“Dengan
mengatakan kita bersetia dengan Presiden, taat dengan Presiden dan taat-setia
ini adalah juga termasuk mematuhi, mematuhi keputusan Presiden dalam menentukan
calon-calon yang akan bertanding dalam PRU ke-14 ini,” kata Dato’ Sri DiRaja
Adnan.
AKSI SEORANG PEMIMPIN... Foto ini dirakam semasa temubual petang Rabu.
NOTA
EDITOR;
Bersempena
Perhimpunan Agung UMNO (PAU) tahun ini yang bermula Selasa, 5 Disember
hinggalah Sabtu, 9 Disember di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur,
Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob sekali lagi diminta oleh pihak
media untuk mendapatkan temubual khas dengannya bagi bercakap mengenainya.
Untuk
tidak menghampakan mereka, permintaan daripada wartawan daripada akhbar-akhbar
Utusan Malaysia, Berita Harian, New Straits Times (NST), dan Harian Metro dipenuhi dengan temubual
tersebut diadakan pada petang Rabu, 29 November selepas selesai Dato’ Sri
DiRaja Adnan mempengerusikan mesyuarat mingguan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK)
Negeri di Bilik Mesyuarat, Tingkat 6, Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur,
Kuantan.
Berikut
ialah artikel ringkas disusuli sepenuhnya dalam bentuk ‘verbatim’, hasil
daripada temubual berkenaan.
RUANG REHAT,
TINGKAT 6, KOMPLEKS YAYASAN PAHANG, TANJUNG LUMPUR, KUANTAN – Tingkatkan
semangat kesepaduan antara sesama ahli parti UMNO dan bersetialah serta beri
sokongan tidak berbelah-bahagi kepada Presiden, Dato’ Sri Mohd Najib Abdul
Razak.
Inilah
antara yang ditegaskan oleh Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob agar
dapat diterapkan oleh para perwakilan bersempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) kali
ini yang akan berlangsung minggu depan.
“Pertama sekali,
semua perwakilan UMNO termasuk sayap-sayap, mesti menunjukkan kesepaduan. Yang
pentingnya, semangat itu mesti ditingkatkan.
“Sebab, untuk
menghadapi PRU, semangat itu mesti tinggi. Kalau pada mulanya semangat sudah
tidak ada maka kita akan menghadapi masalah untuk menggerakkan jentera di
peringkat bawah,”
katanya.
“Yang keduanya,” menurutnya, “… kesemua perwakilan yang melambangkan
UMNO itu sendiri, mesti menunjukkan kesetiaan dan sokongan yang tidak
berbelah-bahagi kepada Presiden parti. Dan sokongan ini boleh dilahirkan
melalui ikrar dalam ucapan-ucapan oleh wakil-wakil negeri dan juga sayap-sayap”
.
AMBIL ENDAH DAN AMBIL BERATNYA TERHADAP GOLONGAN YANG MEMERLUKAN...
TAAT LALU AKUR KEPADA
PEMILAHAN CALON
“Dengan
mengatakan kita bersetia dengan Presiden, taat dengan Presiden dan taat-setia
ini adalah juga termasuk mematuhi, mematuhi keputusan Presiden dalam menentukan
calon-calon yang akan bertanding dalam PRU ke-14 ini,” katanya lagi.
Berikut
disiarkan sepenuhnya hasil temubual tersebut;
#
Sebenarnya, PAU ini adalah satu perkara biasa. Termaktub dalam Perlembagaan
UMNO, kita kena adakan setiap tahun sekali. Tetapi, PAU kali ini dia berbeza
sedikit dan ada ‘significant’nya tersendiri.
Pertama,
ia merupakan PAU sebelum PRU ke-14. Dan yang keduanya, oleh sebab ianya PAU
sebelum PRU ke-14, ianya mesti menunjukkan sesuatu yang luar biasa sebagai
persiapan menghadapi pilihanraya.
Pertama
sekali, semua perwakilan UMNO termasuk sayap-sayap, mesti menunjukkan
kesepaduan. Yang pentingnya, semangat itu mesti ditingkatkan. Sebab, untuk
menghadapi PRU, semangat itu mesti tinggi. Kalau pada mulanya semangat sudah
tidak ada maka kita akan menghadapi masalah untuk menggerakkan jentera di
peringkat bawah.
