... saran Menteri Besar ekoran laporan berita
mengenai tahap alam sekitar di tapak berkenaan.
“Tapak RAMSAR Tasik Bera yang berkeluasan
31,255 hektar, sepatutnya terpelihara alam sekitarnya memandangkan kewujudan
zon penampan yang mengelilinginya sehingga seluas kira-kira 77,380 hektar atau
lebih sekali ganda keluasan tapak berkenaan.
“Oleh itulah, Kerajaan Negeri menekankan
tentang kepentingan aspek penguatkuasaan yang diharap dapat diambil oleh
Jabatan Perhilitan – sebuah jabatan Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian
Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS),” tegasnya.
NOTA EDITOR;
Akhbar bercetak Berita
Harian telah menyiarkan laporan berita 2-siri pada Ahad, 16 Februari dan
semalam, Isnin, 17 Februari berkaitan dengan tanah lembab RAMSAR – berdasarkan konvensyen
antarabangsa mengenai tanah lembab terutamanya sebagai habitat unggas air dan
berlangsung di bandar Ramsar, Iran pada 2 Februari 1971; termasuklah yang
sebuah terletak di sekitar Tasik Bera, Bera.
Intipati kepada
laporan berita ini ialah betapa semakin terjejasnya mutu alam sekitar di tapak
berkeluasan 31,255 hektar tersebut, atau bersamaan kira-kira separuh keluasan
daerah Cameron Highlands, dengan zon penampannya seluas 77,380 hektar atau lebih
luas daripada daerah tanahttinggi itu (yang seluas 71,200 hektar).
Ekoran itu, Menteri Besar
Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail telah diminta mengulas mengenainya, dan berikut
ialah ‘story’ balas disusuli kenyataan media penuh olehnya.
kamarSUA, WISMA SRI PAHANG, KUANTAN – Menteri Besar Dato’ Sri Wan Rosdy Wan
Ismail menyarankan agar Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
(Perhilitan) dapat meningkatkan kerja-kerja penguatkuasaan demi kelestarian
Tapak RAMSAR Tasik Bera.
“Tapak RAMSAR Tasik Bera yang berkeluasan
31,255 hektar, sepatutnya terpelihara alam sekitarnya memandangkan kewujudan
zon penampan yang mengelilinginya sehingga seluas kira-kira 77,380 hektar atau
lebih sekali ganda keluasan tapak berkenaan.
“Oleh itulah, Kerajaan Negeri menekankan
tentang kepentingan aspek penguatkuasaan yang diharap dapat diambil oleh
Jabatan Perhilitan – sebuah jabatan Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian
Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS),” tegasnya.
Beliau berkata
demikian dalam kenyataan media yang dikeluarkan pagi ini, Selasa, 18 Februari.
Ia sebagai mengulas laporan berita dalam 2-siri pada Ahad, 16 Februari dan
semalan, Isnin, 17 Februari mengenai Tapak Ramsar Tasik Bera itu oleh akhbar bercetak
Berita Harian.
Berikut disiarkan
sepenuhnya kenyataan media tersebut ;
KENYATAAN MEDIA
Tingkatkan penguatkuatkuasaan
demi memelihara Tapak RAMSAR Tasik Bera
Kerajaan Negeri
meminta kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
(Perhilitan) dan jabatan-jabatan berkaitan, agar dapat meningkatkan kerja-kerja
penguatkuasaan demi kelestarian Tapak RAMSAR Tasik Bera.
Tapak RAMSAR Tasik
Bera yang berkeluasan 31,255 hektar, sepatutnya terpelihara alam sekitarnya
memandangkan kewujudan zon penampan yang mengelilinginya sehingga seluas
kira-kira 77,380 hektar atau lebih sekali ganda keluasan tapak berkenaan.
Oleh itulah, Kerajaan
Negeri menekankan tentang kepentingan aspek penguatkuasaan yang diharap dapat
diambil oleh Jabatan Perhilitan – sebuah jabatan Kerajaan Persekutuan di bawah
Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS).
Jabatan Perhilitan
juga dilantik mengetuai Unit Pengurusan Tapak Ramsar Tasek Bera (UPTRTB) dengan
bantuan jabatan-jabatan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri seperti
Jabatan Perhutanan, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Perikanan, Jabatan Kemajuan
Orang Asli, dan Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser atau kini dikenali Tourism
Pahang.
PELAN PENGURUSAN ASAL OLEH WETLANDS
INTERNATIONAL ASIA PACIFIC
Sejak UPTRTB
diwujudkan menerusi keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada
tahun 1999, semua perancangan pembangunan di Tasik Bera mestilah berpandukan
kepada pelan Pengurusan Bersepadu Tasik Bera sepertimana disediakan oleh
Wetlands International Asia Pacific.
Pada tahun lepas
(2019), Pelan Pengurusan Bersepadu Tapak RAMSAR Tasik Bera yang disediakan oleh
Jabatan Perhilitan dengan kerjasama KATS dan Kerajaan Negeri pula diperkenalkan,
demi memastikan semua pelaksanaan pembangunan mampan di tasik itu dilaksanakan
dengan sebaik-baiknya.
Selain itu, Rancangan
Kawasan Khas (RKK) mengenai pengurusan pembangunan bagi pemuliharaan Tapak
Ramsar Tasik Bera juga disediakan oleh Majlis Daerah Bera (MDB) dengan
kerjasama Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) Negeri atau kini,
PlanMalaysia@Pahang.
RKK ini yang
diperkenalkan tahun lepas juga, bermatlamat untuk mengukuhkan lagi pemuliharaan
Tapak Ramsar Tasik Bera serta memastikan pembangunan di kawasan persekitaran
terutamanya pertempatan Orang Asli, tidak menjejaskan tapak berkenaan.
Dengan
inisiatif-inisiatif yang disebutkan ini, seharusnya tiada isu khususnya
bekenaan pencemaran alam sekitar yang timbul di Tapak RMASAR Tasik Bera ini
namun laporan mengenainya terutamanya tentang pencerobohan dan kemusnahan alam
sekitar, masih dilaporkan juga.
22 RONDAAN PENGUATKUASAAN DIJALANKAN PADA
TAHUN LEPAS
Ini masih berlaku
disebalik tahun lepas, 22 rondaan penguatkuasaan dijalankan oleh Jabatan
Perhilitan dengan tindakan-tindakan antara lainnya –
Mengenalpasti dan
bertindak ke atas kawasan hutan dicerobohi haram dan memastikan tiada pembalakan
haram, memusnahkan jerat-jerat binatang serta pondok-pondok pemburu haram,
serta, menjalankan pemeriksaan ke atas orang awam yang ditemui untuk mengetahui
tujuan kehadiran mereka dalam kawasan berkenaan.
Oleh itulah Kerajaan
Negeri berharap, kerja-kerja penguatkuasaan dapat diperkukuhkan lagi, sambil
meminta semua pihak untuk memberikan kerjasama sepenuhnya bagi menjayakan
matlamat memelihara Tapak RAMSAR Tasik Bera ini. – Khabar