… demi beri limpahan
manfaat kepada semua generasi peneroka
HADIAH BUAT
PEMENANG UTAMA… Dato’ Sri Mohd Najib bersama-sama para pemenang termasuk Ketua Peneroka Felda Ulu Penggeli, Kluang, Johor, Encik Imran Daud selepas rancangan
tanah itu diisytihar johan Anugerah Keceriaan Kampung Felda (AKKF) dengan hadiah wang tunai RM1 juta.
Selain Dato’ Sri
DiRaja Adnan; yang turut kelihatan ialah Ahli Parlimen, Dato' Ismail Mohd Said (BN - Kuala Krau) (Barisan depan, tiga dari kiri); serta, Dato' Syed Ahmad Fuad (sebelah kanan Dato' Ismail).
PERKARANGAN,
STADIUM TUN ABDUL RAZAK, BANDAR TUN ABDUL RAZAK, JENGKA, MARAN – Perdana
Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak telah menyebut tentang usaha untuk
menambak-baik tadbir urus Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) agar para
penerokanya termasuk generasi baharu, mendapat lebih banyak manfaat daripadanya.
Menurutnya,
sungguhpun Felda diiktiraf sebagai antara badan pembangunan tanah paling
berjaya di dunia dan membawa limpahan manfaat kepada peneroka, beliau belum
berpuas hati dan mahu melakukan lebih banyak penambah-baikan.
Ekoran
itulah katanya lagi, makmal pemantapan Felda diwujudkan bagi membincangkan
secara bersungguh-sungguh pelbagai aduan berkaitan isu peneroka, yang hasilnya
akan diumumkan dalam tempoh terdekat.
“Ada antara 200
hingga 300 cadangan sama ada kecil atau besar yang akan saya kumpul dan
rumuskan. Dalam masa terdekat kita akan umumkan apa yang kita lakukan dari segi
penambahbaikan kepada tadbir urus Felda supaya warganya terus mendapat lebih
banyak manfaat.
“Kita akan ambil
langkah ke depan supaya masyarakat Felda lebih maju dan berjaya,” katanya seperti
dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia ketika berucap merasmikan Sambutan Hari
Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan 2016 pagi Jumaat, 23 September di sini.
MENYEMPURNAKAN GIMIK PERASMIAN... Dato' Sri Mohd Najib sedang menyempurnakan perasmian sambil Dato' Sri DiRaja Adnan, Tan Sri Mohd Isa dan Dato' Ismail (di belakang) memerhatikan.
KERJASAMA
INDONESIA BAGI TANGANI ISU HARGA KELAPA SAWIT
Kira-kira
15,000 peneroka dari seluruh negara menyertai sambutan ini. Antara yang turu
hadir selain Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob ialah Timbalan Menteri
di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Razali Ibrahim;
Speaker,
Dewan Undangan Negeri, Dato’ Sri Ishak Mohamad; Pengerusi Felda, Tan Sri Isa
Abdul Samad; Pengerusi, Jawatankuasa Hal Ehwal Felda Negeri, Dato’ Abu Bakar
Harun;
Ahli-ahli
Exco Kerajaan Negeri; Pengarah Besar Felda, Dato’ Hanapi Suhada; Ketua Pegawai
Eksekutif, Felda Global Ventures, Dato’ Zakaria Arshad; dan, Pegawai Daerah
Maran, Dato’ Syed Ahmad Fuad Syed Taha.
Pada
sambutan bertemakan ‘Mensyukuri Nikmat: Kebersamaan dan Kebersatuan’ itu, Dato’
Sri Mohd Najib turut merasmikan Stadium Tun Abdul Razak yang bernilai kira-kira
RM99 juta ini, yang cirri utamanya ialah menggunakan rumput tiruan bertaraf dunia.
Dato’
Sri Mohd Najib seterusnya berkata, Kerajaan juga sedang berusaha meningkatkan
harga komoditi kelapa sawit termasuk menerusi kerjasama dengan Indonesia yang
kini menunjukkan hasil positif.
BUAL MESRA ANTARA DUA PEMIMPIN UTAMA KITA... Dato' Sri Mohd Najib kelihatan berbual-mesra dengan Dato' Sri DiRaja Adnan sambil Dato' Abu Bakar memerhatikan. Yang turut kelihatan dalam foto ini ialah Dato' Sri Ishak (kiri sekali).
NEGARA LAIN TAK
MAMPU BUAT SEPERTI MALAYSIA
“Kita ada
langkah-langkah supaya harga sawit akan lebih baik walaupun hakikatnya itu
bergantung kepada keadaan ekonomi dunia yang kita tiada kuasa mengawalnya,” ujar beliau.
Beliau
juga berkata betapa kejayaan Felda yang diiktiraf sebagai badan pembangunan
tanah paling berjaya di dunia yang meskipun banyak negara seperti Afrika cuba
mengguna pakai dan mencontohi modulnya, namun program itu tidak berjaya
dilaksanakan.
“Apabila melawat
Felda mereka kagum dan berhasrat untuk membawanya pulang ke negara
masing-masing. Kita sendiri hantar rombongan Felda untuk membantu.
“Bagaimanapun,
tidak menjadi kerana kerajaan mereka tidak mampu melaksanakannya melainkan kita
di Malaysia yang berani dan dapat membangunkan Felda sehingga berjaya serta
dikenali di peringkat antarabangsa,” tegasnya.
KENAMAAN YANG TURUT HADIR... Antara yang turut kelihatan dalam foto ini ialah (dari kiri) Ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri - Dato' Sri Sharkar Shamsuddin, Dato' Sri Ir Mohd Soffi Abdul Razak, Dato' Shahaniza Shamsuddin, Dato' Shafik Fauzan Sharif, Dato' Norol Azali Sulaiman;
serta, Timbalan Speaker, Dewan Undangan Negeri, Dato' Sri Mohamad Jaafar, wakil rakyat negeri, Dato' Sri Maznah Mazlan (BN - Muadzam Shah) dan wakil rakyat parlimen, Dato' Hasan Ariffin (BN - Rompin). – Utusan/Khabar
serta, Timbalan Speaker, Dewan Undangan Negeri, Dato' Sri Mohamad Jaafar, wakil rakyat negeri, Dato' Sri Maznah Mazlan (BN - Muadzam Shah) dan wakil rakyat parlimen, Dato' Hasan Ariffin (BN - Rompin). – Utusan/Khabar