SALURKAN PERUNTUKAN DARIPADA MB KEPADA YANG MEMERLUKAN... Inilah contoh bagaimana peruntukan yang disalurkan kepada wakil rakyat telah digunakan demi kebajikan golongan memerlukan.
Foto ini menunjukkan wakil rakyat, Dato' Mustapha Long (BN - Padang Tengku) sedang menyampaikan sumbangan kepada adik Nur Syahira Shamsuddin, 11, yang menghidap penyakit jantung berlubang semasa kunjungan Dato' Mus ke rumah keluarga adik ini di Kampung Kechau Tui, dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Padang Tengku, Lipis pada petang Khamis, 30 November ini.
BAJET TERBAIK DALAM SEJARAH
Yang
keduanya, kesemua perwakilan yang melambangkan UMNO itu sendiri, mesti
menunjukkan kesetiaan dan sokongan yang tidak berbelah-bahagi kepada Presiden
parti. Dan sokongan ini boleh dilahirkan melalui ikrar dalam ucapan-ucapan oleh
wakil-wakil negeri dan juga sayap-sayap.
Dengan
mengatakan kita bersetia dengan Presiden, taat dengan Presiden dan taat-setia
ini adalah juga termasuk mematuhi, mematuhi keputusan Presiden dalam menentukan
calon-calon yang akan bertanding dalam PRU ke-14 ini.
Dan
pada ketika yang sama saya juga berpendapat, wakil-wakil setiap negeri, setiap
sayap, mesti membahaskan perkara-perkara yang nampak kontroversial, Nampak
kontorversial yang menjadi isu, mesti diperbahaskan secara terbuka, dengan
mempertahankan Presiden, juga Kerajaan.
Contoh
isu 1MDB, contohnya BR1M yang dikatakan sebagai merasuah rakyat, dan kemudian
itu oleh sebab Bajet kali ini pada pegalaman saya – daripada muda saya
mengikuti Bajet, daripada zaman mendiang Tun Tan Siew Sin,
Kemudian
tu Allahyarham Tun Abdul Razak, kemudian itu Allahyarham Tun Hussein, Tun
Mahathir, Tun Abdullah sehingga Dato’ Sri Najib sekarang ini, saya berpendapat,
ini Bajet yang terbaik dalam sejarah negara kita.
GUNAKAN KEKUATAN
BAJET 2018, TUNJUKKAN KERAJAAN PRIHATIN
Maka
kita kena gunakan kekuatan Bajet ini untuk menunjukkan bahawa Kerajaan
prihatin. Saya berpendapat, projek-projek besar tidak perlu dibincangkan
sangat. Tapi, segala peruntukan, segala rancangan untuk membantu
golongan-golongan tertentu – petani, penternak, nelayan, pelajar, orang miskin;
Mesti
dibincangkan dan diutarakan untuk menunjukkan bahawa UMNO adalah sebuah parti yang
prihatin terhadap kehendak rakyat.
Begitu
juga isu GST. Pembahas-pembahas mestilah membincangkan GST ini dengan mengambil
pendekatan menunjukkan bahawa GST ini – selain daripada pendapatan dari cukai
pendapatan, ia (GST) merupakan penyelamat kepada Belanjawan Negara. Ini kita
kena tekankan.
Dan
dalam bahasa yang mudah kita boleh beritahu bahawa, dengan GST inilah, kita
gunakan duit itu untuk membayar gaji anak, isteri, suami, pak saudara, mak saudara,
tok, nenek yang berkhidmat dengan Kerajaan terutamanya, seperti polis, tentera,
kerani, ADO, pegawai eksekutif sebagainya dalam jabatan Kerajaan; inilah
gunanya duit yang kita kutip dari GST.
#
Ya, kita ada wakil yang akan berbahas, bercakap nanti. Antara perkara kita akan
‘highlight’kan, inilah dia. Kita akan tunjukkan bagaimana GST itu penting.
Bagaimana 1MDB kalau tidak dikacau oleh sesiapa boleh menjadi satu syarikat
Kerajaan yang besar, boleh mendatangkan keuntungan dan lain-lain perkara yang
kontroversi , kita akan jawab secara logik.
BOLEH BINCANG
ISU KONTROVERSI TAPI TETAP PERTAHANKAN KERAJAAN
Kita
akan ‘guide’ wakil UMNO Negeri Pahang nanti untuk bercakap. Wakil Negeri Pahang
akan bercakap, membincangkan isu-isu yang kontroversi dan pada ketika yang sama
akan mempertahankan parti dan Kerajaan.
