… kata Dato’ Sri
DiRaja Adnan tentang cadangan Kerajaan untuk memperkenalkan undang-undang
baharu bagi mengekang gejala penyebaran berita palsu
SATU UNTUK ALBUM... Dato' Sri DiRaja Adnan kelihatan sudi bersama-sama para peneroka/penerima suratan hakmilik tanah untuk dirakamkan foto secara berkumpulan dengan mereka.
PERKARANGAN,
DEWAN SEMAI BAKTI, RANCANGAN TANAH FELDA CHINI 3, PEKAN – Sambil
menyambut baik cadangan Kerajaan Pusat untuk memperkenalkan undang-undang
baharu bagi mengekang gejala penyebaran berita palsu terutamanya menerusi media
sosial;
Menteri
Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob yang ditemui wartawan tengah hari Isnin, 12
Februari di sini, menganggap usaha tersebut sebagai sesuatu yang sudah ‘long
overdue’, yang sepatutnya diperkenalkan lebih awal lagi.
“… rang
undang-undang ini – untuk mengekang berita palsu sebagainya, (sudah) ‘long
overdue’. Patut dulu lagi dah buat,” katanya sebagai reaksi kepada soalan
wartawan mengenai undang-undang yang hendak dirangkakan itu.
“Sebab, kalau
kita tengok, kita perhatikan ‘social media’ (sekarang) ini, macam-macam benda;
mengadu domba supaya orang berlainan ugama bergaduh, mengadu domba supaya berbagai-bagai
kaum (ber)salah faham satu sama lain, mengadu domba sesama masyarakat sendiri…
“Kita menyokong
sangat supaya setiap berita yang ditulis, dipertanggungjawabkan,” katanya lagi
pada persidangan media sempena Majlis Penyampaian Suratan Hakmilik Tanah bagi
peneroka-peneroka Rancangan Tanah Felda 3 dan 5.
SERAHAN KEPADA YANG KURANG UPAYA... Selain Dato' Sri DiRaja Adnan, yang turut kelihatan dalam foto ini ialah Dato' Sri Abu Bakar.
PERTANGGUNGJAWAPAN
“Kalau media ‘mainstream’,
media arus perdana – kalau dia orang salah lapor, sesiapa sahaja boleh menyaman
– menyaman akhbar, menyaman ‘reporter’, menyaman stesen tv yang mengeluarkan
berita tu.
“Tapi kalau
media sosial, semua orang boleh menjadi pemberita, macam mana? Jadi, kalau ada
undang-undang ini, sekurang-kurangnya kita boleh mengekang, boleh ‘control’,
terkawal berita-berita bohong ini,” katanya lagi.
Menurut
rekod, undang-undang yang dicadangkan itu mula diperkatakan oleh Menteri di
Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Sri Azalina Othman dengan menyebut tentang
penubuhan sebuah jawatankuasa khas mengenainya.
Fungsi jawatankuasa ini ialah untuk
mengkaji undang-undang baharu bagi membendung berita palsu yang boleh mengancam
kestabilan politik, menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara.
Cadangan terbaharu Kerajaan Pusat
ini tidaklah sesuatu yang janggal memandangkan sekurang-kurangnya dua (2) negara
maju – Britain dan Perancis turut mahu melakukan yang sama.
DALAM UCAPAN LUAR TEKS 34-MINIT, DENGAN GAYA BERSAHAJANYA... Yang turut kelihatan dalam foto ini selain Dato' Sri Abu Bakar ialah Dato' Rose Shamsul (kiri sekali, berbaju warna perang); Tan Sri Shahril; Dato' Haniff; dan Dato' Sri Ishak.
BRITAIN, PERANCIS JUGA MAHU ADAKAN UNDANG-UNDANG BAHARU
KAWAL BERITA PALSU
Perdana
Menteri Britain, Puan Theresa
May ada dilaporkan tentang tindakan Kerajaannya untuk menubuhkan sebuah unit
baharu bagi meningkatkan usaha menangani penyebaran berita palsu dan menghalang
kempen penyaluran maklumat tidak betul oleh negara lain.
