Wednesday 1 May 2013

61-perkara dalam akujanji@manifesto Barisan Nasional (BN) Negeri, demi kemakmuran negeri dan kesejahteraan rakyat


… termasuk akujanji, bagi menyediakan perumahan untuk generasi kedua di kawasan Felda, perumahan di perkampungan Orang Asli, kampung-kampung tradisional dan kampung-kampung baharu, serta, perumahan yang akan turut dimanfaati oleh bekas-bekas pekerja estet.

'SHARP VISION'... Dengan manifesto 61-perkara BN Negeri, membuktikan wawasan jelas dan konsisten Kerajaan Negeri pimpinan BN dalam membangunkan negeri bagi tempoh lima (5) tahun akan datang.

Foto ini dirakam ketika Dato' Sri DiRaja Adnan menyampaikan ucapan luar teks 27-minitnya pada majlis malam Rabu itu. 

    
HOTEL SRI MANJA, BANDAR INDERA MAHKOTA, KUANTAN – Barisan Nasional (BN) Negeri mula mengedarkan manifesto 61-perkaranya mulai semalam, yang antara lain terkandung akujanji bagi penyediaan perumahan kepada kumpulan-kumpulan sasaran.

Selain akujanji bagi penyediaan perumahan untuk generasi kedua Felda, yang turut diliputi di bawah akujanji berkenaan ialah bagi menyediakan perumahan di kampung-kampung Orang Asli, kampong-kampung tradisional dan kampong-kampung baharu Cina.

Di bawah akujanji yang sama berkenaan penyediaan perumahan itu juga, kaum India dalam kalangan bekas-bekas pekerja estet, turut diambil-kira dan akan dibantu bagi mendapatkan kemudahan asas (perumahan) tersebut.

Ini ialah apa yang telah disebutkan oleh Menteri Besar Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob, pada persidangan media hampir tengah malam, selepas hadir pada Majlis Ramah Mesra YAB Menteri Besar Bersama Masyarakat Orang Asli Negeri Pahang malam Rabu, 1 Mei di Dewan Chendana hotel empat-bintang serba-baharu ini.

Berikut ialah transkrip penuh hasil persidangan media 12-minitnya, dengan tumpuan semata-mata kepada Manifesto BN Pahang yang dicetak sebanyak 160,000 naskah, dalam empat bahasa – Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil;

P/C HAMPIR TENGAH MALAM... Dikelilingi oleh sebahagian daripada Orang Asli, Dato' Sri DiRaja Adnan sedang memberikan persidangan medianya. Duduk di sebelah kirinya ialah Pengarah, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri, Encik Esa Hamid.  


TRANSKRIP PENUH, SIDANG MEDIA 12-MINITNYA

Manifesto peringkat negeri ini tidak sepenting manifesto peringkat pusat seperti yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri tiga (3) minggu lalu. Manifesto peringkat negeri ini hanya untuk melengkapkan sedikit-sebanyak, dengan mengambil kira keadaan yang ada di negeri-negeri berkenaan; kalau di Pahang ini, di Pahang.

Kita telah menyentuh 15 aspek yang kita rasakan menjadi perhatian kepada masyarakat, rakyat dan juga pengundi di negeri Pahang ini – perumahan, pelajaran, kebajikan, kemudahan asas, Orang Asli, ketenteraman awam, pihak berkuasa tempatan, alam sekitar, belia, ugama Islam, ugama bukan Islam, tanah, hutan, pelaburan, dan, sistem penyampaian awam.

Ada 61 perkara dalam manifesto peringkat negeri ini dan insya-Allah, kalau Barisan Nasional dipilih lagi, Barisan Nasional menjadi kerajaan; kesemua 61 ‘point’ ini kita akan laksanakan dalam tempoh lima (5) tahun akan datang.

Dan, semua yang kita letakkan sebagai perkara-perkara ini adalah ‘implementable’, boleh kita laksanakan. Kita tidak janji perkara yang tak boleh kita buat.

Saya percaya yang paling menarik perhatian sekali ialah mengenai perumahan, termasuk menyediakan rumah untuk generasi kedua di kawasan Felda, kawasan Orang Asli, dan juga kampung-kampung baharu ,(dan) kampung-kampung tradisional.

MESRA DENGAN PENERIMA HADIAH KECEMERLANGAN AKADEMIK, ANAK-ANAK ORANG ASLI... Antara yang turut kelihatan ialah Senator Dato' Mohd Olian Abdullah (kanan sekali) serta, Pengarah, Program Yayasan 1MDB, Dato' Dr Shamsul Anwar Sulaiman (berdiri sebelah kanan Dato' Sri DiRaja Adnan).  