UMNO
daripada dulu sudah, cakap bodek-bodek ini tak ada dalam Perhimpunan Agung UMNO
ini. Ada seorang (bekas) Menteri beritahu saya, dia lebih rela bercakap di
United Nations General Assembly daripada bercakap pada ‘UMNO Assembly’.
Ada
seorang bekas Menter beritahu saya. Sebab, dia menggambarkan, General Assembly
UMNO ini terbuka. Dan dia tak ada ‘apple polishing’, tak ada. Bodek-bodek ini
tak ada.
#
‘You mean State’s issues? We don’t have much issues anyway. Not in Pahang, we
don’t have many issues. Issues are more focused on the central government. Not
here. 1MDB, RM2.6 billion, GST – these are non issues in Pahang.
‘Issues
in Pahang revolve around assistance to the needy – the fishermen, farmers and
also penternak (breeders). Di Pahang ini, ‘practically’ tak pernah timbul. Kita
buat kajian sedikit-sebanyak, 1MDB ini jatuh nombor 17. Nombor 1 ialah kos sara
hidup, nombor 2, ‘unemployed graduates’, nombor 3, ‘housing’. Itu sahaja.
PADA SESI TEMUBUAL PETANG RABU... Selain Dato' Sri DiRaja Adnan; yang turut kelihatan dalam foto yang dirakam oleh jurufoto Utusan Malaysia, Sdr Mahathir Ali ini ialah; (menurut putaran jam) Sdr Amin Ridzuan Ishak (Berita Harian),
Sdr Mohd Shariza Abdullah (Utusan Malaysia), Sdr Azam (berdiri, dari portal berita Pahang-ku), Sdr Hidir Reduan (NST), Sdr Fauzi (Harian Metro), Sdr Amir Rozaini Abd Rani (Pahang-ku), dan Sdr Zulkepli Osman (jurufoto NST).
‘MORE OF BREAD
AND BUTTER ISSUES’
1MDB,
RM2.6 billion – nombor 17, nombor 18. Bila saya sebut 17, 18 saudara-saudara
ketawa ingat saya main-main. ‘No, no, no… it’s number 17, number 18’.
‘Bread
and butter issues’. What they can put on the table for their family. Probably
about security, safety – that’s about all.
‘Probably
in Pahang at one time, it was the bauxite issue but now, no more an issue. Almost
settled.
‘Ya,
I don’t want to play the blame game. But then you got to remember, all the
agencies are under the Federal Government – JMG, Police, Customs, JPJ… Only one
is under the State Government that is PTG.
‘So,
once the Federal Government stepped in, now you can see the problem almost
solved’. Even Andansura (wakil rakyat pembangkang dari Beserah) kata dalam
Dewanpun, kawasannya cukup bersih dah sekarang.
‘It
is the question of attitude. If their attitude was right from the very
beginning, this could have been a very lucrative and is a good industry which
provide job opportunities to the lorry dirvers, to many people.
‘HAVE NO REGRETS’
‘But
since they squandered the chance – they misused, abused the freedom given by
the State Government, so the Federal Government got to step in. And that’s the
result.
‘But
whatever it is, I don’t have any regrets. I must thank the Federal Government
for stepping in to resolve the problem.
‘In
many forum’, saya banyak bercakap – dalam MKT, Biro Politik; saya sentiasa
mengenengahkan tiga (3) isu utama tadi iaitu kos sara hidup, kemudian itu
siswazah menganggur dan masalah perumahan.
Di Pahang ini, kita cuba selesaikan masalah perumahan. Walaupun dalam PRU Ke-13, dalam manifesto kita janjikan kita akan bina 15,000 unit rumah mampu milik tapi kini telah bina pada semua peringkat, 35 hingga 37,000 unit.
Tapi
sayang sekali, kebanyakannya tidak dapat dimiliki kerana pemohon-pemohon tidak
dapat pinjaman bank. Sekarang ini, terpulang kepada, bergantung kepada Kerajaan
Persekutuan mungkin untuk mewujudkan dana khas sebagainya. Atau seperti yang
pernah diumumkan oleh YB Tan Sri Noh Omar, kaedah sewa-beli.
