Wednesday, 25 November 2015

Keputusan yang bijak, kata Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob



… mengenai keputusan Majlis Kerja Tertinggi mahukan Ketua-ketua Pergerakan-pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO, merasmikan perhimpunan masing-masing pada 8 Disember ini.

“… ini adalah keputusan yang bijak yang dibuat oleh MKT hari semalam, sesuai dengan masa pada hari ini. Dan, ianya memang di luar konvensyen,” kata Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri.

PADA PERSIDANGAN MEDIA... Selain berkenaan dengan majlis yang dirasmikannya; soal politik turut ditanya oleh wartawan kepadanya, kali ini khusus berkaitan keputusan MKT petang semalam, Selasa, 24 November, mengenai hal Ketua-ketua Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO sendiri yang akan merasmikan perhimpunan masing-masing nanti. 
 

PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA SULTAN AHMAD SHAH (SASICC), KUANTAN – Keputusan yang bijak, kata Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Dato’ Sri DiRaja Adnan Yaakob yang diminta mengulas keputusan mahukan Ketua-ketua Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO, merasmikan perhimpunan masing-masing pada 8 Disember ini.

Sebelum itu, beliau yang juga Menteri Besar, menjelaskan kedudukannya dalam Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebagai Ahli MKT turut hadir; yang bermakna kehadirannnya adalah dengan jemputan.

Dan kedudukannya ini adalah sama sepertimana beberapa Menteri Besar dan Ketua Menteri lain yang tidak bertanding pada pemilihan pucuk kepimpinan parti dalam Perhimpunan Agung UMNO yang lepas.

Manakala yang lain seperti Menteri Besar Negeri Sembilan dan Ketua Menteri Melaka bagaimanapun katanya, mereka bertanding dan menang jawatan MKT pada pemilihan parti tersebut maka mereka adalah Ahli MKT.

“Kami, ahli turut hadir ni, tidak dijemput semalam. Apabila tidak dijemput, sayapun berasa lega sebab tanggungjawab MKT ini berat,” katanya merujuk kepada keputusan berkenaan yang dibuat pada mesyuarat MKT petang Selasa, 24 November di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.

MENYASIKAN MAJLIS TANDA TANGANI PERJANJIAN... Sempena majlis pagi Rabu ini, Dato' Sri DiRaja Adnan turut sempat menyaksikan majlis menanda tangani perjanjian antara dua (2) pihak yang berkaitan dengan produk-produk inovasi. 

Yang turut kelihatan dalam foto ini ialah Dato' Sri Ishak (berdiri, dua fari kanan); Dato' Sri Muhammad Safian dan Dato' Dr Mazlan.  
 

LUAR KONVENSYEN TAPI TIDAK SALAH

“Untuk mengulas keputusan mesyuarat semalam,” katanya, “… saya berpendapat, ini adalah keputusan yang bijak yang dibuat oleh MKT, sesuai dengan masa pada hari ini. Dan, ianya memang di luar konvensyen.

“Biasanya, konvensyen UMNO ini; Timbalan Presiden merasmikan sayap-sayap. Tapi kali ini, kita tidak pakai konvensyen itu tidak apa. Sebab ia tidak ada dalam perlembagaan parti.
“Keputusan MKT semalam tidak salah, tidak salah. Tapi, terpulanglah kepada ahli UMNO dan orangramai untuk membuat penilaian.

“Kalau saya jadi Tan Sri  Muhyiddin Yassin (Timbalan Presiden), saya terimanya dengan dada yang lapang, hati yang terbuka.

“Perkara ini keputusan MKT yang mungkin ada sebab-sebab yang mereka sendiri yang tahu, kita tak tahu. Itulah ulasan saya,” katanya ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut pada persidangan media selepas merasmikan Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam 2015 pagi Rabu, 25 November di sini.

LAWATAN KE 'BOOTH' PAMERAN... 
 

REMARKS THAT MIGHT CONTRADICT THE PARTY’S POLICY

Kepada soalan oleh wartawan New Straits Times (NST) tentang apakah alasan MKT dalam membuat keputusan untuk tidak mahukan Tan Sri Muhyiddin merasmikan serentak perhimpunan ketiga-tiga sayap UMNO itu kali ini katanya;   

“I don’t know. The MKT must have the reasons, probably they have considered Tan Sri Muhyiddin’s past statements which they consider to be not good for the party. So I think, that’s why they have made such decision.

“Probably they are worried that Tan Sri Muhyiddin might make statements, remarks which are controversial and which are contrary to the current policy pursuit by the MKT. The MKT probably now wants to see peace and stability.

“They might be worried that Tan Sri Muhyiddin might come up with something which might break the mood; something controversial which we want to avoid.

“Basically, the MKT has made a good decision. Good at this point of time; and they might have strong reasons why they made such a decision,” katanya lagi. – Khabar