Wednesday 8 June 2016

KDYTM Tengku Mahkota berbuka puasa bersama kakitangan dan pelajar UMP


SUMBANGAN RAYA... KDYTM Tengku Mahkota kelihatan berkenan menyerahkan sumbangan kepada mereka yang berkenaan. 


DATARAN AKTIVITI PELAJAR, UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP), PEKAN – KDYTM Tengku Mahkota Pahang yang diiringi KDYTM Tengku Puan Pahang, telah berkenan mencemar duli berbuka puasa bersama-sama kira-kira 4,000 kakitangan dan pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) petang Rabu, 8 Jun di sini.

Baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) turut berkenan menyampaikan sumbangan RM200 seorang kepada 106 pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar UMP sendiri; pelajar-pelajar maahad tahfiz dan pelajar-pelajar sekolah sekitar Pekan.

Keberangkatan KDYTM Tengku Mahkota dan isteri, KDYTM Tengku Puan Pahang, turut diiringi oleh anakanda-anakanda lelaki - YM Tengku Amer, YM Tengku Hassanal, dan, YM Tengku Iskandar.

Yang turut hadir ialah Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob, Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Dato’ Sri Mohd Hilmey Mohd Taib; Pengarah Urusan, Kumpulan Utusan, Dato' Mohd Nordin Abbas; dan, Naib Canselor UMP Prof  Dato’ Dr Daing Nasir Ibrahim.

Baginda juga kemudian berkenan mengedarkan bubur lambuk yang dimasak secara gotong-royong oleh para kakitangan dan pelajar UMP, kepada orang ramai. 

SESI FOTO DENGAN ANAKANDA... KDYTM Tengku Mahkota dan KDYTM Tengku Puan berfoto dengan dua anakanda.  

SESI FOTO BERKUMPULAN... KDYTM Tengku Mahkota turut berkenan berfoto kumpulan dengan antara lain Dato' Sri DiRaja Adnan, Dato' Sri Mohd Hilmey (kanan sekali), Dato' Mohd Nordin (dua dari kanan), dan, Prof Dato' Dr Daing Nasir.   

KEAKRABAN KEKAL TERSERLAH SESAMA UMARA' KITA... Kelihatan KDYTM Tengku Mahkota sedang tekun mendengar sesuatu yang dipersembah-bisikkan oleh Dato' Sri DiRaja Adnan.   

MASA UNTUK MENJAMU JUADAH BERBUKA... Inilah sebahagian daripada 4,000 kakitangan dan pelajar UMP yang menyertai majlis berbuka puasa petang Rabu ini. – Bernama/Khabar