BEKAS PEKERJA ESTETPUN MAHU DIBANTU DAPATKAN RUMAH

Dan, ada isi tambahan iaitu untuk mereka yang bekerja ataupun yang bersara dari estet-estet. Ini untuk orang India. Orang India ni kebanyakannya mereka tiada tempat untuk pergi selepas pencen dari estet, sedangkan gratuiti (yang terima) tak seberapa. Ha, yang ini kita kena bantu.

Satu lagi ialah mengenai pelajaran. Dulu kita bagi ‘one-off grant’ untuk pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Sekarang ni kita bagi dua (2) kali – sekali di peringkat sijil/matrikulasi/diploma , sekali lagi peringkat ijazah. Dia dapat lagi tapi kekal RM500, tidak sekali sahaja ya.

Kemudian tu kita juga akan beri geran ‘one-off’ kepada pelajar-pelajar perngkat ijazah lanjutan, RM1,000, buat masters dan PhD.

Kalau misalannya, hasil Pahang bertambah, manalah tahu yang akan datang mungkin dapat wang ehsan atau ‘royalty’ minyak, ha, yang itu lain cerita. Orang bersalinpun kita beri, orang meninggalpun kita beri, orang dapat cucupun kita beri. Tapi, buat masa ni, tunggu dulu.

Fasal Orang Asli ini, antara lain kita akan beri hakmilik tapak rumah kepada semua peserta di pertempatan terancang Orang Asli. Sekarang ni tak ada hakmilik. Kita buat sahaja satu tapak perumahan tu, kita bagi satu seorang. Tapi akan datang ini, kita beri hakmilik.

SAMPAIKAN HADIAH... Dato' Sri DiRaja Adnan sedang menyampaikan hadiah kepada seorang daripada pelajar cemerlang dalam kalangan Orang Asli ini.  


YAYASAN PEMBANGUNAN ORANG ASLI AKAN DITUBUHKAN

Kemudian itu, kita akan mempercepatkan proses pengwartaan 13,554 hektar (sebagai tanah rizab Orang Asli). Yang belum lagi warta, kita akan wartakan.

Yang lain itu mengenai pelajaran – menambah sekolah K9 yang belajar dari tahun 1 hingga tingkatan 3, kepada 10 buah; ada lima (5) lagi program pemajuan kawasan (PPK), kemudian itu menubuhkan konsortium koperasi dan usahawan Orang Asli, dan yang penting, menubuhkan Yayasan Pembangunan Orang Asli.

Kita ada Yayasan Pahang untuk semua orang. Tapi kita tubuhkan Yayasan Pembangunan Orang Asli ini khusus untuk komuniti atau mengambil kira serta mengambil tahu hal-hal yang ada kaitan dengan Orang Asli di negeri Pahang. Kita menunjukkan bahawa kita prihatin terhadap Orang Asli.

Manifesto yang menyentuh tentang yang berugama bukan Islam. Dulu, tapak rumah ibadat bukan Islam ni, semuanya diletakkan di bawah ‘preserve fund’, di ‘gazette’. Tapi yang akan datang ni, semua yang ada dalam ‘gazette’ tu, kita akan beri geran, beri hakmilik.

Orang tak faham. Tanah ni boleh dikatakan, tiap hari permohonan untuk tanah ni kita dapat. Permohonan ini perlu diproses. Pemprosesan permohonan itu bukannya mudah, tiu orang kena faham.

KHALAYAK MALAM RABU, DI HOTEL SERBA BAHARU...


ALAM SEKITAR AKAN TERUS DIPELIHARA

Tapi orang akan tanya – itu yang (kawasan tanah dengan keluasan yang) besar-besar yang kita beri. Itu bukannya yang besar-besar… tapak perindustrian, dan untuk projek perumahan, itu lain. Itu dipercepatkan. Itu lain caranya.

Memang it’s not true, because we have gazzetted large tract of land to be water catchment areas, wildlife park. I have repeated that, that I have mentioned so many times before this.

But then we see (the matter about safeguarding our forests, is still mentioned) in the manifesto, just to show that we are committed in preserving the environment.

