“Usaha SPRM ini
mesti diteruskan dan mesti diberikan ruang , diberikan sebanyak-banyak ruang
untuk mereka bertindak. Pastikan rasuah ini sekurang-kurangnya dalam kawalan,”
kata Menteri Besar.
Selain Dato' Shamsun Baharin (kiri sekali), yang turut kelihatan ialah (dari kanan) Dato' Nik Fauzi; Ir Mohd Saleh; dan, pelakon terkenal tanahair - Encik Zizan Nin.
KAWASAN REHAT
& RAWAT (R&R) TEMERLOH ARAH TIMUR, TEMERLOH – Kerajaan Negeri
sekali lagi menyatakan komitmennya untuk terus menyokong langkah-langkah yang
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ambil bagi membanteras gejala
rasuah.
Ini
dinyatakan sendiri oleh Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob dalam
ucapan luar teks 19-minit ketika merasmikan Kempen Kesedaran Pencegahan Rasuah
Zon Timur dan sekali diulangi pada persidangan media kemudian petang Selasa, 6
Disember di sini.
Lanjutan
itu, beliau menegaskan betapa; “Usaha SPRM
ini mesti diteruskan dan mesti diberikan ruang , diberikan sebanyak-banyak
ruang untuk mereka bertindak. Pastikan rasuah ini sekurang-kurangnya dalam kawalan”.
Sambil
memuji program yang SPRM anjurkan petang ini katanya, langkah-langkah seperti
mengadakan kempen pencegahan rasuah mesti dilakukan secara berterusan yang jika
tidak ia mungkin dilupakan.
Sedangkan
menurutnya, gejala rasuah boleh mendatangkan kesan buruk kepada negara jika ia
tidak dibendung dengan sewajarnya.
SERAH-TERIMA POSTER KEMPEN... Dato' Shamsun Baharin sedang meyerahkan poster berkenaan kepada Dato' Sri DiRaja Adnan sambil yang lain memerhatikan - (dari kiri) Dato' Abu Bakar, Dato' Sri Shahiruddin, Dato' Sri Ir Mohd Soffi, Encik Zizan dan Ir Mohd Saleh.
PEOPLE MUST BE MADE
AWARE OF SPRM’S EXISTENCE
“So the effort
by SPRM to continue eradicating corruption by having this awareness campaign is
commendable. We must continue to do this otherwise people may not be aware that
SPRM is in existence.
“By having these
periodic campaign – campaign of awareness and probably by the distribution of pamphlets,
booklets; (the) people will be made to be aware of (the fact) that SPRM is
always there for them,” he added.
“Jadi,” katanya lagi, “… untuk orang yang selalu melakukan rasuah,
dia akan ingat ‘Ada rupanya SPRM, sentiasa berada di mana-mana’”.
Beliau
seterusnya mengingatkan betapa sesebuah negara boleh menjadi sebuah negara yang
gagal atau ‘failed nation’ sekiranya gejala rasuah berleluasa di negara berkenaan
sepertimana beberapa negara luar.
“Kita hendak
jangan sampai kita jadi parah, jangan sampai jadi barah,” tegasnya pada
persidangan media yang turut disertai oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya
(Pencegahan) SPRM, Dato’ Shamsun Baharin Mohd Jamil.
KHALAYAK PETANG SELASA...
TAHAP KEYAKINAN
RAKYAT SEMAKIN TINGGI TERHADAP SPRM
Dato’
Shamsun Baharin turut ditanya mengenai kesan yang telah diperolehi hasil
daripada pelbagai langkah yang SPRM ambil dalam membanteras gejala rasuah di negara
ini.
Daripada
segi tahap keyakinan masyarakat terhadap SPRM katanya, ianya meningkat daripada
cuma 65.8 peratus tahun lepas, kepada kira-kira 73 peratus pada tahun 2016,
setakat ini.
“Ini merupakan
satu peningkatan yang saya rasa amat baiklah. Dan kita mengharapkan, kalau ikut
‘international standard’, kita akan cuba – dengan usaha-usaha yang kita
laksanakan;
“… supaya
akhirnya kita dapat melepasi 80 peratus daripada segi tahap keyakinan
masyarakat terhadap agensi pembanterasan rasuah seperti SPRM,” katanya.
Kepada
soalan tentang bilakah sasaran 80 peratus itu akan tercapai katanya, jika
boleh, ‘as soon as possible’lah yang kerana itu SPRM mempelbagaikan usaha
dengan melibatkan pelbagai sektor masyarakat dalam menjayakan langkah-langkah
pembanterasannya.
MAHU CAPAI TAHAP
KEYAKINAN 80 PERATUS
“Mungkin
boleh dicapai dalam tempoh setahun?” tanya wartawan wanita dari Pertubuhan
Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) yang segera dijawab oleh Dato’ Shamsun Baharin;
“InsyaAllah, kalau
katalah (dapat) sokongan padu daripada seluruh sektor dan seluruh lapisan
masyarakat saya rasa, tidak mustahil untuk kita capai”.
Selain
Dato’ Shamsun Baharin; antara yang turut hadir pada majlis petang Selasa ini
ialah Ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri – Dato’ Sri Ir Mohd Soffi Abdul Razak,
Dato’ Sri Shahiruddin Ab Moin, Dato’ Abu Bakar Harun, Dato’ Syed Ibrahim Syed
Ahmad, dan, Dato’ Norol Azali Sulaiman;
Begitu
juga Pegawai Daerah Temerloh, Dato’ Mohd Fadzli Mohd Kenali; Timbalan Ketua
Pengarah (Pembangunan), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Ir Mohd Saleh
Santhiman; serta, Pengarah, ANIH Bhd, Dato’ Nik Fauzi Nik Hussein. – Khabar