… demi atasi
kesukaran bakal pembeli/rakyat mendapatkan pinjaman bank ekoran ‘disposable
income’ bulanan tidak mencukupi.
“Kita akan cuba
dalam setahun-dua, penyewa kalau dia bayar sewa tanpa henti, dengan rekod yang
baik; kita akan terus jual kepada dia, rumah itu akan diberi kepada dia,” katanya..
KUNCI 'MOCK' BUAT PEMILIK RUMAH PR1MA PAHANG... Dato' Sri DiRaja Adnan sedang menyampaikan kunci 'mock' kepada seorang daripada 200 pemilik rumah mampu-milik di sini. Yang turut kelihatan ialah Dato' Sri Mohd Sharkar (kanan sekali), Dato' Sri Muhammad Safian, Dato' Sri Wan Rosdy, dan, Dato' Syed Ibrahim.
TAPAK PROJEK
PR1MA PAHANG, KAMPUNG BUKIT LADA, KERDAU, TEMERLOH – Demi
mengatasi masalah kesukaran bakal pembeli dalam kalangan rakyat mendapatkan
pinjaman bank bagi membeli rumah ekoran ‘disposable income’ bulanan tidak
mencukupi untuk membuat bayaran balik pinjaman berkenaan;
Kerajaan
Negeri pimpinan Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob, membuat keputusan untuk
mengguna-pakai kaedah ‘rent-to-buy’ atau sewa untuk beli bagi unit-unit rumah
di bawah projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahangnya.
Ini
sepertimana Dato’ Sri DiRaja Adnan katakan pada persidangan media sempena
majlis tiga (3) dalam satu (1) - Penyerahan Kunci PR1MA Pahang, Penyampaian
Notis 5A dan pemberian bantuan saguhati menunaikan haji petang Rabu, 26 Julai
di sini.
Sambil
menyatakan syukur atas kejayaan pembinaan rumah-rumah di bawah PR1MA Pahang
setakat ini, katanya, “… sekali lagi masalahnya,
mereka (bakal pembeli) sukar mendapatkan pinjaman bank.
“Dan pihak bank
juga ada sebab munasabah sebab setelah dikaji ‘disposable income’ dia orang
(bakal pembeli), pendapatan yang boleh belanja; dia orang (bakal pembeli) tak
cukup nak bayar (pinjaman) bank.
BAYAR SEWA TANPA
HENTI, REKOD BAIK; DAPAT MILIKI
“Tapi, baru-baru
ini di (Pulau) Tioman, YB Menteri Kerajaan Tempatan dan Kesjeahteraan Bandar,
Tan Sri Noh Omar telahpun memulakan satu skim, ‘rent-to-buy’, sewa untuk beli.
“Kita akan cuba
dalam setahun-dua, penyewa kalau dia bayar sewa tanpa henti, dengan rekod yang
baik: kita akan terus jual kepada dia, rumah itu akan diberi kepada dia,” kata Dato’ Sri
DiRaja Adnan.
“Dan Menteri
beritahu, mungkin ini boleh disebarkan ke seluruh negara. Saya berharap, ianya
dapat disebarkan ke seluruh negara.
“Kalau tidak agak
sukar, mereka yang tidak ada ‘disposable income’ yang cukup untuk nak bayar ‘instalment’
(ansuran pinjaman) rumah, dianya tidak dapat pinjaman bank; tidak dapat membeli
rumah,”
katanya lagi.
Mengenai
PR1MA Pahang katanya, asal sasaran bagi membina 15,000 unit rumah berkenaan –
rumah berkembar, RM150,000 seunit; dalam tempoh lima (5) tahun antara pertengahan
tahun 2013 dan 2018, telahpun melampaui sasaran.
JANJI PRU-13 DITEPATI
“Kita mula tahun
2013, kita ‘target’ 15,000 dalam tempoh lima (5) tahun. Tapi Alhamdulillah,
sehingga Jun 2017, dalam tempoh lebih kurang empat (4) tahun, kita telahpun berjaya
membina (dalam pelbagai peringkat) 35,000 unit rumah PR1MA,” katanya.