Sebelum
itupun, Presiden Perancis, Encik Emmanuel Macron juga dilaporkan yang Kerajaannya
akan memperkenalkan satu undang-undang baharu yang mengharamkan berita palsu di
internet ketika kempen pilihan raya negara itu berlangsung.
Mengenai
majlis pagi Isnin ini, Dato’ Sri DiRaja Adnan berkata, lengkaplah sudah bagi
kesemua 927 peneroka di kedua-dua Rancangan Tanah Felda 3 dan 5 memiliki
suratan hakmilik tanah masing-masing.
Pada
majlis ini, baki 229 peneroka – 80 dari Rancangan Tanah Felda Cini 3 dan lagi
139 dari Rancangan Tanah Felda Chini 5; menerima suratan hakmilik tanah
masing-masing. Yang lain telah menerimanya sebelum ini.
“… di Felda
Chini 3, Felda Chini 5 ini, lengkaplah, semua peneroka sudah dapat suratan
hakmilik (tanah). Maknanya, apabila sampai masanya – syarat-syarat telah
dipenuhi sebagai contoh bayaran premium, bayaran kembali telah selesai, maka geran
akan diberi.
SIDANG HADIRIN, HADIRAT, PARA PENEROKA SEKELIAN...
BAYANGKAN, JIKA
TIDAK ADA RANCANGAN TANAH FELDA
“Bukan tujuan Kerajaan
menyimpan geran ini lama-lama, tak. Boleh bagi terus kita bagi terus,” katanya.
Beliau
seterusnya meminta para peneroka supaya sentiasa mengingati jasa dan susah-payah
Allahyarham Tun Abdul Razak – Perdan Menteri kedua, mendapatkan idea untuk menubuhkan Rancangan Tanah Felda semata-mata
untuk memberi peluang ekonomi kepada rakyat khususnya orang Melayu.
“Kita bayangkan
kalau tidak adalah (Rancangan Tanah) Felda sekarang ini; di mana nak letak
orang kita?
“Jadi saya
merayulah, apapun fitnah yang melanda negara kita yang buruk-buruk, yang
memburukkan Kerajaan khususnya Perdana Menteri; kita fikirlah balik apa yang
kita nikmati sekarang ini.
“Kalau tidak
adalah Kerajaan, kalau tidak adalah Allahyarhan Tun Hj Abdul Razak, tak jadi
perkara ini semua. (Allahyarham) Tun pandang jauh. Itu namanya pandangan jauh, ‘vision’.
Visi Allahyarham Tun Abdul Razak.
BERPERSIDANGAN MEDIA... Masih tidak menghampakan permintaan wartawan untuk mengadakan persidangan media ini.
PELBAGAI IKHTIAR
PERDANA MENTERI UNTUK TOLONG LAGI RAKYAT
“Sekarang ini
Perdana Menteri (Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak), berbagai-bagai ikhtiar,
cara untuk menolong, membantu rakyat. Pada ketika yang sama meletakkan negara kita
di tempat yang tinggi di peringkat antarabangsa.
“Barulah negara kita
ini seimbang – dalam negara kita membangun (manakala) luar negara kita
terserlah. Itu kita hendak,” kata Dato’ Sri DiRaja Adnan lagi.
Selain
Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad; antara yang turut hadir ialah Speaker,
Dewan Undangan Negeri, Dato’ Sri Ishak Mohamad; Pengerusi, Jawatankuasa Hal
Ehwal Felda Negeri, Dato’ Sri Abu Bakar Harun yang juga wakil rakyat setempat
(BN – Chini);
Timbalan
Pengarah Besar Felda, Dato’ Haniff Ahmad Norilah; Pegawai Daerah Pekan, Dato’
Ali Syahbana Sabaruddin; serta, Yang Dipertua, Majlis Daerah Pekan, Dato’ Rose
Shamsul Abdul Razak – Khabar