LAUT MERAH... Beginilah tercemarnya kawasan dalam ladang kelapa sawit di Rancangan Tanah Felda Bukit Goh akibat gejala perlombongan bauksit yang meng'gila' di situ.
ISTANA
ABDULAZIZ, INDERA MAHKOTA, KUANTAN – KDYTM Tengku Mahkota Pahang melahirkan
kebimbangan dengan kegiatan perlombongan bauksit secara haram di daerah ini dan
menitahkan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas untuk mengatasinya.
Baginda bertitah, berdasarkan pemerhatian Baginda sendiri, penguatkuasaan yang longgar menyebabkan pihak pelombong haram ini semakin berani dan rakus menjalankan kegiatan tersebut.
“Ini menjadi satu kebimbangan. Saya harap pihak Kerajaan Negeri sendiri harus bertegas dalam hal ini kerana kita tidak mahu pisang berbuah dua kali seperti yang terjadi di Cameron Highlands.
“Perbuatan meneroka tanah serta perlombongan secara haram seperti ini secara berleluasa tanpa mengira masa dan tempat, akan mendatangkan masalah besar jika pihak berkuasa tidak membuat tindakan sewajarnya,” titah Baginda.
Baginda bertitah demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Zakat berjumlah RM2.56 juta daripada enam (6) badan korporat pada pagi Jumaat, 10 Julai di sini.
GEJALA AKIBAT PENGANGKUTAN BAUKSIT PULA... Dalam aspek pengangkutan bahan bauksit ini yang menerusi Jalan Pintasan Kuantan untuk pengeksportan ke China menerusi Pelabuhan Kuantan; turut mendatangkan masalah khususnya daripada segi keselamatan kepada pengguna jalanraya yang lain.
Penulis sendiri mengalami keadaan ini pada petang Jumaat, 10 Julai. Akibat kemalangan sebegini yang membabitkan sebuah lori pengangkut bauksit dan sebuah lori lain berhampiran stesen minyak Shell, perjalanan penulis dari Kawasan Perindustrian Gebeng ke Indera Mahkota sejauh 24 KM yang kebiasaannya mengambil masa cuma 20-minit, telah menjangkau hingga hampir 2-jam akibat kemalangan yang menyebabkan kesesakan lalulintas yang teruk di situ.

KONTRAKTOR-KONTRAKTOR
SEMAKIN BERANI
Adalah dilaporkan, perlombongan bauksit secara haram semakin berleluasa di kawasan Bukit Goh, Bukit Sagu dan Bukit Kuantan yang menyebabkan pencemaran alam sekitar termasuk mengotorkan jalan raya, udara dan air.
Mengulas lanjut tentang masalah itu, KDYTM Tengku Mahkota juga mahukan pihak berkuasa supaya lebih proaktif dalam menjalankan tugas untuk menangani tindakan licik pelombong haram ini yang dikatakan semakin bijak menukar strategi untuk mengelak perbuatan mereka dihidu pihak berkuasa.
“Saya dimaklumkan, kontraktor-kontraktor yang terlibat (dalam perlombongan buaksit) semakin berani dan pandai (elak perbuatan dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa).
“Jadi saya harap, pihak penguatkuasa dapat mengambil tindakan yang lebih proaktif dan lebih mantap. Kalau tidak, habis bukit-bukit ini semua,” titah Baginda lagi.
Baginda turut bertitah betapa setiap aktiviti perlombongan bauksit perlulah mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan.
ZAKAT PERNIAGAAN
RM2.56 JUTA DISERAHKAN
“Ia termasuk
soal kenderaan itu sendiri dan setiap lori yang keluar dari kawasan
perlombongan bauksit perlulah dipastikan bersih sebelum memasuki jalan raya dan
ditutup untuk mengelakkan debu-debu bauksit itu berterbangan sehingga mengotorkan
jalan raya dan mencemar alam sekitar.
“Apa yang saya perhatikan, lori hantupun ada dan ini tidak mencerminkan penguatkuasaan yang tepat. Dalam hal ini, mereka perlu ikut prosedur standard yang ditetapkan dan bertimbang rasalah sedikit,” titah Baginda.
Pada majlis ini, KDYTM Tengku Mahkota menerima zakat perniagaan berjumlah RM2.56 juta daripada enam (6) badan korporat iaitu Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (Kosma);

Pertubuhan
Peladang Kebangsaan (Nafas); Pusat Pembangunan Kemahiran Pahang (PSDC);
Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa); dan, Bank Muamalat
Malaysia Berhad.
Baginda selaku Yang Dipertua, Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), menyasarkan kutipan zakat pada tahun ini akan meningkat kepada RM110 juta dengan melibatkan 81,000 pembayar, berbanding RM102.6 juta dengan 74,000 pembayar pada tahun lepas.

LAGI PERJUMPAAN,
LAGI KATA-DUA KERAS DIHAMBURKAN TERHADAP PENGUSAHA BAUKSIT
Sementara
itu, Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob terus-menerus menunjukkan
sikap seriusnya terhadap masalah yang ditimbulkan oleh perlombongan dan
pengangkutan bauksit, apabila memanggil serta mengadakan perjumpaan sekali lagi
dengan pengusaha-pengusaha bahan mineral kemerah-merahan itu pada pagi Rabu, 8
Julai di Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur dekat sini.
Sepertimana
perjumpaan yang sudah-sudah, beliau bertegas dalam usaha memastikan para
pengusaha tersebut sentiasa patuh kepada peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan mengenai perlombongan dan pengangkutan bahan mentah tersebut.
Oleh
kerana sikap yang masih degil pengusaha-pengusaha tersebut, kata-dua yang dalam
nada keras terpaksa dihamburkan oleh Dato’ Sri DiRaja Adnan – tindakan yang
tentunya wajar dilakukan olehnya. – BERNAMA/Khabar