Bread and butter
issues are rakyat’s top concerns, not 1MDB, says Pahang MB
SPEAKING HIS MIND... Dato' Sri DiRaja Adnan is seen behind the rostrum, delivering his 21-minute keynote address entitled, The Role of Higher Education in Sustainable Development - Poverty Alleviation Programmes.
PUTRA
WORLD TRADE CENTRE (PWTC), KUALA LUMPUR – Bread and butter issues like
the rising cost of living, unemployment among graduates and affordable housing
remain top concerns of the rakyat, said Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob.
“The
1Malaysia Development Berhad (1MDB) issue and the issue of the RM2.6 billion
mean nothing to them,” he said during a press conference
after delivering his keynote address at the OIC Higher Education Conference
2017 here, Wednesday, September 20.
The Pahang Menteri Besar, as reported by a local daily – the Star,
also said that he was aware that the Opposition was exploiting the 1MDB issue
and the Goods and Services Tax (GST).
Dato’ Sri DiRaja Adnan added that the revenue collected from GST
was used to provide 1Malaysia People’s Aid (BR1M) while helping the Government
cushion the impact of the loss of revenue due to a sharp drop in global oil
prices.
REVIEWING
EDUCATION POLICY
He also said the lack of inculcating good values and civic
consciousness in education was among the reasons for youths committing crimes,
as shown from the recent fire at the Darul Quran Ittifaqiyah Tahfiz which claimed
23 lives.
Akhbar Berita Harian pula melaporkan, Dato’ Sri DiRaja Adnan turut
berkata, tawaran
kursus di Institut Pengajian Tinggi (IPT) perlu selari dengan keperluan tenaga
kerja di pasaran demi memastikan graduan mendapat kerja mengikut bidang
kebolehan mereka.
Menurutnya,
perkara itu perlu diambil kira dalam usaha melahirkan tenaga kerja mahir yang
melangkaui semua bidang tidak kira ekonomi, sains, pertanian atau
perladangan.
SIKAP SIVIK YANG
PERLU DIPERBETULKAN
“Sebab itu
sistem pendidikan tinggi kita mesti diperhalusi supaya bidang pengajian yang
ada di universiti perlu memenuhi kriteria dan selari dengan peluang pekerjaan
yang ditawarkan di pasaran,” katanya.
Beliau
juga berkata, kualiti kurikulum termasuk pendidikan agama mesti diperhalusi
semula dengan memberi penekanan lebih kepada aspek membentuk sahsiah diri
berkualiti serta memiliki nilai sivik tinggi.
“Contoh dalam
insiden (kebakaran) di pusat tahfiz baru-baru ini, ia membangkitkan
persoalan mengenai bagaimana sistem pendidikan kita berperanan. Apakah pelajar
kita sekarang mempunyai sikap (sivik) tinggi untuk menghormati guru atau orang
yang lebih dewasa, seperti mana diajar orang-orang tua kita dulu.
“Saya akan bawa
perkara ini untuk dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO akan datang
supaya ia diperhalusi,” katanya.
Mengenai
penganjuran persidangan ini, Dato’ Sri DiRaja Adnan berkata, ia penting bagi
membolehkan kerangka pendidikan tinggi dalam dunia Islam atau OIC, dapat
disatukan.
‘PLATFORM’
PENYATUAN/KERJASAMA
Beliau
berkata, kerjasama dijalin bukan sahaja meliputi program pertukaran pelajar dan
pensyarah, namun lebih luas lagi termasuk berkaitan perkongsian teknologi dan
kemajuan serta hasil kajian.
“Persidangan ini
menjadi ‘platform’ bagaimana universiti dalam dunia Islam boleh bersatu dan
bekerjasama. Di sinilah tempatnya mereka berkongsi idea dan kepakaran bagaimana
jalinan kerjasama akademik itu dapat dirangka, yang akhirnya akan memberi
manfaat bukan sahaja kepada universiti, malah negara itu,” katanya.
Yang
turut hadir ialah Setiausaha Agung Persatuan Universiti Arab (AArU), Jordan,
Prof Dr Sultan T.Abu Orabi; Pengarah Urusan Pertubuhan Pendidikan Islam,
Saintifik dan Budaya (ISESCO), Dr Abdulaziz Othman Altwaijri;
Ketua
Pegawai Eksekutif, Pusat Perniagaan Antarabangsa OIC yang juga Pengerusi Muslim
World BIZ Ke-8, Encik Muhammad Raja Talib Raja Mohamad Abdullah; serta,
Ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri – Dato’ Shafik Fauzan Sharif dan Dato’ Norol
Azali Sulaiman. – Khabar