PERLU WANG UNTUK
BERGERAK
Dan
saya telah bertanya pihak yang mahir dengan urusan ‘banking’ termasuk Tan Sri
Wahid Omar. Semua pihak menyatakan memang bank suka beri pinjaman tetapi
setelah diselidiki, pendapatan, potongan oleh setiap pemohon itu didapati,
mereka tidak mampu untuk membayar balik pinjaman berkenaan. Itu sebab mereka
tidak diberi kelulusan untuk mendapatkan pinjaman perumahan.
Ini,
saya ingat, pihak ‘Federal Government’lah ‘tackle’. Kita dah siapkan rumah,
terpulang kepada Kerajaan Persekutuan untuk menentukan ‘mechanism’ bagi
membolehkan mereka ini membeli rumah.
#
Pilhanraya beginilah. Setiap kali pilihanraya, kita memang bersiap-siaga.
Jangan risaulah – dengan ‘war room’nya, dengan jentera, memang. Ia tunggu
‘whistle’ bunyi. ‘Whistle’ berbunyi dan ini, ini, ini, ini, ini… (sambil
‘gesture’ dengan jarinya menandakan wang). Itu sahaja…
Ada
sikit-sebanyak. Walaupun pembangkang, mereka menggunakan, perlukan kewangan
juga. Kita perlukan kewangan untuk bergerak.
Dan
kita di Pahang ini sebenarnya, kita bersiap-sedia pada setiap masa untuk
menghadapi pilihanraya ini.
EMPAT (4) KALI
KETUAI PRU, LIMA (5) KALI KETUAI PRK
Yang
ini bukan kali pertama. Saya sendiri telah empat (4) kali mengetuai Pilihanraya
Umum, lima (5) kali Pilihanraya Kecil (PRK). Dan parti sendiri telah berapa
kali? (Tahun 19)‘59, ‘64, ‘69, ‘74, ‘78, ‘82, ‘86, ‘90, ‘95, ‘99, 2004, 2008,
2013 – 13 pilihanraya.
Antara
(cara menunjukkan) kesetiaan ialah menerusi percakapan, pertuturan kita. Menerusi
isi perbahasan kita. Walaupun kita mengkritik apa yang dilakukan oleh Presiden,
tetapi akhirnya kita mesti mengatakan bahawa kita menyokong Presiden.
Kritikan
kita kalau ada, adalah untuk kebaikan. Bukan kritikan itu (untuk) menjatuhkan
Presiden. Dan Presiden mesti tahu – saya kenal beliau sejak 40 tahun yang lalu;
seorang yang ‘tolerant’, menerima kritikan, menerima pandangan.
Kadang-kadang
orang bercakap, nampak benci. Tapi kita ni bercakap nampak sayang.
Kadang-kadang orang bercakap, walaupun nampak nada baik, tapi sinis dan nampak
benci.
Tapi
kalau orang tu pandai pula bercakap – walaupun
dia nampak kasar, garang, bengis, macam biadap; tapi dia akhirnya
menampakkan kesetiaan dan juga sayangkan, kasihnya kepada Presiden parti. Itu
yang penting.
GOLONGAN ATAS
PAGAR MENINGKAT KEPADA 60-70 PERATUS
#
Yang saya tahulah, dahulunya golongan atas pagar yakni golongan yang tidak
menunjukkan pendirian yang boleh ke sebelah sana atau ke sebelah sini; dalam 15
peratus.
Tapi
sekarang ini, golongan ini telah meningkat kepada 60, 70 peratus. Dan
kebanyakannya ialah golongan muda.
Walau
apapun, yang pentingnya ialah ‘engagement’. Istilah orang sekarang ini –
keterangkulan. Kalau wakil-wakil rakyat dalam UMNO cawangan, bahagian, kalau
mereka mendekati golongan muda, ambil tahu keluhan mereka, selalu mengadakan
mungki permainan, perjumpaan dengan mereka, mendengar masalah mereka; mereka
akan ikut kita.
Sebenarnya,
pilihanraya ini ialah soal memenangi hati dan pemikiran rakyat. Jadi golongan
muda ini yang penting ialah untuk kita terus dekati dengan program-program kita
teruskan.
Dan
saya melawat kawasan – pusingan pertama saya fokuskan kepada membantu golongan
miskin. Yang kedua esok, saya akan fokuskan pula ‘engagement’ dengan
budak-budak muda, orang muda. Mungkin kita pergi bermain sukan dengan mereka,
mendengar masalah mereka. Mungkin mereka memohon pekerjaan, kita mengeluarkan
(surat) ‘recommendation’ sebagainya.
