… satu lagi
usaha yang tidak kenal lelah ataupun putus-asa oleh Kerajaan Negeri dalam menangani gejala
pengusahaan mineral bauksit.
MEMERIKSA SAMPEL... Dato' Sri DiRaja Adnan dan Dato' Sri Wan Junaidi serta ahli-ahli rombongan termasuk Ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri - Dato' Ir Mohd Soffi Abdul Razak dan Dato' Norol Azali Sulaiman; dan, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato' Azizan Ahmad, sedang melihat sampel bahan mineral bauksit yang dipamerkan semasa meninjau ke tapak yang diusahakan oleh KotaSAS.
BILIK MESYUARAT,
TINGKAT 7, BANGUNAN LEMBAGA PELABUHAN KUANTAN, TANJUNG GELANG, KUANTAN – “Saya
akan panggil semua ‘lorry drivers’.
“Dulu kita
panggil kontraktor, kita panggil ‘licence holder’lah – MOL ‘holder’lah, PML ‘holder’lah;
semua kita panggil (pada pertemuan serta perbincangan bagi mengatasi gejala
yang diakibatkan oleh pengusahaan bauksit).
“Langkah
terakhir ni, saya nak panggil semua pemandu lori (pada pertemuan serupa). Kalau
(ada) 1,000 (pemandu lori bauksit itu), 1,000 kita nak panggil. Kalau 2,000,
2,000 kita nak panggil.
“Saya nak bagi
dia orang penerangan dan amaran, itu sahaja,” kata Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja
Adnan Yaakob pada persidangan media bersama-sama Menteri Sumber Asli dan Alam
Sekitar, Dato’ Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar petang Isnin, 17 Ogos, di sini.
Dato’
Sri Wan Junaidi tiba di Kuantan pagi Isnin ini, terus menghadiri taklimat
mengenai bauksit oleh ketiga-tiga jabatan berkaitan – Pejabat Tanah dan Galian
(PTG) Negeri, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Negeri, serta, Jabatan Alam
Sekitar Negeri di Bilik Gerakan, Tingkat 7, Wisma Sri Pahang;
MENDATAR, KEMAS DAN LEBIH DISIPLIN... Berbeza dengan lombong-lombong bauksit lain khususnya yang diuasahakan secara haram teruatamanya di kawasan Bukit Goh berhampiran - dengan berlakunya pengorekan yang dalam semata-mata untuk mendapatkan jumlah tanah bauksit yang banyak; apa yang dilakukan di KotaSAS ini kelihatan lebih teratur dan mendatar, tanpa berlekuk-lekuk.
Dato' Sri DiRaja Adnan dan Dato' Sri Wan Junaidi kelihatan lebih lega melihatkan keadaan di tapak lombong bauksit milik KotaSAS ini.
MAHU ‘PRESCRIBE’
JENIS LORI YANG BOLEH DIGUNAKAN
Sebelum
bersama-sama Dato’ Sri DiRaja Adnan menaiki bas panjang Pejabat Setiausaha
Kerajaan Negeri, meninjau tapak-tapak lombong bauksit di Bukit Goh termasuk
lombong yang diusahakan secara lebih disiplin – kurang debu, oleh pemaju Bandar
KotaSAS yang berhampiran.
Termasuk
yang dilawati ialah tapak-tapak ‘stockpile’ bahan mineral itu di dalam kawasan
Pelabuhan Kuantan ini, sementara menunggu masa untuk dieksport menerusi
pengangkutan air ke Negara China.
Pada
persidangan media sama, Dato’ Sri Wan Junaidi turut memberikan
pandangan-pandangannya tentang gejala bauksit serta betapa ianya harus
dibendung bagi mengelakkan berlakunya kerosakan yang lebih besar.
Dan beliau turut menyentuh tentang aspek pengangkutan bahan-bahan mineral berkenaan – yang merupakan punca utama kepada berlakunya pencemaran udara dan alam, khususnya di kawasan-kawasan sekitar dan laluan-laluan jalan menuju ke Pelabuhan ini.
“Soal pengangkutan
ni, kita nak ‘prescribe’ jenis lori yang boleh dipakai - lori yang tertutup,
lori yang tidak boleh mengeluarkan lagi habuk dan pula muatan yang (yang
dibawa) tidak berlebihan.
BERTEMU MEDIA...
PERLU BINCANG
DENGAN SPAD
“Kita nak bincang
dengan pihak SPAD (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat) sebab ini di luar
bidangkuasa sama ada MB ataupun Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar,” katanya.
“Jadi kita akan
berbincang dengan pihak SPAD dan saya balik ini, KSU (Ketua Setiausaha
kementeriannya) dah ambil kira dan KSU akan bincang dengan pihak SPAD untuk
macam mana merangka, jenis mana lori yang (boleh digunakan) supaya lori itu
tidak mendatangkan kesan (negatif kepada) alam sekitar,” katanya lagi.
Pun
begitu, beliau memuji pemaju bandar KotaSAS yang menurutnya, telah menjalankan
kerja-kerja perlombongan dan pengangkutan khususnya, dengan lebih baik
berbanding yang lain.
“Kita telah
melihat operasi yang telah dibuat oleh KotaSAS. Kita dapati bahawa, pembersihan
lori sebelum keluar dari (tapak) ‘stockpiling’
dan kawasan perlombongan itu, adalah cukup baik dan tidak mendatangkan kekotoran
dan juga debu di jalanraya.
“Saya cukup yakin,
mungkin ada satu-dua perkara yang perlu diperbaiki khususnya pembersihan lori
apabila ia keluar dari tapak lombong dan tidak bawa tanah-tanah merah ke luar.
“Kalau lori yang
kita fikirkan patut digunapakai untuk ini – tertutup dan tidak boleh bawa
muatan dengan berlebihan; saya cukup yakin (gejala) ini boleh dikawal dengan
sebaik mungkin,”
katanya. – Khabar