Monday 19 October 2015

Pertimbangan guna kaedah bio-kimia yang lebih berkesan dan murah, atasi gejala pencemaran bauksit.



“Kalaulah misalannya kita menerima (kaedah ini nanti) – sayapun tak ada sebab tak menerima; kos ini akan kita pindahkan kepada pihak ‘operator’. Ini tak dapat elak,” kata Menteri Besar.

MESYUARAT KHAS MMK NEGERI, BARU NAK MULA... 
 

BILIK MESYUARAT UTAMA, PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUANTAN, INDERA MAHKOTA 5, KUANTAN – Kerajaan Negeri kini mempertimbangkan kemungkinan menggunakan kaedah bio-kimia yang dikatakan lebih berkesan dan murah, bagi mengatasi masalah pencemaran akibat industri bauksit di negeri ini.

Kaedah bio-kimia yang dimaksudkan ialah dengaan mengaplikasikan sejenis agen kawalan debu yang terhasil daripada antaranya, campuran sisa-sisa udang karas (lobster), ketam dan udang (shrimp) – Adherex 120, keluaran KAM Biotechnology Ltd. 

Cara kerjanya ialah, siraman Adherex 120 ke atas kawasan-kawasan berdebu akibat bauksit akan menyebabkan debu-debu halus yang mencemarkan, bertukar menjadi ketulan-ketulan lebih besar serta membentuk rangkaian panjang struktur ‘bio-polymer’ yang tidak mencemarkan.   

Taklimat mengenai kaedah ini dibentangkan oleh Pengasas yang juga Ketua Pegawai Eksekutif serta Pengerusi Lembaga Saintifik syarikat yang berpangkalan di Kanada itu, Prof Mongi Ferchichi pada Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Khas pagi Isnin, 19 Oktober di sini.

“Kalaulah misalannya kita menerima (kaedah ini nanti) – sayapun tak ada sebab tak menerima; kos ini akan kita pindahkan kepada pihak ‘operator’. Ini tak dapat elak,” kata Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob pada penghujung mesyuarat berkenaan.

TENGOK, TIADA DEBU... Prof Mongi sedang menunjukkan betapa - sungguhpun dengan putaran kelajuan yang tinggi kepada alat pengering rambut ini dan dihalakan terhadap bahan bauksit yang telah disiram dengan Adherex 120; namun, tiada langsung debu yang berterbangan. 


BUKAN SATU-SATUNYA USAHA TANGANI GEJALA BAUKSIT

“From this briefing (by Prof Mongi), the (State) Exco will meet again next Wednesday and we’ll come to a conclusion, when we come to a decision. Okay?,” katanya lagi pada mesyuarat yang julung-julung kali turut dihadiri oleh wakil rakyat negeri parti dari pembangkang, serta para wartawan.  

Beliau turut mengakui betapa kaedah bio-kimia yang ditaklimatkan ini bukanlah satu-satunya usaha dalam menangani pada keseluruhannya, gejala pencemaran yang diakibatkan oleh perlombongan dan pengangkutan bauksit.

Antara lain katanya, usaha-usaha lain juga perlu dilaksanakan seperti kepatuhan kepada peraturan agar lori-lori pengangkut bahan itu perlu dicuci terlebih dahulu, sebelum keluar dari tapak perlombongan.

“…  jalanpun (yang dilalui oleh lori-lori berkenaan) kena cuci, Pelabuhan (Kuantan) perlu mampu menampung kedatangan bekalan bauksit yang jika tidak, minta mereka ‘slow’ sikit (dalam pengangkutan dan penghantaran bahan itu untuk eksport) .

“Dan kita juga nak cadangkan supaya dibeli lori untuk mencuci jalan – empat, lima buah; dan juga lori yang boleh distesenkan di jalan keluar dari kawasan perlombongan itu untuk dicuci lori-lori berkenaan,” tegasnya.

INILAH BAHAN CECAIRNYA - ADHEREX 120... 
 

TUTUP SAHAJA JIKA TAK MAHU TANGGUNG KOS

Sekali lagi Dato’ Sri DiRaja Adnan menegaskan betapa kos yang wujud daripada usaha-usaha ini masih tetap akan ‘dipindahkan’ kepada pihak pengusaha yang akan dirundingi lagi kelak.

“Kalau tak nak (membayar kos-kos tersebut), kita tutup sahaja terus (industri perlombongan bauksit ini),” tegasnya lagi.

Berhubung dengan penganjuran taklimat pada Mesyuarat Khas MMK Negeri pada pagi ini katanya, ia bukan untuk menafikan mana-mana pihak atau ekoran daripada laporan berita mengenai gejala bauksit yang disiarkan oleh akhbar New Straits Times (NST) baru-baru ini.

Ianya ekoran daripada keputusan Kerajaan Negeri supaya taklimat lanjut oleh Prof Mongi diberikan hari ini selepas pertama kali memberikan taklimat kepada Mesyuarat  MMK Negeri pada bulan lepas.

“And we are never in denial syndrome. The newspaper report… we give weight, we give consideration. We consider that as the voice of the people. When the newspaper criticizes us, we consider that as criticism from the people at large.

MELAYANI SOALAN DARIPADA WAKIL RAKYAT NEGERI PARTI PEMBANGKANG... 
 

BAUXITE CONTAINS NO ARSENIC, MERCURY, LEAD

“But hopefully in time to come, in the future, the reporting must be accurate. Macam apa kata Prof (Mongi) tadi; ‘We don’t want things to be based on ‘assumptions’, lepas tu (buat laporan yang) ‘misrepresentation’,” katanya.

Sememangnya, pada taklimatnya, Prof Mongi, 65, kelahiran Tunisia, telah mempertikaikan laporan berita NST tentang bauksit serta menyebutnya sebagai yang bersandarkan kepada andaian (assumptions), lalu berlaku salah-penyampaian maklumat (misrepresentation) dalam laporan beritanya.

Yang paling ketara ialah betapa dala m bahan mineral bauksit, langsung tidak mengandungi apa-apa bahan arsenic, raksa (mercury) mahupun ‘lead’ di dalamnya tetapi diberikan gambaran sebegitu dalam  laporan berita tersebut.

“… undeniable to say, bauxite is mostly made up of iron and calcium – no arsenic, mercury nor lead on bauxite,” katanya, sambil menyatakaan kesediaan untuk menerima cabaran sesiapun yang hendak mempertikaikannya.

Kepada soalan daripada seorang wakil rakyat parti pembangkang, Encik Andansura Rabu (PAS – Beserah) tentang kegunaan Adherex 120 dalam menangani dan mengatasi pencemaran dalam kandungan air pula kata Prof Mongi;

BUAT KENANG-KENANGAN... 
 

CHEAPER THAN USING WATER

“… we can prove that it (Adherex 120) will remove 100 percent metal from the water. It (Adherex 120) has an enzyme that can absorb the metal”.

Tentang kos – kot-kot ia akan melibatkan kos yang tinggi yang mungkin tidak mampu maka enggan dibiayai oleh pengusaha-pengusaha industri bauksit kelak katanya tanpa ragu-ragu, “… cheaper than using water”.

Sedkit latar-belakang tentang Prof Mongi dan syarikatnya. Beliau menceburi bidang yang prihatin mengenai alam sekitar sejak lebih 30 tahun lepas dan pada tahun 1981, mengasaskan KAM Biotechnology Ltd dengan dua matlamat;

Untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan ke atas sisa-sisa buangan beracun (toxic), serta untuk memperkenal dan mengeluarkan produk-produk berasaskan ekologi (alam) bagi menggantikan produk berasaskan kimia yang merosakkan. – Khabar