEKS 11-MINITNYA...
JANGAN GAGAL
URUS INFRASTRUKTUR UTILITI
Berperanan
sebagai penyelaras kerja-kerja penyelenggaraan utiliti supaya lebih teratur,
cekap dan berkesan, demi kesejahteraan rakyat; KUP juga bertanggungjawab untuk membangunkan
pangkalan data infrastuktur utiliti negeri ini.
Pahang
sebagai sebuah negeri yang menuju ke arah status negeri maju, antara cabarannya
ialah dalam hal pengurusan infrastruktur utiliti dengan sebaik-baiknya yang
jika gagal, boleh menyumbang kepada pelbagai masalah seperti;
Kerosakan
infrastruktur awam (misalnya, permukaan jalan, sistem perparitan dan lanskap);
serta, gangguan lalulintas khususnya semasa kerja pemasangan atau kerja-kerja
pembaikian kerosakan kepada infrastruktur utiliti sedia ada (seperti, paip
pecah dan kabel putus).
“Secara amnya,
kegagalan pengurusan infrastruktur utiliti boleh menyumbang kepada pelbagai
masalah yang akhirnya, akan mengganggu kesejahteraan rakyat,” demikian menurut
maklumat berkenaan.
Bagi
menangani soal kegagalan pengurusan infrastruktur utiliti inilah, Kerajaan Persekutuan
menerusi agensi-agensi seperti Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), dan,
Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung (JPBD), telah berusaha merangka
pelbagai garis panduan dan ketetapan.
SESI FOTO BERKUMPULAN...
PERLU LAKUKAN
PEMETAAN BAWAH TANAH
Misalnya,
di bawah usaha JPBD, satu Garis Panduan Perancangan Laluan Kemudahan Utiliti (GP006-A)
telah diluluskan oleh mesyuarat Jemaah Menteri pada 20 April 2012.
Garis
Panduan itu antara lain menetapkan; setiap kerja pemasangan utiliti perlu
dilakukan pemetaan bawah tanah; pemetaan laluan utiliti pula mestilah dibuat secara
digital;
Penggunaan
teknologi elektronik dan pengkomputeran dalam pengurusan, perancangan,
pembinaan dan penyelenggaraan; dan, pelantikan agensi penyelaras di peringkat
negeri bagi menjalankan tugas-tugas penyelarasan, pemantauan, dan, penyimpanan pangkalan data.
Dibawah
usaha JUPEM pula, mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) ke-68
pada 18 september 2014, telah bersetuju dengan Garis Panduan Pelaksanaan Pengukuran
Ke atas Jajaran Utiliti Bawah Tanah Semasa Pemasangan.
Garis
Panduan ini pula menetapkan antara lainnya - semua kerja pemasangan utiliti
perlu ada pemetaan utiliti bawah tanah yang dijalankan oleh juru ukur
bertauliah dan dijadikan syarat dalam kelulusan merancang; dan, pemetaan
utiliti yang diambil perlu diserahkan kepada JUPEM untuk disimpan.
PARA HADIRIN SEKELIAN... Sedang mengikuti penuh minat, ucapan luar teks 11-minit yang disampaikan oleh Menteri Besar di atas pentas.
PASTIKAN
PELAKSANAAN KETETAPAN GARIS PANDUAN
Bagi
memastikan keberkesanan Garis Panduan-Garis Panduan yang dirangka ini, menurut
maklumat yang sama, Kerajaan Negeri bersetuju melantik PTR sebagai penyelaras
utiliti negeri maka, tertubuhlah KUP.
Fungsinya
ialah untuk memastikan pelaksanaan ketetapan Garis Panduan yang berkaitan; menguruskan
permohonan, pemberian permit dan sijil sempurna kerja secara atas talian bagi
menjamin kelancaran dan ketulusan keseluruhan proses;
dan,
untuk membangunkan pangkalan data utiliti negeri pahang serta menjalinkan
usahasama dengan JUPEM bagi urusan penyimpanan data.
Menurut
maklumat itu lagi, antara masalah utama berkaitan pemasangan infrastruktur utiliti
selama ini ialah kerja-kerja penurapan permukaan jalan oleh kontraktor yang
dilantik oleh pemilik infrastrutkur iaitu syarikat utiliti sedia ada.
Dengan
mengambil contoh pelaksanaan di Bandaraya Kuala Lumpur, menurut maklumat itu, Kerajaan
Negeri melalui penyelaras PTR, akan melantik kontraktor turapan yang
berkelayakan, dengan memberi keutamaan kepada kontraktor tempatan.
MAMPU JANA
EKONOMI HINGGA RM80 JUTA SETAHUN
PTR
mengunjurkan kira-kira 200 usahawan (kontraktor) akan dilantik di seluruh
negeri pahang bagi menjalankan kerja-kerja penurapan jalanraya. Keseluruhan
penjanaan ekonomi bernilai RM40 juta setahun (1,000 KM x RM40,000/KM).
Bagi
memastikan pemetaan utiliti bawah tanah dijalankan dengan baik untuk diserahkan
kepada JUPEM; PTR juga akan bertanggungjawab melantik juru ukur bertauliah dan
berkemampuan menjalankan kerja-kerja pemetaan utiliti bawah tanah serta
integrasi dengan peta GIS (Geographical Information System) sedia ada.
PTR
mengganggarkan kira-kira 100 usahawan pemetaan utiliti bawah tanah akan
diwujudkan dengan janaan ekonomi, juga, kira-kira RM40 juta setahun (2,000 KM x
RM20,000/KM).
“Kerajaan Negeri
berharap, PTR dengan rakan pelaksana mereka, KUP; akan berjaya menjalankan
tugas dan peranan mereka dengan efisien, amanah dan penuh integriti.
“Dalam masa yang
sama diharapkan, agensi-agensi Kerajaan di negeri ini termasuklah Pihak-pihak Berkuasa
Tempatan (PBT), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS);
akan dapat memberikan kerjasama penuh kepada PTR dan KUP dalam menjayakan
fungsi dan peranan mereka, insya-Allah,” menurut maklumat berkenaan. – Khabar