“… program ini
turut membabitkan anak-anak Rohingya di bandar ini untuk melalui pengalaman
berkhatan mengikut cara dan tradisi negara ini seperti kanak-kanak lain,” kata
Datin Sri DiRaja Junaini Kassim.
POSE BERKUMPULAN... Datin Sri DiRaja Junaini yang disertai anggota-anggota Teratai lain, sedang bersesi foto kumpulan dengan anak-anak yang sedia memakai kain pelikat masing-masing sebelum mulanya acara sebenar - berkhatan.
TUKAR KE BERBAJU-T, BERKAIN PELIKAT... Selepas sesi inilah, nama-nama dipanggil - 10 setiap panggilan; untuk naik ke bilik khas bagi kanak-kanak ini menjalani acara berkhatan yang turut dilakukan oleh Dato' Dr Khaled (kiri sekali).
HOSPITAL PAKAR KPJ
PAHANG, TANJUNG LUMPUR, KUANTAN – Persatuan Amal Isteri Wakil-Wakil
Rakyat Pahang (Teratai) dengan kerjasama Hospital Pakar KPJ Pahang telah menganjurkan
Majlis Khatan Beramai-ramai pagi Sabtu, 17 Disember di sini.
Yang
Dipertua Teratai, Datin Sri DiRaja Junaini Kassim yang juga isteri kepada
Menteri Besar, hadir ke sini tepat 8.30 pagi bersama-sama beberapa anggotanya, untuk
menyempurnakan majlis perasmiannya.
Menyambut
ketibaan ialah wakil Pengarah Perubatan hospital ini, Dato’ Dr Khaled Mat
Hassan dan Pengurus Operasi, Encik Khairul Hasanain Abdul Hamid yang turut
disertai oleh 71 kanak-kanak termasuk 20 anak-anak Rohingya serta ibubapa
mereka.
Dalam
ucapan perasmiannya, Datin Sri DiRaja Junaini – selain mengalu-alukan kerjasama
Hospital Pakar KPJ Pahang ini; turut menyambut baik penyertaan secara percuma anak-anak
berkenaan serta anak-anak Rohingya.
Anak-anak
Rohingya ini ialah mereka yang menerima pendidikan di Pusat Pembelajaran Rohingya
Kuantan, Indera Mahkota 5, Bandar Indera Mahkota kira-kira 5 KM dari sini.
Pusat Pembelajaran ini telah beroperasi dua (2) tahun sejak 2014.
DIARAK BAK MEMPELAI... Datin Sri DiRaja Junaini serta Dato' Dr Khaled dan Encik Khairul Hasanain (berbaju Melayu biru); mengiringi kanak-kanak ini yang diarak dengan bunga manggar dan bunga telur untuk acara bersiram.
PENUHI
TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT
“… program ini
turut membabitkan anak-anak Rohingya di bandar ini untuk melalui pengalaman
berkhatan mengikut cara dan tradisi negara ini seperti kanak-kanak lain,” kata Datin Sri
DiRaja Junaini sepertimana dilaporkan oleh Berita Harian.
Majlis
berkhatan ini turut dimeriahkan dengan acara bersiram oleh Jabatan Bomba dan
Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Jalan Bukit Ubi dekat sini, selepas kanak-kanak
ini diarak dari pintu masuk lobi utama ke kawasan parkir diiringi paluan
kompang.
Media-massa
tempatan turut membuat liputan acara ini termasuk dari stesen-stesen televisyen
– Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan TV3 yang diwakili kru TV9nya dari
Temerloh.
Dalam
kenyataan akhbar Hospital Pakar KPJ Pahang yang diedarkan kepada pihak media,
ia antara lain menyebut, menjadi tanggungjawap sosial korporat (CSR)nya dengan
sokongan padu Teratai untuk sama-sama membantu anak-anak dalam kalangan yang
memerlukan, dengan menawarkan perkhidmatan berkhatan tersebut secara percuma.
Bagi
melancarkan lagi program menurut kenyataan akhbar sama, seramai 10 orang doctor
termasuk Dato’ Dr Khaled, 30 orang jururawat serta 20 orang anggota pekerja
sokongan dilibatkan.
SEMBURAN AIR KE ARAH ANAK-ANAK... Dengan bantuan peralatan disediakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datin Sri Junaini sedang menghalakan semburan air ke arah kana-kanak yang bakal dikhatankan di tingkat bawah bangunan hospital ini.
LENCUN, BASAH KUYUPLAH MEREKA...
BANGUNAN HOSPITAL
11-TINGKAT, 188 KATIL
Hospital
Pakar KPJ Pahang ini merupakan hospital ke-26 dalam rangkaian hospital KPJ di negara
ini. Beroperasi di bangunan 11-tingkat dengan kapasiti 188 katil, ia mempunyai
keseluruhannya 25 orang pakar dan 369 anggota kerja.
Dirasmikan
oleh KDYMM Sultan Pahang yang diwakili oleh KDYTM Tengku Mahkota Pahang
baru-baru ini, hospital ini menawarkan perkhidmatan dan kemudahan perubatan
yang canggih dan terkini.
Ini
termasuklah dalam pemeriksaan jantung oleh pakar perunding jantung dengan
sokongan rawatan angiogram dan angioplasty; dewan pembedahan yang moden, perkhidmatan
makmal, farmasi, CT Scan, MRI, dan fisioterapi.
“Selain itu, hospital ini turut
menyediakan pelbagai perkhidmatan pakar termasuk pakar perunding kanak-kanak,
perkhidmatan pakar perunding tulang, pakar perunding sakit puan dan pakar
perunding pembedahan,” menurut kenyataan itu lagi.
SESI FOTO BUAT KENANGAN... Datin Sri DiRaja Junaini bersama-sama anggota-anggota Teratainya. – Khabar