… masuk hari
ketiga berturut-turut Baginda perkenan menziarahi dan meninjau daerah-daerah
terjejas banjir di Pahang sejak Selasa, 5 Januari di Maran, dan Rabu, 6 Januari
di Kuantan.
kamarSUA, WISMA SRI PAHANG, KUANTAN – KDYMM SPB YdP Agong Al-Sultan Abdullah Ri‘ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini Khamis, 7 Januari perkenan – masuk hari ketiga berturut-turut, meneruskan program ziarah-tinjau Baginda ke kawasan-kawasan terjejas banjir di negeri ini.
Dua (2) daerah menjadi tumpuan Baginda iaitu Lipis dan Temerloh khususnya Mentakab. Program ehsan dan keprihatinan Baginda ini sepertimana biasa, diiringi Menteri Besar Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail.
Bermula dengan ketibaan menaiki helikopter Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kem 8 Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD), Kuala Lipis jam 9.30 pagi, Baginda terus menghadal ke Pusat Pemindahan Ssementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Clifford.
Dipersembahkan taklimat tentang situasi bencana banjir oleh Pegawai Daerah Lipis, Dato’ Mohd Hafizi Ibrahim, Baginda kemudian perkenan mengurniakan sumbangan kepada mangsa-mangsa dalam kalangan 95 orang daripada 41 keluarga sambil bertanya khabar dan beramah-mesra dengan mereka.
Baginda kemudian menuju ke PPS di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa, Kuala Lipis yang menempatkan 220 mangsa daripada 81 keluarga. Selain pengurniaan sumbangan, Baginda juga beramah mesra dengan mereka.
TITAH BAGINDA...
NAIKI BOT SUSURI SUNGAI LIPIS
Selepas itu, Baginda melawat-tinjau kawasan-kawasan terkesan banjir di sekitar pekan Kuala Lipis, seterusnya turut menaiki bot bersama-sama Dato’ Sri Wan Rosdy, menyusuri Sungai Lipis.
Baginda hanya meninggalkan daerah Lipis ini, berlepas menaiki helikopter sama dari Kem 8 RAMD ke Mentakab, pada 1.50 petang atau kira-kira empat setengah (4 ½) jam kemudian.
MENELUSURI SUNGAI, MENINJAU KAWASAN-KAWASAN TERKESAN BANJIR... – Khabar