- kediaman pelajar 4-blok, 10-tingkat bernilai
RM150.8 juta, yang boleh tempatkan kira-kira 4,000 pelajar
MENARIK TIRAI PLAK PERASMIAN... Tentu ada yang melucukan sehingga KDYTM Tengku Mahkota tersenyum-riang, begitu juga dengan Dato' Sri DiRaja Adnan, Dato' Sri Muhammad Safian, dan, Prof Dato’ Dr Abdullah (kanan sekali).
UiTM CAWANGAN
JENGKA, MARAN
– KDYTM Tengku Mahkota Pahang telah berkenan mencemar duli, berangkat
merasmikan Kompleks Tok Gajah – ‘apartment’ pelajar 4-blok, 10-tingkat yang
bernilai RM150.8 juta petang Khamis, 17 November di sini.
Pembinaan
kompleks yang boleh menempatkan kira-kira 4,000 pelajar pada satu-satu masa,
bermula Februari 2013 dan siap kira-kira tiga (3) tahun kemudian pada Februari
lepas.
Selain
‘apartment’ biasa, kompleks ini juga dilengkapi dengan dua (2) unit kediaman
yang lengkap dengan segala kemudahan yang diperlukan demi keselesaan
pelajar-pelajar Orang Kelainan Upaya (OKU).
Terletak
di tingkat bawah, unit-unit kediaman ini dikhaskan berada bersebelahan dengan
bilik warden untuk blok-blok berkenaan.
Sehingga
kini, kira-kira 3,000 pelajar mendiami kompleks ini yang daripadanya, kira-kira
60 peratus ialah pelajar wanita.
DI DEPAN MODEL KOMPLEKS... KDYTM Tengku Mahkota disembahkan maklumat mengenai model kompleks ini oleh Prof Dato' Dr Abdullah dan Prof Dr Jamaluddin; sambil Dato' Sri DiRaja Adnan dan Tan Sri Dr Syed Jalaludin (kanan sekali) memerhatikan.
YANG TURUT HADIR
Menteri
Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob telah mengiringi Baginda pada majlis petang
Khamis ini, yang turut dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Sri
Muhammad Safian Ismail;
Speaker
Dewan Undangan Negeri, Dato’ Sri Ishak Mohamad; Ahli-ahli Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri; Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Mohamad Roslan Harun; Pegawai
Daerah Maran, Dato’ Syed Ahmad Fuad Syed Taha;
Timbalan
Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), UiTM, Prof Dato’ Dr Abdullah Mohamad Said; Penolong
Naib Canselor (Pembangunan Infrastruktur dan Infostruktur), UiTM, Prof Datin Ir
Dr Hajjah Zainab Mohamed; Rektor, UiTM Cawangan Pahang, Prof Dr Jamaludin Kasim;
serta,
wakil pemaju projek kompleks kediaman ini iaitu Pengerusi, Syarikat Kumpulan
Segimaju Capital Jengka Sdn Bhd, Tan Sri Dr Syed Jalaludin Syed Salim.
BERANGKAT-TINJAU KE BILIK...
BANGUNAN 10-TINGKAT YANG MENYELESAKAN SERTA KESELAMATAN PELAJAR LEBIH TERJAMIN... Juga, menjadi sebahagian daripada jawapan kepada masalah penginapan kira-kira 10,000 pelajar UiTM di sini.
Dengan ini, para pelajar wanita khususnya, dapatlah mengelak daripada terpaksa menyewa di luar termasuk di rumah kedai-rumah kedai di bandar Jengka yang keselamatan mereka terutamanya, boleh diragukan. - Khabar