PENTINGNYA
KETERANGKULAN, ‘ENGAGEMENT’
Yang
penting keterangkulan. Engagement. Engagement itu penting tapi itulah, cara
kita pengisian itu. Cara kita bercakap. Kita punya ‘demeanour’, gerak-geri kita
macam mana. Itu amat penting.
Akhirnya,
‘bottomline’nya dia orang tengok sejauh mana mereka boleh mengharapkan
seorang-seorang itu untuk membantu kes dia. Sebab itu penting kita mendekati
mereka – selain mungkin kita bermain sukan sebagainya, kita mendengar masalah
mereka.
#
Itupun boleh. Ini, ianya tidak boleh menandingi ‘personal contact’.
Kadang-kadang online ni banyak bohong. Macam dalam Dewan, saya tak pernahpun
ajak pembangkang bertumbuk. Saya kata kalau nak keluarlah. Nak keluarpun
mungkin saya peluk dia, mungkin belanja (minum) kopi.
Lepas
itu bila saya minta maaf, sebagaimana biasa, saya biasa minta maaf, dengan Speaker,
Timbalan Speaker, ADUN yang saya agak terkasar sedikit; saya minta maaf, dia
orang kata selepas menimbulkan kekecohan, MB minta maaf. Dia pusing itu (jadi)
lain. Itu, biar dialah, tak apalah…
Yang
pentingnya kita pergi jumpa ke bawah, orang tahu siapa kita. Adakah kita boleh
membantu dia? Adakah kita benar-benar tidak memperdulikan sesiapa? Itu penting.
Akhir-akhirnya dia tahu siapa kita. Itu mustahak.
AGENDA PARTI,
KERAJAAN BANGUNKAN SEMUA MASYARAKAT
#
Kita menunggukan sedikit-sebanyak isi ucapan dari semua pemimpin termasuklah
pemimpin Puteri, Pemuda, Wanita, Timbalan Presiden tetapi penting sekali, ialah
ucapan dan amanat Presiden itu sendiri yang akan memberikan kita semangat,
menunjukkan keyakinan beliau menghadapi pilihanraya.
Apakah
visi dan misi beliau dalam membantu memperjuangkan rakyat, memperjuangkan
ugama, bangsa. Memperjuangkan semua kelompok masyarakat termasuk masyarakat
India, masyarakat Orang Asli. Ini masyarakat yang bileh dikatakan agak
terpinggir.
Yang
ini Perdana Menteri walaupun beliau Presiden parti, dalam Perhimpunan Agung
UMNO; beliau wajib, mustahak, mengenengahkan juga agenda parti dan juga
Kerajaan untuk membangunkan semua masyarakat Malaysia khususnya masyarakat
golongan minoriti seperti India dan juga Orang Asli.
Dan
yang pentingya, Presiden tunjukkan bahawa Kerajaan kita ini ‘tolerant’,
menerima teguran, dan kita tidak ambil beratlah kepada tuduhan-tuduhan yang
tidak berasas. Presiden kena tunjukkan bahawa, ini hanya membazir masa sahaja
untuk melayan ini semua.
Kita
mesti teruskan dengan fokus kita untuk membangunkan negara seperti Malaysia – negara
bukan besar tetapi pelbagai kaum dan ugama dan pada ketika yang sama, masyarakat
antarabangsa sedang bergolak dengan berbagai-bagai isu – ‘terrorism’lah,
ledakan maklumatlah, ‘globalization’… dan semua isu yang wajar kita tangani
dari masa ke semasa.
THE HARDWORKING
WAKIL RAKYAT OF UMNO/BN
#
‘Not only that. My wakil rakyat have been working very hard. In fact, based on
the report on the ground, they have been to the constituencies meeting people
every now and then.
‘And
as the Chief MinIster, Menteri Besar, I also have been giving them fixed
allocation for them to engage with the people. And that allocation is quite
big. And, as far as I am aware, only Pahang does that.
‘So
with the special allocation for them to use personally, in the sense that the accounting
is not so rigid; they can engage with the people. With the allocation that I gave,
they can solve most of the people’s problem – bus faires going to the hospital,
medical fees.
‘In
fact, with the money that I gave, they can solve almost every problems. So with
that, I hope the people will appreciate and with the wakil rakyat showing that
they are working hard, I think it is not that difficult for us to face the
General Election’. – Khabar