PERKARANGAN, WISMA
SRI PAHANG, KUANTAN
– Basikal jenis ‘Nordic Track’ berwarna biru – inilah hadiah buat Menteri Besar
Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob sempena majlis ringkas sambutan hari kelahirannya
ke-67 sewaktu rehat pagi, Persidangan Dewan Undangan Negeri pada Selasa, 18 April
di sini.
Hadiah
penuh kejutan daripada Kolej Yayasan Pahang (KYP) itu disampaikan oleh Pengarah
Urusannya, Dato’ Norhishamuddin Yaacob, disaksikan oleh Ahli-ahli Dewan
Undangan Negeri dalam kalangan parti memerintah dan pembangkang.
Menikmati
hidangan sambil beramah mesra dengan mereka yang hadir pada sambutan hari
kelahirannya untuk seketika; Dato’ Sri DiRaja Adnan kemudian mencapai basikal
baharu tersebut lalu mengayuhnya sekeliling bangunan Wisma Sri Pahang ini dalam
penuh keceriaan.
Mereka
yang hadir turut suka dan gembira menyaksikan beliau membuat kayuhan tersebut –
mula-mula dalam pakaian lengkap ‘suit’, kemudian menanggalkannya, tinggallah
kemeja lengan panjang dan tali leher.
Selepas
beberapa pusingan, Dato’ Sri DiRaja Adnan kembali menghadiri persidangan Dewan
Undangan Negeri, meneruskan sesi perbahasan atas Titah DiRaja Sempena Istiadat Pembukaan Dewan Undangan Negeri oleh KDYMM Pemangku Raja Pahang,
Tengku Mahkota Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Hj Ahmad Shah, Rabu lepas (12
April).
'ROUND' DALAM KAWASAN WISMA...
MASUKI KUBANG BUAYA...
Kayuh pulang pada sesi rehat tengah hari dengan kini, tali leher ditanggalkan.
Apabila
persidangan Dewan Undangan Negeri berhenti rehat tengah hari, tanpa disedari,
Dato’ Sri DiRaja Adnan telah sekali lagi mencapai basikal baharu itu serta
mengayuhnya pulang;
Mengambil perjalanan kira-kira 4 KM dengan kelajuan antara 25 KM sejam dan 30 KM sejm selama 19-minit, ke rumah rasmi sementara di Kubang Buaya.
Mengambil perjalanan kira-kira 4 KM dengan kelajuan antara 25 KM sejam dan 30 KM sejm selama 19-minit, ke rumah rasmi sementara di Kubang Buaya.
(Denyutan nadi yang beliau sendiri ambil setiba di rumah ialah 120 yang menandakan sihat).
Dan foto beliau mengayuh basikal dalam perjalanan pulang inilah yang tular di media sosial, kemudian turut dipetik oleh beberapa akhbar aliran perdana.
Dan foto beliau mengayuh basikal dalam perjalanan pulang inilah yang tular di media sosial, kemudian turut dipetik oleh beberapa akhbar aliran perdana.
MAJLIS RINGKAS DENGAN KEK DAN PULUT KUNING...
– Khabar