Arah mereka - yang turut disertai oleh Dato' Shamsun Baharin; dari perkarangan RTC Kuala Pahang ini ialah ke Kemaman, Terengganu.
PERKARANGAN,
PUSAT TRANSFORMASI LUAR BANDAR (RTC), KUALA PAHANG, PEKAN – Kerajaan
Negeri terus menunjukkan komitmen dalam memerangi gejala rasuah dengan ketetapan
kepemimpinannya menjadi ahli Sahabat Gerakan Revolusi Anti Rasuah (GERAH).
“Ini peringkat
kita dulu (Kerajaan Negeri yakni Menteri Besar serta ahli-ahli MMK),” kata Menteri
Besar, Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob pada persidangan media sempena Majlis
Pelepasan Kembara Jelajah Anti Rasuah (KEJAR) ’17 pagi Khamis, 21 September, di
sini.
“Lepas ini kita
minta semua kakitangan Kerajaan (menjadi ahli Sahabat GERAH) pula,” katanya pada
majlis anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang turut
dihadiri oleh Ketua Pesuruhjaya, Tan Sri Dzulkifli Ahmad.
Sebagai
latar belakang, SPRM lancarkan Sahabat GERAH pada Ogos lepas bermatlamat
memberi peluang kepada masyarakat untuk sama-sama terlibat dengan agensi
penguatkuasa itu demi usaha pencegahan dan memerangi rasuah secara
habis-habisan.
Yang
dengan itu juga, Sahabat GERAH akan berperanan sebagai ‘mata dan telinga’ SPRM
dengan melaporkan sebarang perlakuan rasuah, menyumbang tenaga serta menjadi ‘role
model’ individu berintegriti kepada masyarakat.
JANGAN HULUR,
JANGAN ‘KOWTIM’, JANGAN ‘SETTLE’
“Tan Sri Dzul
kata, ‘target’ 100,000 (ahli Sahabat GERAH) hingga akhir tahun ini yang kata ‘orang
putih’, ‘modest’, jangkaan yang paling minimalah, merendah diri,” kata Dato’ Sri
DiRaja Adnan dan menambah betapa pada realitinya, “InsyaAllah, mungkin dapat capai lebih 100,000 (ahli)”.
Lanjutan
itu katanya, kakitangan Kerajaan – sama ada peringkat Negeri mahupun
Persekutuan, akan turut diminta menjadi ahli Sahabat GERAH yang jumlah
keseluruhan ialah 68,000 orang (termasuk 12,800 kakitangan peringkat negeri) di
negeri ini.
Apabila
Tan Sri Dzulkifli mencelah dan mengakui betapa keahlian Menteri Besar dan
Kerajaan Negerinya dalam Sahabat GERAH ialah antara yang terawal, Dato’ Sri DiRaja
Adnan bekata;
“(Ia
membuktikan) kita serius. Sebab rasuah ini menyebabkan ketidak adilan. Patut
orang itu dapat (tapi) tak dapat sebab dia tak rasuah, sebab dia tak hulur, tak
‘kowtim’, tak ‘settle’”.
Beliau
seterusnya mengucapkan tahniah kepada kepimpinan dan kakitangan SPRM kerana
usaha-usahanya demi mencegah rasuah dan penyalah gunaan kuasa yang sudah
kelihatan membuahkan hasil.
PERTAMA KALI, SPRM MEMPUNYAI BENDERA TERSENDIRI... Dato' Sri DiRaja Adnan memperkatakan sesuatu tentang bendera SPRM ini sambil Tan Sri Dzulkifli dan Dato' Alias membantu merentangkan bendera ini.
KEHADIRAN SPRM
YANG DIALU-ALUKAN
“Saya berpendapat,
prestasi yang ditunjukkan oleh SPRM ini melebihi KPI yang telah ditetapkan. Dan,
yang paling utama SPRM telah dapat meletakkan SPRM itu dalam hati dan fikiran
rakyat.
“Apabila SPRM
dapat merakyatkan SPRM itu sendiri bermakna rakyat sedar akan adanya SPRM (yang
dengan itu), mereka akan sedia membantu SPRM.
“Dan apabila
rakyat sudah membantu maka gejala rasuah dan penyalah gunaan kuasa ini kalaupun
tidak dapat dihapuskan 100 peratus, akan dapat dikurangkan dengan kadar yang
begitu tinggi sekali,” katanya lagi.
“Saya ingin
mengucapkan tahniah sekali lagi kepada SPRM dan saya doa, mereka akan berjaya menjalankan
tugas dan mereka akan menjalankan tugas dengan adil dan saksama dan Allah Taala
akan melindungi mereka atas usaha-usaha mereka.
“Kita mengalu-alukan
dan kalau ada apa-apa hal yang terpaksa SPRM masuk dan jalankan tugas di negeri
Pahang ini, kita alu-alukan, insyaAllah,” katanya lagi.
KETEGASAN DALAM KELEMBUTANNYA... Dato' Sri DiRaja Adnan sedang menyampaikan ucapan luar teks 19-minitnya pada majlis pagi Khamis ini.
KEHADIRAN
Selain
Tan Sri Dzulkifli; yang turut hadir pada majlis ringkas tetapi meriah pada pagi
Khamis ini ialah Yang Dipertua, Dewan Undangan Negeri, Dato’ Sri Ishak Mohamad;
Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail;
Ahli
MMK Negeri, Dato’ Abu Bakar Harun; Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Indera Roslan
Harun; kedua-dua Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM – Dato’ Mohd Jamidan Abdullah dan
Dato’ Shamsun Baharin Mohd Jamil, Pengarah SPRM Negeri, Dato' Alias Salim; dan Pegawai Daerah Pekan, Dato’ Ali Syahbana
Sabaruddin.
BERSENDA-GURAUAN SEBELUM PERSIDANGAN MEDIA...
– Khabar
BERSENDA-GURAUAN SEBELUM PERSIDANGAN MEDIA...
– Khabar