“Macam di sini,
dah siap; di Kuantanpun dah siap. Dan beberapa lagi akan siap dalam tempoh masa
terdekat. Saya bersyukur,” katanya lagi sambil memuji pemaju di sini – Jangka Alpha
Sdn Bhd, atas kualiti kerja – ‘finishing’, dan juga ‘material’ bermutu, yang
digunakan.
Kepada
soalan wartawan kot-kot ada dalam kalangan pemaju bagi pembinaan rumah di bawah
PR1MA Pahang yang gagal, jawab Dato’ Sri DiRaja Adnan, tiada. “Semuanya berjaya termasuklah Jangka Alpha ini,”
tegasnya.
Menurut
maklumat yang disediakan oleh Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan
Negeri, daripada 106 projek serta kira-kira 35,000 unit rumah PR1MA Pahang
sepertimana Dato’ Sri DiRaja Adnan sebut;
Lima
(5) projek atau kira-kira 1,504 unit telahpun siap dengan memperolehi Sijil
Penyiapan dan Pematuhan (CCC) yang termasuk 200 unit di PR1MA Pahang Bukit Lada
ini, seterusnya berjaya diserahkan kunci kepada para pembeli sepertimana petang
ini.
PROJEK PR1MA
PAHANG BUKIT LADA JADI ‘BENCHMARK’
“Rekabentuk dan
susunatur rumah PR1MA Pahang Kampung Bukit Lada dengan keluasan 1,000 kaki persegi
adalah antara yang terbaik dan boleh menjadi ‘benchmark’ kepada projek-projek
PR1MA Pahang yang lain,” menurut maklumat tersebut.
Pada
majlis ini juga, seramai 318 orang menerima Notis 5A masing-masing iaitu 146
orang peserta bagi Rancangan Pembesaran Kampung (RPK) Kampung Pulau Raya, dan,
172 lagi bagi RPK Kampung Gunung Senyum .
“Pemberian Notis
5A kepada peserta-peserta bagi kedua-dua RPK ini mencerminkan keprihatinan
Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan isu pemilikan tanah di negeri ini,” menurut
maklumat yang sama.
Bagi
meraikan bakal-bakal haji ini yang di bawah kategori pengkhidmat sukarelawan
negeri – penghulu, ketua kampong, ahli jawatankiuasa masjid/surau, penggali
kubur, pengurus jenazah, imam, bilal dan guru al-Quran;
Kepada
bakal haji persendirian yang seramai 40 orang, Kerajaan Negeri menyumbang
RM3,000 setiap seorang manakala bagi yang di bawah tajaan 1Malaysia Development
Bhd (1MDB) seramai 50 orang, menerima RM500 seorang.
KEHADIRAN ‘STALWART’
Selain
Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Sri Muhammad Safian Ismail; yang turut hadir
pada majlis petang Rabu ini ialah Pengerusi, Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran Negeri,
Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail;
Ahli-ahli
Exco Kerajaan Negeri – Dato’ Sri Sharkar Shamsuddin, Dato’ Sri Shahiruddin Ab
Moin, Dato’ Norol Azali Sulaiman, Dato’ Abu Bakar Harun, Dato’ Johari Husein, Dato’
Shahaniza Shamsuddin, dan, Dato’ Syed Ibrahim Syed Ahmad yang juga wakil rakyat
setempat (BN – Kerdau);
Timbalan
Yang Dipertua, Dewan Undangan Negeri, Dato’ Sri Mohamed Jaafar; Pegawai Daerah
Temerloh, Dato’ Mohd Fadzli Mohd Kenali; Yang Dipertua, Majlis Perbandaran
Temerloh, Encik Azlan Mohd Yaman; dan, Pengarah, Jangka Alpha Sdn Bhd, Ir Tan
Chee Young. – Khabar