Saturday, 1 August 2015

Tiada perubahan pada kepimpinan negeri, kata TPM



'LONG NAN' MERASMIKAN MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN BAGAN DATOH YANG DIKETUAI OLEH TPM... "Ini akan jadi sejarah dalam kehidupan saya. Saya akan bercerita dengan anak-cucu saya; UMNO sejarahnya satu, Tok tak lupa - Tok pergi rasmi Bahagian Timbalan Perdana Menteri." 

Demikian kata-kata Dato' Sri DiRaja Adnan pada awal ucapan perasmian 33-minitnya, menandakan penghargaan yang tidak terhingga atas kesudian Dato' Sri Dr Ahmad Zahid untuk tetap meminta beliau merasmikan sungguhpun jemputan dibuat sebulan lepas ketika Dato' Sri Dr Ahmad Zahid belum berada pada jawatannya dalam Kerajaan sekarang. 


WISMA UMNO BAGAN DATOH, HUTAN MELINTANG, PERAK – Timbalan Perdana Menteri Dato’ Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan spekulasi tentang konon adanya perubahan dalam kepimpinan beberapa negeri sebagai susulan kepada rombakan kabinet baru-baru ini.

Spekulasi ini dikatakan bertiup kencang petang semalam, Jumaat, 31 Julai, ekoran adanya pertemuan antara Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak, dengan kepimpinan tertinggi negeri-negeri yang diterajui oleh UMNO.   

Pertemuan di Kediaman Rasmi Perdana Menteri - Sri Perdana di Putrajaya ini berlangsung beberapa hari selepas rombakan kabinet pada Selasa, 28 Julai, yang menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri, digantikan dengan Dato’ Sri Dr Ahmad Zahid.

Begitulah juga nasib yang menimpa empat lagi menteri yang termasuklah Dato’ Sri G.Palanivel, Dato’ Sri Mohd Shafie Apdal, dan Dato’ Sri Hassan Malek; serta, seorang timbalan menteri.

“Saya tidak mahu mendahului Perdana Menteri dalam membuat keputusan,” kata Dato’ Sri Dr Ahmad Zahid pada persidangan media sementara menunggu kehadiran Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob untuk merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datoh yang diketuainya, pada petang Sabtu, 1 Ogos, di sini.

SAMBUTAN MESRA... Dato' Sri Dr Ahmad Zahid sedang menyambut mesra kehadiran Dato' Sri DiRaja Adnan pada majlis petang Sabtu ini.  

"Long Nan, please regard me as your colleague. Please regard me as one of your best friends. Once a friend, will always be a friend." - demikian kata-kata Dato' Sri Dr Ahmad Zahid terhadap Dato' Sri DiRaja Adnan, pada awal ucapan alu-aluan 15-minitnya pada majlis perasmian petang Sabtu ini. 
 

‘JANGAN ADA PERASAAN AKAN DISINGKIR’

“… tetapi yakinlah, tidak akan berlaku rombakan atau sebarang pertukaran di mana-mana negeri dan jangan timbul spekulasi mengenainya. Jangan ada perasaan dalam hati pemimpin berkenaan bahawa mereka akan disingkir,” tegasnya.

Kata Dato’ Sri Dr Ahmad Zahid lagi, pendirian Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib selaku ketua negara dan juga presiden parti UMNO adalah jelas.

“Yang penting ialah dokongan daripada semua pihak dan ia tidak harus terkait dengan keputusan kabinet yang lalu kerana ia melibatkan rombakan di peringkat nasional,” katanya lagi.

Dato’ Sri Dr Ahmad Zahid kemudian meminta semua pihak supaya sentiasa setia dan menyokong kepimpinan parti.

“Setialah kepada kepimpinan, beri sokongan kepada kepimpinan dan jangan bimbang kedudukan masing-masing,” tegasnya.

KESATUAN, KESEPADUAN DAN KEMESRAAN ANTARA DUA TOKOH UMNO KITA...  


RUMOURS EXCITE THE PARTY

Dato’ Sri DiRaja Adnan yang turut ditemui media selepas merasmikan mesyuarat agong UMNO Bahagian Bagan Datoh ini, telah diminta mengulas tentang hal sama sementelah beliau dikatakan antara nama-nama disebut sebagai yang turut terlibat.

“I think that’s good, you see, that can create some activity and some exercise of the mind;people will keep on discussing. And as far as I am concerned, this has been going around for the past 6-7 years...

“At the meeting with the Prime Minister yesterday – the State Liaison Chiefs met the PM yesterday;  PM clearly indicated that we need to go to the ground to strengthen the party together.

“There were not even a single word about replacing anybody with anybody (else). But it’s alright, it’s normal (of the rumours). Otherwise there won’t be excitement in the party,” katanya menjawab soalan seorang wartawan dari sebuah akhbar berBahasa
Inggeris.

Melayani soalan yang sama daripada seorang wartawan daripada akhbar berBahasa
Melayu pula, Dato’ Sri DiRaja Adnan mengulangi betapa spekulasi tentang
menggantikan Menteri Besar-Menteri Besar memang selalu berlaku.

MELAYANI MEDIA... 


‘TEAM’ YANG BOLEH BETULKAN KEADAAN

“Tetapi, selepas berjumpa Perdana Menteri semalam, Perdana Menteri
mengarahkan supaya turun ke bawah, bekerja untuk kukuhkan lagi parti. Dan,
tukar-menukar ini terpulang kepada Perdana Menteri dan Raja (Pemerintah).

“Berhubung dengan saya ini, saya tak kisah sangat. Saya menjalankan kerja.
Tetapi, perkara-perkara begini (spekulasi) elok juga ada. Sekurang-kurangnya,
orang bercakap, orang bercerita, jadikan kita aktif,” katanya.   

Beliau turut diminta mengulas tentang rombakan kabinet yang menurutnya, boleh turut
menyumbang kepada pengkuhan parti.

“PM needs a team which can work with him. So, let us give him the space to juggle around. And, I think with the present line up, our Prime Minister can in fact,
address so many issues and I think he should be able to settle (them),” katanya.

“Yang mustahak sekarang, kita beri sokongan kepada Perdana Menteri selepas
Rombakan kabinet ini kerana kita percaya, dengan ‘team’ yang ada sekarang ini,
beliau boleh sama-sama membetulkan keadaan,” katanya lagi. – Khabar