Kalau kita tengok sekarang ni, contohnya ‘buffer zone’. ‘Buffer zone’ kitapun, kita lebarkan. Kalau ikut undang-undang, peraturan biasa; ia hanya beberapa meter sahaja, tapi kita ambil sekarang ni, di kiri, kanan sungai itu, mesti dua (2) kali lebar.

Maknanya, kalau sungai tu kecil, lima (5) meter; ha rizabnya mesti 10 kaki sebelah sini, 10 kaki sebelah sana (tebing sungai berkenaan). Kalau sungai Pahang tu 200 meter (lebar dari tebing ke tebing), kalau nak bawa 200 meter kiri, 200 meter kanan, mungkin hingga termasuk rumah orangpun ada.

LAGI KEMESRAAN TERSERLAH, PEMIMPIN DENGAN ORANG ASLI... Dato' Sri DiRaja Adnan sedang bersalaman dengan Orang Asli yang beratur di kiri, kanan laluan; selepas berakhirnya majlis malam Rabu itu.  


‘BUFFER ZONE’ DUA KALI SAIZ SUNGAI

Jadi kita buat, (minimum) 100 meter. Kita ‘concern’ (terhadap penjagaan alam sekitar). The rivers are polluted in the sense that the river is always murky.

Tapi yang pentingnya pihak PAIP (Pengurusan Air Pahang Bhd) sekarang ni sedang meningkatkan keupayaan loji-loji, termasuk juga rumah-rumah pam dan juga loji penapis.

Tapi kalau air itu kotor, makna kata, kelodak tu banyak sangat; mesinpun tak boleh jalan. Kita kena tunggu (untuk mesin pulih lalu pembekalan air kembali seperti biasa).

Tapi kelodak-kelodak ni, saya akan minta mereka siasat, mungkin ada aktiviti-aktiviti, mungkin melombong bijih secara haram di sebelah hulu atau penebangan hutan secara haram. Kita akan check.

Pokoknya, kita komited untuk menjaga alam sekitar. Kalau tidak, (perkara mengenainya) tak masuk ke dalam manifesto ni. Now to the opposition, they will say, you see, only now Pahang realized that eniviromental issues are very important issues to tackle. That’s why they put under the manifesto.

DALAM MANIFESTO, KITA JUGA CERITA APA YANG TELAH KITA BUAT

But on our side, we want to show that we are committed to preserve all these (with regards to protectecting and preserving our environment). That’s why we put in the manifesto, to show our commitment.  

Kita dalam manifesto ini, kita tidak cerita apa yang kita akan buat sahaja. Apa yang telah kita buatpun kita cerita juga. Macam ni, kita telah merizabkan zon penampan, ‘buffer zone’ sungai-sungai seluruh negeri seluas 44,000 hektar!

Maknanya, sungainya begini (tunjuk dengan tangan menandakan bengkang-bengkok), zon penampan sahaja, keluasannya, 44,000 hektar. Luas ni.

Kemudian, pembersihan sungai dan ‘waterways’ yang telah mencapai 200 km di seluruh negeri, ha, kita akan banyakkan lagi. Kita faham YAB Perdana Menteri beberapa ketika yang lalu, pernah menyatakan kepada saya, elok kita pergi tengok apa yang Korea buat (tentang pembersihan sungai dan ‘waterways’).

Ini saya beri pandangan yang benar-benar objektiflah. Sama ada Barisan Nasional ataupun pembangkang, hari mula-mula kempen, nampak banyak masa ditumpukan kepada menyelesaikan banyak masalah dalaman, sama ada parti komponen Barisan Nasional, ataupun, parti-parti di bawah lambang yang longgar itu, Pakatan Rakyat. Semua.

SEKARANG, TENTUKAN PENGUNDI KELUAR

Tapi sekarang ni, perkara itu telahpun berlalu, dan kita telahpun masuk fasa akhir kempen, kita yakin rakyat akan beri sokongan kepada kita. Tinggal lagi, berapa menang, berapa kalah, itu soal lain. Yang penting kepada kita, untuk kita memerintah.

Kalau ibarat lawan bola ni, menang 1-0, memang juga. Kalau misalannya 10-9, menang juga satu (1). Pokoknya, menang.

Sekarang ini untuk tentukan pengundi keluar, pengangkutannya ada, orangnya telah siap untuk menjalankan kerja-kerja, mesti jalankan dengan penuh dedikasi. Tak payah sebutlah, contohnya, kalau membawa pengundi keluar tu, janganlah selepas satu ‘trip’ sudah rehat. Selagi ada orang tu, dibawalah keluar. – Khabar